Hellooo Jelloooooo!!
Yeay am back! Yeay! *tepuk tangan*
Eksaited macam lah ramai sangat ternanti nanti kemunculan yang tak semena mena ini kan. Lama sangat kot kali nih tak merapu dalam belog khayalan sendiri. Aku rindu jugak nak buat entry panjang panjang macam dulu, tapi apa kan daya..
Sejak parents datang dan aku pula pulang ke kampung halaman, aku seperti lupa diri uolss. LOL Lagipon sekarang banyak masa aku habiskan dengan instagram untuk syok sendiri. Ambik gambar, letak caption sempoi lebih kurang, taadaaa. Senang. Bila masa bohsan, aku tengok balik Ig sendiri, betapa aku dalam dunia syok sendiri alaahaiii. Hahahahaa
Pernah jugak aku lupa password blogger ini. Mahu panas telinga dan panick kejap. Terus aku terbayang bittersweet moment aku dengan blog sendiri. Kot kot la nanti sampai bebila aku tak buleh log in dah kan. Punah lah cita cita aku nak tunjuk belog hebat nih kat anak menantu. Hahahaha. Emosi sedikit di situ. Itu dalam angan aku la.
Balik Kl, rutin semuanya kembali seperti biasa. Mula lah misi merancang masa hadapan bersama, memakan secara sihat ( tanpa berleluasa ha ha ), selain dari menjaga rumahtangga dan kebajikan si suami. Okay lah kan? Tak lah boring sangat hidup aku kot. Buat apa nak berduniawi teruk teruk, kalau dalam rumah sendiri pon kau tak bahagia. Cukup lah apa yang ada. Gitu... ;)
Happy New Year kesayangan semua. Kot kot lah ada yang tersinggah dan terbaca entry aku kan setelah tiga ratus tujuh puluh tahun tak nampak bayang..
Semoga tahun baru nanti akan memberi banyak ruang kebahagian dalam kehidupan kita semua. Dimurahkan rezeki selalu sebagai seorang anak dan isteri, dikurniakan kesihatan yang baik.. sakit manja manja aje tak apa, kewangan yang tip top hendaknya ( sebab duit aku tak penah aje cukup dari awal taun dulu. Aneh? hahahahaha ) dan tak dillupakan moga dipanjangkan usia dan berkesempatan untuk menjadi seorang mommy yang paing cool dan sempoi dalam dunia. HEH!
Taun baru jugak diharapkan dapat mengembalikan zaman kegemilangan aku menulis empat entry seminggu.
Sebenarnya kalau ikutkan hati banyak lagi nak cerita, tapi nanti nanti lah. Bebila aku free dan goyang kaki mengatasi segala gala. Kita sambung :))
Kalau rindu aku, jemputlah enjoy flipgram ini. Waahh muntah sekarang!
Jumpa lagi!http://flipagram.com/f/2TP4GBJZfn