Tuesday, December 18, 2012

Bukan entry luarbiasa


Terima kasih dua ribu dua belas kerana memberikan kami kemanisan dan kepahitan. Terima kasih juga di atas pengalaman, kecintaan, kekosongan, kerinduan, ececeh eh tak, bukan salah belog pon, memang ini belog cik puan besaq. Kahkahkah. Awat intro macam gitu kot?

Sekarang aku lebih menjadi self centered. Malas nak layan orang lebih lebih. Layan setakat ala ala cukup. Yang memberikan kepentingan takpe, yang memberikan sakit hati dan pembuangan masa seperti sia sia maka adelah tak payah. Selfish begini kadangkala juga perlu dalam kehidupan di zaman sekarang. Sebab tahun ini banyak mengajar aku untuk menjadi seperti itu adelah lebih baik dari sibok nak menjaga hati orang begitu begini.

Sebenarnya tak sabar nak menunggu kedatangan 2013. Bukan lah ade kejutan yang luarbiasa pon dalam kehidupan, cuma benda kecil buleh rasa besar dan hebat bila hati tengah gembira, kepala dah tidak berfikir benda benda yang melelahkan maka hidup perlu diteruskan walau apa pon yang terjadi. Melainkan, perkara yang diluar kemampuan kita, minta lah pertolongan dengan Allah.

I rasa, Ini adelah entry yang terakhir untuk tahun ini. Tak nak tulis panjang panjang sebab semangat balik kampung tengah berkobar kobar mengatasi segalanya. Masak pon sudah jarang maklumlah keluarga semua tengah bermaharajalela di rumah dan pastinya aku sebok menuntut kasih sayang extra dari mereka. Maka memang patutlah belog dan ipad sudah sedikit terabai buat masa sekarang.

Makanan yang menjadi cita cita aku pada tahun baru ini adelah seperti berikut ( tetibe pulak )

1.Cendol pulut

2.Pulut durian

Kahkahkah! apesal dua dua kena ada pulut memang payah mak nak jawab. Sebab aku memang jenis pemakan pulut yang tegar. Lepas makan rasa menyesal macam nak gila, sia sia tak ambik carbo seminggu, kalau sekali tibai pulut bermangkok mangkok. Kan?

Sekarang berat sudah meningkat menjadi 49.79 kilo. Sumpah tak tipu, aku pon heran apesal buleh mencanak naik begitu. Aku perasan dia ni meningkat sejak aku minum apple vinegar, mak aaih. Orang lain minum buleh turun berat, apesal kau naik berkilo kilo nih? Kahkahkahkah. Ker vinegar tu dicampur dengan gula membuatkan aku menjadi berat gula? Hahahahaha ni macam statement paling sakai yang penah aku tulis kot. Tolong lah sash.

Tapi The Other Half merupakan jejaka yang paling gembira sebab berat aku naik. Dia cakap dad pernah tanya dia apesal aku kurus masa balik penang dulu. Kahkahkah. Maksud dad adelah dia takut aku diet sebab aku penah kena gastric teruk dulu, itu aje pon. Tapi sang suami merasa sedikit cemas dengan soalan tersebut. Lantas disogoknya aku dengan nasi kandar Kayu di damansara beberapa kali seminggu. Itu lah puncanya aku gigih cari Apple Vinegar jugak ( selain untuk fertility katanya ) sebab takut badan menampung terlebih acid. Kahkahkahkah. Gila bosan dia ni.

Okay bertenang.

Tak kisah lah gemuk ke kurus ke, muka macam sukun benyek ke janji hati kita senang. Kalau lawa persis mentari bersinar di ufuk timur pon, lara hati memanjang pon buat apa. Baik jadi muka sukun benyek lagi baguih kot. Heeee  ^__^

Selamat Tahun Baru kesayanganku. Maaf kalau terkasar bahasa, tercarut lebih kurang, terlawak terlepas pandang adelah memang tidak disengajakan langsung. Fahamilah belog ini adelah berunsur santai, tidak bermotifkan apa apa dan menjadikannya bercirikan sesuatu adelah tak nak. Hahahaha. Alaaa you know me kan :S



Kata kata manis untuk semua :)


Wednesday, December 5, 2012

In Syaa Allah Kalau Ada Rezeki

Halo semua. Ala macam cliche. Bohsan.

Sekali lagi.

Ohai darls! 

Bila bangun pagi dan mendapat perkabaran gembira dari suami adelah membuat sepanjang pagi kamu ceria sampai hangit sausage di kuali. Macam omaigod sangat?

Cerita ceria tang mana pulak neh? Biarlah dia menjadi sentimental value antara kami suami isteri dahulu. Sampai masanye akan kita bincangkan bersama. Ewah. Mintak penampar sangat kot? Kahkahkahkah!! Okay okay jangan nak jeng je jeng sangat. Sila lah abaikan demi kebaikan kita.

