Wednesday, September 3, 2014

Awas Hanya Entry Makanan

 
 
Langit biru dengar kisahku. Ewah Ewah. Banyak ke sangat kisah kau, dekat belog pon tak berkesudahan ada hati nak bertamu di awanan biru gitu. Ini masa dalam perjalanan dari rumah nak ronda ronda carik makan di island. Tak lah jauh mana pon, tak sampai 10 minit zasssss, itu kalau dad yang bawak. Kalau aku mau terkedek kedek nak carik jalan lah itu lah ini lah. KL lagi senang kut. Kat Penang banyak jalan simpang siur bagai, lu kena betul betul otai okay. HE HE.
 
 
Dah dekat seminggu lebih daku di kampong halaman. Maknanya selama itu jugak masih berjauhan beribu batu dengan si suami itu. Dalam dok rindu dendam itu jugak, tidak lah daku lupakan kewajipan untuk menikmati kenikmatan makanan di sini yang selama di KL hanya mampu berangan di dalam hati aje lah kan.
 
Tengahari tadi dad ajak pegi lunch ikan bakar. Tapi kena keluar awal kalau nak makan di situ, sebab kalau lewat nanti cepat habis lauk pauknya. Gigihlah daku sampai tak nak breakfast sebab nak tibai nasik awal awal kan.
 
Ekceli takde lah awal mana pon, dalam pukul 12.30 kami dah sampai sana. Sebab lunch aku selalunya agak lewat dalam pukul 2 macam gitu. Maklumlah kalau kat rumah sendiri dengan nak mengemas, memasak bagai, kau ingat senang nak hadap goyang kaki awal awal? Kesian tak.
 

 
Kau.. sampai aje dah berasap asap aku tengok diaorang dok kipas lauk. Ramai jugak orang tengah dok beratur masa tu, mom pegi carik tempat duduk sesiap biar dekat dengan kipas, senang daku nak makan dengan aman karang. Amboi semangat.
 
Macam macam jenis ikan di sini, yang paling syok habis mesti lah ikan keli salai. Ade jugak talapia, pari, ikan siakap dan banyak lagi. Kalau yang nak lagi sempoi buleh lah cuba daging harimau menangis. APA? Aku rasa tak ramai yang tahu daging nih? Ke aku aje yang baru tau kot.
 
Jangan risau, orang penang tak makan daging harimau okay. Kau pon tak agak agak kalau nak menuduh kan. LOL
 
Harimau menangis atau di sini cakap rimau menangis, adelah bahagian daging yang paling lembut dan manis isinya, sampai kalau kau makan kesedapan dia tu akan membuatkan kau rasa nak tersesak esak menangis, dah kenapa pulak? Ha ha ha.
 
Begitu lah dad yang cerita. Tapi memang sumpah sedap bila disalai begitu.
 
Pada yang suka dengan sotong , udang ataupon ayam bakar jugak ada. Punya besar besar gedabak size diaorang semua. Kalau satu pon jenuh bercinta nak habiskan dan sangat sedap rasa dia.  Maklumlah seafood memang fresh sangat di sini.
 
 
 
Takdi daku pon cuba serba sedikit juadahnya.. yang paling wajib semestinya ikan keli. Dapppp sangat. Isi dia lembut, lemak dan sangat fresh. Rasa manis manis dan pedas dihujung hujung bila dicicah dengan sambal limau kicap. 
 
Turut kelihatan adelah masak lemak labu manis, ikan bakar, harimau menangis yang oh super sedap itu, udang bakar, sup daging, dan ulam ulaman bersama sambal belacan. Ibubapa suka makan nasi putih dengan kari ikan bawal dia. Sedap katanya. Daku hanyalah menikmati yang tertera di gambarajah itu sahaja. Hihihi. Gasaaaak aaah.
 
Pada satu malam, teringin pulak nak makan char koey teow, macam macam pulak yang aku teringin sepanjang di sini, eh macam tak biasa kan.
 
Kalau di KL jangan nak carik pasai lah malam malam nak makan itu ini, kau pegi lah korek di dapur ape yang ada. Hahahaha. Takde sapa nak layan keluar tengah tengah malam, melainkan hujung minggu.
 

 
Lantas sepantas kilat, ber-char koey teow pulak lah daku malam itu. Ini dekat dengan rumah, kedai dia bukak malam aje sampai ke pagi. Daku jenis tak suka char koey teow yang terlampau basah, macam nih lah yang sedap dan berpalut aje kuahnya. Yag penting tak kembang bila dimakan. Lupa pulak mintak cili jeruk, kalau tidak lagi mantopppp. HEH.
 
Sepanjang kat sini, takde masa lagi nak pegi nasi kandar beratur. Last week ikut dad pegi island masa tengahari sebab dia ada urusan sikit di sana, jadi I dengan mom pon mengekor lah sama. 
 
 
Kitaorang lunch di Hameediyah. Kedai dia dah serba baru, dan bertambah bersih serta teratur kalau nak dibandingkan dengan dulu. Yang penting nasik dia haruslah sempoi sepanjang zaman. Ramai yang makan nasik beriani ayam kalau di sini, tapi hari tu daku makan nasik kandar, kuah campur banjir besaq punya, daging masak hitam berempah dan ayam masak kapitan.
 
Perghhhh meleleh peluh sambil makan macam pergi berperang kata emakku. Hahahaha. Memang 10 bintang lah wa kasi sama lu!
 
 
Kalau selalu makan kat luar pon tak best jugak, ape lah sangat nak dibandingkan dengan masakan ibunda sendiri kan. Entah tiba tiba teringin nak makan hati lembu dengan tak semena mena pulak tu.
 
Dah lama sebenarnya teringin, tapi tak pandai nak memasak sendiri kot. Nasib baik mempunyai ibunda yang memahami selera dan kemalasan anaknya dengan seribu satu alasan kan.
 
Maka, masaklah emakku hati lembu masak kalia denga  lada hitam. Masak macam gini pon sodapp kalau diolah dengan daging ataupon ayam. Ikutlah selera masing masing. Memang pedas, makan pulak dengan nasik panas panas hari tu, nasib baik hujan lebat.. lena tido kekenyangan lah I tell you malam tu. Kroohh Kroooohhh. Hihihihi.
 
Dan taaaadaaaaaa.. siapa tak kenal dengan menu yang hukum nya wajib bila daku balik ke penang. Memperkenalkan.. MEE BANDUNG DAGING UDANG DAN SEWAKTU DENGANNYA LAH.
 
 
Kaaaauuuuu, sampai licin begitu daku sapu. Tinggal saki baki tulang aje kot, itupon sebab dah tak buleh ditelan, kalau tidak..InsyaaAllah. LOL
 
 
Hari Rabu adelah hari yang selalu ditunggu tunggu kalau balik kampung sebab ada pasar malam.
 
Daku memang suka meronda ronda ke pasar malam dari muda sampai lah tak berape nak muda sangat sekarang nih. Kejap lagi ingat nak pegi ushar ape yang patut, tau foo fah, keropok leko, laksa beras dan kueh peneram adelah di carta teratas untuk dibeli kalau ke pasar malam kerana factor kesedapan dia hanya terdapat di sini.
 
 
Maka, bersurai lah semua. Entry makanan cik puan besaq telah disahkan tamat sekarang. Tepuk tangan please :")