Thursday, October 17, 2013

Eid Ul Adha kami


Ni bukan kali pertama sambut raya haji di KL, rasanya dah dua kali kot. Not that bad lah sebenarnya. Pagi tu lepas solat raya di masjid wilayah, balik rumah sarapan roti canai dan rendang. Kesian tak? He he 

Lepas tuh facetime dengan mak bapak kejap, lepas Zuhur baru keluar makan makan.



Kitaorang sepakat pegi lunch di Tarbush Starhill. BBQ kofta, kebabs, nasik biryani, nasi ape ntah lagi nama dia dah lupa..Semuanya sedap sedap belaka. Kira sesuai lah untuk para perantau seperti kami. Ewah. Aku ingatkan diaorang ade buffet macam bulan puasa tu, tapi masa raya memang tak ada. Kalau tak, memang lagi banyak lah kitaorang belasah makan hari tu :))


Lunch sekali dengan baby bambam nih. Dah besar dia. Makin bulat makin geram aku tengok. Memang mintak digomol sangat kan. Memula malu malu, pastuh hambek kau.. nak makan pon aku tak senang habis herot tudung gojes iols nok. Ha ha ha ha. Sabaarrrr aje lah.



Lepas lunch kitoarang lepak lepak kejap ke Mid V pulak, sebelum pegi tengok Insidious2  Tak, si bam bam nih tak ikut. Kalau tidak, sah sah movie ke mana aku ke mana. Ha ha ha ha. 


Oh yeah , Insidious2 nih tak lah gerun seperti yang ku harapkan. Kebanyakkan plot dia dah lebih kurang yang dulu jugak.. sampai aku rasa, eh apesal macam dah penah tengok cita nih. Ha ha. Bohsan betui.  


The Conjuring jugak yang paling best :D

Monday, October 14, 2013

Raya eve kami


Baru aje bukak entry, kedengaran lagu raya tak semena mena. Memang aku dah agak. Sentaappppp iols kejap.

Suasana sungguh meriah di sini sana
Segalanya berseri indah berhias rupa..
Di hari mulia ini..
Ku susun sepuluh jari..
Ku kini telah kembali
Padamu yang menanti..
Selamat Hari Raya
Hari yang bahagia..

Haaaiihhhhhhhhhhhhhhhhhhhh  :"(

Nasib baik lepas habis lagu raya diaorang main lagu Taylor Swift. Kalau tak, memang lagi sikit aje aku nak bukak web malaysia airlines tuh. Sebak dada tak terkira. Hahahahaha. Kuat drama dia nih.

Baru raya haji kan.. kalau Aidilfitri sah sah aku meroyan terus. Nak nak kalau kena ikut husband beraya di rantau ke apa ke kan. Dahsyattt imaginasi aku lately. Ya Tuhan.

Hari ni kami berpuasa sunat. InsyaaAllah kejap lagi sama sama berbuka kat rumah. Masak lah aku apa yang patut. Dah siap bercita cita nak memasak gitu gini dari malam semalam. 

Alhamdulillah. Dah selesai semuanya. Maka tersadai lah kejap aku. Menggigil kepala lutut nokz. HEH.
'

Rendang pedas daging. Extra santan bagi rasa dia kaw kaw punya. Extra cili kisar jugak tadi. Harap harap tak menggelupur lah cik abang makan nasik kejap lagik. 


Nasik bukhara buat julung julung kalinya. Memula ingat nak masak nasik biryani, tapi entah macam macam biryani bertukar jadi bukhara. Sedikit aneh di situ.


Ayam goreng nyumm nyumm nyumm. Mai lah kfc ke ayam goreng mcd ke, ayam macam gini jugak yang menjadi dambaan selalu. Tak jemu langsung..

Tak dilupakan jugak fresh yogurt bersama salad. Nak dekat berbuka pon buleh buat sebab tak payah mana pon.

Tengah facetime dengan mom tadi, diaorang (sepupu aku dengan bini dia datang beraya dari KT) tengah memasak gulai sotong untuk berbuka kat sana. Menjejes ayaq liuq tengok gulai tengah menggelegak.  Saja lah tu menguji kesabaran I kan. Ha ha.

Dalam pada tu, sibok jugak suruh mom ajar aku macam mana nak rebus ketupat.



Sangat senang, wangi semerbak satu rumah uolsss. Ini memang sesuai sangat untuk orang orang yang terdesak nak makan jugak ketupat palas di pagi raya macam aku nih.. 

Tambah santan aje, lepas tu masak lebih kurang satu jam. 

Tengah dok mendidih atas dapur lah sekarang nih. Harap harap menjadi elok ketupat aku. Tak sabaq nak cicah dengan rendang jap lagi. Pastuh cicah dengan susu pekat pon sodaapp jugak :))


Selamat berpuasa dan berbuka pada yang sewaktu denganku.

Selamat menyambut Eid Ul Adha. Semoga setiap pengorbanan yang kita lakukan, mendapat berkat dan syafaat dari yang Esa.


Maaf zahir & Batin!

Thursday, October 10, 2013

HSG alaahai


Allahumma yassir wala tu'assir..