1. Sekarang sudah penghujung tahun. Bila selak selak balik kejadian yang berlaku di tahun ini, Alhamdulillah kebanyakkannya yang indah dan menyenangkan, despite few hiccups here and there biasalah takkan smooth aje sepanjang masa kot, so tak payah tipu. Semua orang tentu ada dugaan dan masalah masing masing, jadik pandai pandai lah nak uruskannya, takkan nak melalak macam takde iman aje sepanjang hidup kan. Jadik ambik lah yang baik baik aje jadikan iktibar. Yang buruk hodoh tak payahlah bawak sampai ke tahun baru, buat sesak nafas aje kot. Fikirkan yang positif, yang buleh membawa kegembiraan berkekalan contohnya perbincangan berkaitan hollymoon pada masa depan. Contoh tu contoh. Ha ha. Ikutlah jiwa raga uols, kalau aku itu aje dah cukup buat kegedikkan sampai ke bintang. Terus lupa duka nestapa yang menimpa.

2. Tahu tidak, sekarang kami sudah pandai memakan makanan yang sihat secara rutin dan lebih teratur gitu. Nanti akan I kongsikan resepi berkhasiat dan sedap paling penting senang gila. Minggu lepas sudah mula membeli brown rice. Maka secara permulaannya kitaorang makan selang sehari, sebab takut rasa muak pulak kan. Pastu bila dah pandai agak agak nak masak dia ni (sebab memula masak macam terlebih kembang, pastu terlajak kering kontang pulak) bila dah okay, terus The Other Half cakap dia nak makan tiap tiap hari lah sebab sedap. Kalau dia dah cakap sedap tu, memang haruslah sedap sungguh si isteri ini masak. Kalau terlebih masin terkurang apa pon, dia memang akan terus terang, kira senang ceritalah kan. Maka, makan lah kami brown rice itu setiap hari sekarang ini. Nampak, life is simple. Jangan kucar kacirkan. Makan brown rice pon buleh membuat kehidupan gembira. Hahahahaa. Layannnnn.

3. Selain dari brown rice, diet sekarang telah ditambah dengan avocado selang sehari. Nak makan tetiap hari pon musti tak lalu jugak. Memandangkan rasa avocado nih macam lemak lemak tawar, jadik memang tak sesuailah untuk diratah begitu aje selang sehari kot kang hidup pulak menjadi hambar. Sah sah tak jalan langsung. Maka, berselang pagi atau petang harus dibuat avo-smoothie dan ditambah dengan chocolate syrup. Nyum nyum nyum baru bersemangat minum. Suami pon begitu juga. Semangat yang luarbiasa nampaknya.

4. Bagaimana sambutan tahun baru kamu semua? Kitaorang haruslah pulang ke kampung halaman untuk makan durian sepuas hati. Memang gila tak sabar kali ni, bukan lah kat kl takde durian tapi masalahnye nak makan pulut durian macam mom selalu masak adelah sesuatu yang mustahil di sini. Maka sekarang sangat menghitung hari untuk bergembira ke arah itu. Jadi jangan kaco.

5. Pagi tadi setelah menghangitkan sausage untuk breakfast suami isteri, terus rasa tak lalu nak makan sausage sampai sebulan. Last last mampu cicah butterscotch dengan white coffee aje. Carik bihun, rendam, dan bercita cita mahu memasak bihun goreng untuk makan petang yang membawa kekenyangan hingga ke malam. Aku bantai aje ape yang kelihatan menarik di mata lantas turun ke hati ketika itu. 


Lalu terhasillah bihun goreng aku bantai saje. Ada ayam, udang dan sedikit left over daging dalam freezer pon dimasukkan jugak. Pastuh tengok bok choy, carrot dan kobis pon ade, jadik siap. Tambah black pepper sauce, oyster sauce, fish oil, sesame oil pong pang pang pang.. taaadaaaa! Sedap hoih. Dan tidak dilupakan cili kicap. Ohnomnomnom.

Itu aje lah trend terkini kehidupan aku. Kahkahkahkah. Malas memasak adekalanya masih seperti dulu juga. Ekceli bukan lah malas tak agak agak, (amboi kau ni pon kalau ayat nak kenenkan I, gigih kan membaca) cuma malas nak ikut recipe asal yang leceh leceh. Kebanyakan mesti aku akan tukar ikut selera dan tahap kemampuan aku nak memasak berserta mood pada ketika itu.

Selamat Tahun Baru kepada semua pembaca budiman cewah, haddooo? 

Selamat bercuti kepada yang nak mengejar impian, selamat pulang ke pangkal jalan pada yang baru balik bersama kenangan, selamat menabung kembali kepada yang berhati besau nak melangkah panjang kelak (kahkahkah tak buleh blah yang ini) dan selamat menguruskan rumahtangga masing masing bersama yang tersayang.


Selamat Datang 2013 Tahun Cinta!