Azam tahun baru ini sebenarnya dah dicita citakan dari hujung tahun lepas. Nak tak nak pon, kena kerja keras demi mencapai yang dihajati. Keja keras cara aku lah yang tak payah mencurah keringat di bumi. Ha ha.
Tahun baru seperti selalu adelah mesti mahu berambut baru juga. Tak kisah lah kasik simpan fringe ke, kerinting macam koey teow kerang ke, lurus macam mee hailam ke, atau kasi cantas sama dia terus macam ape ape lah malas nak pikir. And guess what, baru sehari di bulan baru hari tu, aku nekad mencantas pendek sampai puas hati. Paling pendek yang pernah aku buat. Memang posh beckham pon meraung nak rambut cam aku la confirmed. Hahahahaha. Bila balik rumah terus selak tudung sambil pusing depan suami paksa dipuji. Berani tak puji kot? HAAHAHA.
Dia cakap okay, pastuh tak puas hati tunjuk gambar posh rambut pendek pulak nak suruh dia cakap memang sama lah kekononnya, belum sempat aku selak lagi dengan tak bersalah dia cakap, "Hun your hair looks like Kate Plus 8 larr!!"
"OOoooohh Kate Gosselin? Good god" Hahahahaha Aku nak pingsan tang tu jugak. Kate dah lah beranak lapan, gempal dan mak janda gitu, dah tentu tentu aku tak berhajat langsung nak macam dia. Cuma rambut dia hawtt la jugak kot.. :))
Kate Gosselin/Kate Plus 8. Dulu aku suka tengok series ni, pastu angan angan nak 8 orang anak macam dia :P
Belakang dah sama, cuma rambut aku tak setebal rambut dia lagi dan sedikit pendek. Tunggu la tak lama lagi. Rappers kpop pon nanges tadah dagu tengok aku uols. Hahahahahaha. Hari tu berani mati letak dalam instagram, saje aah nak test market. Instagram aje pon yang aku berani, sebab semua gang pompuan dan private, kalau facebook memang nak kena sekeh muka lar.
Jadi hajat dihati terlaksana jugak akhirnya. Ringan kepala bukan kepalang.
Walaupon bertudung kena jugak jaga rambut yea adik adik kakak kakak.. ewah. Tak kan nak kusut masai dalam rumah tunggu laki balik kerja kan. Dah lah suri di dalam rumahtangga aje pon, kalau America's next top model takpe lah jugak (okay ini adelah poyo terhebat), jadi penting untuk kita berhias bukan untuk orang luar tapi untuk suami sendiri. Paham?
Sedangkan nak keluar rumah pon bukan main tenyeh lipstick, pakai bedak bagai sebab ape? Sebab nak jaga personaliti kita depan orang ramai kan. Jadi adelah sama penting untuk jaga penampilan depan suami. Tak nak lah lilit sanggul tinggi tinggi macam dalam pantang, bedak sejuk satu inci mak aaih. Takmau aah cengitu. Tak best kot? Ade jugak yang berani cakap, engkau tak ape lah tak ade anak. Buleh lilit shawl kiri kanan, tampal make up, pakai itu pakai ini, kalau ade anak memang tak sempat nak layan macam gitu.
Ampun kan lah saya. Sekarang dengar. Anak bukan alasan untuk kusut kemasai kot. Ape bezanya jugak kalau aku tak ade anak dengan nak bergaya? Itu kan citarasa masing masing. Kau nak ke dah mengendong anak nanti orang tak kenal yang mana satu bibik yang mana satu tuan rumah? Nak? Dah emo kenape. Lol
Kalau diizinkan Allah, bila baby(s) sudah kelihatan nanti memang aku akan tetap macam gini jugak rasanya. Bukanlah dah rasa hebat ke apa, cuma selesa begini. Itu maksud aku. Sebab pertama pasal tudung. The Other Half memang sangat tidak berkenan kalau aku pakai tudung beropol macam zaman sekarang ini. Bukanlah tudung begitu buruk sesangat. Cuma ini adelah pendapat masing masing kan. Dia cakap dah rupa makcik makcik bila pakai tudung macam tu. Mom pun cakap yang sama. Jadik memang sah tudung berambu ramba sebegitu tak sesuai dengan aku sampai bila bila. Shawl yang panjang jugak mencantikkan diri ini. Hahahahaha. Gurau tu gurau.