Next cycle kena buat HSG. Kali terakhir buat tak ingat bila, tapi di Penang dulu. Dah lama jugak. Ya Allah dia punya sakit sampai badan aku jadi kebas, telinga aku jadi berdengung macam tak berfungsi apa apa. Ha Ha ha. Seriously. Yeah aku memang jenis tak tahan sakit, tapi kalau nak dibandingkan dengan laps, Hsg paling mengerikan dalam sejarah hidup aku :'(

Tapi kali ni berbeza dengan dulu, sebab kena pegi buat di Tawakal dengan Dr. Fatimah. Dengar dengar cerita semuanya kata okay dengan dia. 

Sesiapa yang pernah buat kat sini, baik mengaku cepat. Meh cerita dengan aku.

Di samping tu ade lah benda yang aku kena buat lagi. Lepas tu baru buleh fikir dengan waras dan buat keputusan.

Tipu lah kalau aku kata, aku okay tak stress kan. Tapi aku ni jenis yang stress sehari aje. KAHKAHKAH. Lepas tu aku mudah lupa diri balik.



Walk a mile in my shoes, see what i see, feel what i feel, hear what i hear then maybe you'll understand why I do what I do.

Tuesday, October 8, 2013

When one door closes, the other one opens

...but we often look so long and so regretfully upon the closed door that we do not see the one which has opened for us..


Laaaaamaaanyaaaa  :)

1. Bukak belog jugak, cuma tak sempat nak mengarang. Seminggu dua yang lepas, teruk aku kena back pain. Dari bahu,  tulang belakang sampai ke kaki semua sengal lain macam. Dia punya sakit sampai bawak ke demam. Mom cakap aku silap makan ke apa entah. Sebelum tu, kitaorang pegi bedal nasik lauk kampung dekat Sambal Hijau Sg Penchala. Banyak lah jugak aku hadap kacang botol rebus dengan sambal hijau, ikan bakar bagai cicah air asam. Sedappppp kan. Sebab tu ke?

Lepas tu kitaorang tapau pulut durian. Hahahaha. Takkan tak buleh makan pulut pulak dah? Semalam rasa macam bisa bisa muscles lagi. Gasak.

2. Sah. Raya Haji kat KL aje. Sedih gila aku. Ibubapa pulak tak dapat datang sebab diaorang ade buat qurban kat sana. Lepas tu nak pegi Guangzhou pulak. Syoknya depa. Kitaorang tak balik sebab sang suami tak buleh sambung cuti lama lama sebab Aidilfitri itu hari memang lama sangat dah cuti. 

Minggu lepas aku pon dah siap beli ketupat segera Nona nak rebus di malam raya. Harap harap tak kedengaran lagu dendang perantau. Huh? Hahahaha. Tampar nak?

3. Alhamdulillah.
Penantian kami selama ini berbaloi. Darling husband akhirnya dah dapat permanent resident di sini. Walaupon selama ni diaorang cakap kalau expat memang tak jadi masalah nak dapat PR dan cepat, tapi tak semudah tu jugak. Jenuh naik turun Putrajaya. 

Sampai kurus aku sejak dua menjak. Eh tetibe dah kenape.

Ada yang menunggu bertahun, ada yang sampai dua belas tahun pon belum tentu lagi. Terus masa memula nak apply dulu, dalam hati aku dah rasa macam tak seronok kot.

Alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan sempurna untuk kami. Syukur sangat sangat. Sebenarnya dari bulan puasa dah dapat berita, cuma perlu selesaikan beberapa process terakhir lagi sebab tu tak berani aku nak over excited sangat. Alhamdulillah dah selesai semuanya. Rezeki yang tak disangka.

 

Lalu, hujung minggu itu kami pon pegi meraikannya secara kecil kecilan berdua sahaja. Berdua lah kau pon, sape lagi nak mengekor? Baby follicles haddoooo lah. Ha ha ha


Sedaplicious. Walaupon masa nih memang tengah sakit sana sini macam mak nenek, tapi nenek ini tetap layaaan uolss..lol


4. Sedang menunggu masa nak men-tonton Insidious2. Hari tu kami telah menakutkan emosi masing masing dengan The Conjuring. Lepas tu Raaz3. Ya Allah, serious seram dia mak aaihh... Tak tipu. Balik rumah, nak tido pon terbayang bayang muka hantu tu. Hahahaha. Bila dah siang hari, sambil masak pon aku buleh terkenang kenang lagi. Nak mandi lama lama pon dah tak senang.  Aku memang begitu. Tapi tak serik.

Jadi hari raya nanti, kami dah bercita cita nak pegi tengok movie dan lepak lepak aje :) Jangan sapa sapa sebok nak datang beraya rumah aku. KAHKAH.


We don't have to fear this moment. We could go slow, see where this goes. Cos you'll never know :) Ewah. 

Tu kat Wondermama Bangsar jer pon. Tak payah nak perasan sangat.


5. Yeah. Sehingga ke saat ini, aku masih lagi di dalam fasa untuk mensesuaikan diri dengan retainer. Masih rasa tak selesa, masih rasa leceh gila bila kena pakai sebelum tido tetiap malam seumur hidup. Inilah dia yang dikatakan takde keje pegi carik keje sangat. Gasak. Penah jugak aku ngelat tak pakai satu malam. Tapi esoknya bila bangun pagi, aku bajet muka aku macam pelik pulak. Hahahahaha.


Suka saiko diri sendiri lah katakan.


 Payah punye pompuan!!