Tapi macam tu lah, tak semua orang sesuai dengan gaya dan trend tak kisah lah engkau beranak pinak ramai mana pon. Bagi aku pakai aje sesuatu yang evergreen, jadi sampai bebila pon kamu tak akan rasa terjejas. Tak gitu? Bersolek sedikit untuk kelihatan cantik di mata suami dan dipandang dengan penuh kasih sayang pon dah dapat pahala jugak kan?
Azam tahun baru ini jugak nak kurangkan berjalan aka berfoya foyaan dan fokus untuk sesuatu yang penting. Hahahahaha. Macam tak caya aje aku cakap macam gini. Bukan ape bila habis berjalan, balik rumah duit tabung menjadi kurang lantas baru terasa sedar diri yang kerdil ini. Masa tu pulak masing masing baru cakap kalau simpan duit dulu mesti buleh buat itu buat ini. Tapi itu lah, awal tahun semangat berkobar kobar nak jumpa gynae, bila mai hujung hujungnye terus rasa macam takpe, tunggu dulu, esok esok lah, kita pegi sana dulu, pegi sini dulu, tengok la macam mana, pastu in between sang suami pulak terpaksa membanting tulang di perbatasan maka padan lah muka masing masing. LOL
Bila fikir balik betul ke apa yang aku nak sangat ni? Bersedia ke kami? Dua kali fikir aku pulak jadik gerun dan takut. Nak nak kalau lepas tengok Deliver Me ataupon Surviving Motherhood kat #733 tu. Mampu kah aku Ya Allah?
Mom pernah cakap aku macam main banyak tak bersungguh kot. Bukan lah tak bersunguh, nak bersungguh macam mana lagi mom? Ovulation pon sekali aje sebulan, umpama sape cepat dia lah yang dapat kot. Ini pon nasib baik aunty flow tiap tiap bulan datang tanpa masalah ( Alhamdulillah )
Nak sambung gelak balik. Hahahahaha.
Secara logiknya kita berbalik lah kepada Allah SWT. Hanya Dia yang tahu bila masa yang terbaik untuk diberikan rezeki kepada kita semua. Jangan lupa jugak, dalam pada tu bila bila masa Allah buleh tarik balik rezeki dari kita kan. Jadi bersyukur. Tak susah mana nak bersyukur. Memang lah bila tengok period tetiap bulan rasa tak best, tapi dari tak dapat merasa pakai pad langsung berbulan bulan, atau kena makan ubat ke apa, cucuk sana sini, sumbat itu ini, kau nak kau nak?
Baik lah sekarang jugak aku nak buat appointment dengan Pantai, sebab bersyukur dan tak nak main main lagi. Hahahahahaha. Gigih kot?
Selain itu, tahun ini kami berazam mahu memakan makanan yang sihat banyak banyak, beberapa bulan yang lepas dah mula mengambil brown rice, bila balik kampung aje musnah diet kitaorang. Tapi tak ape, kat rumah memang tak putus bekalan beras perang nih. Ha ha. Memula macam tak jalan jugak, sehari dua aje pon, sekarang dah okay. Salad kalau dulu sekali dua aje seminggu, tapi kali ni walaupon dah masak sayur ke apa, dia tetap kena ada jugak. Snacking degan salad adelah lebih baik dari cicah Nutella kot. Mesti kurangkan makan manis manis di petang hari. Aku nih memang asalkan petang aje mesti nak bermanis mulut. Mula lah terkenang kenangkan kueh bingka, tepung talam, cendol, pengat pisang, bubur kacang bagai. Sekarang kunyah aje lah tumbuhan hijau itu cicah thousand island. Okay ape? Hew hew hew
Tahun baru ni jugak aktiviti memasak berjalan seperti biasa. Tak lebih tak kurang. Jangan nak memandai mandai bagi idea suruh aku masak lebih masa ke, pegi kelas membuat kueh raya ke, eh tolong eh tak payah nak macam macam sangat.
Cukup lah setakat ni. Ini kira intro yang agak solid jugak di tahun baru ni. Kalau rindu aku datang lagi lain kali.