Wednesday, November 4, 2015

Reunited and it feels so good



Hadiah dari ku kepada ku jua muahahaha!

Sebab cuaca sekarang akan menjadi makin sejuk, maka inilah saat yang dinantikan oleh cik puan besaq nak bergaya dengan sweater dan jacket baru nyum nyum nyum. Dua tiga hari selepas ketibaan kami di sini dan merasa diri sudah kembali 'stabil' ape lagik, ke Primark lah dengan gigihnya menyopping manja manja, uolss..

Walaupon hakikatnya kiter adelah pen-takut sejuk, tahap bangun pagi pon  pegi cuci muka dulu tengahari baru mandi, lepas tu keluar carik breakfast. HEH.

Dari KL hanya bawak satu trench coat, dan dua tiga helai sweaters aje. Nak lah jugak merasa yang baru kan. Lagipon kat Houston dulu mana ada sejuk, itu pasal takde beli jacket baru langsung tahun ni :D 


Helo semua.


Goedemiddag. Selamat tengahari kakak kakak tengah masak sambal tumis sotong ke tu? Dappp nyaaa, Lapar letteww.. Iyaannnnn tak? HAHA.

Sekarang tengah autumn di The Hague. Maka sekali keluar, sekali ku nak fefeeling cerita Mohabbatein bagai. Penuh dah plastik sampah kutip daun kering dah kenapa kau. Dengan udara bersih dan segar bugar sepanjang hari, dedaunan kemerahan dan dingin sesekali terasa di pipi, rasa macam boleh aje aku tinggal di sini lagi seploh taun pon. Amboiiii.

Umpama bunga bunga cinta mekar di jiwa, macam gitu lah perasaan ku sekarang ini. Di mana sahaja kitorang pegi, akan mengimbau zaman memula datang dulu, ada dah berubah dan ada yang masih sama seperti dulu.


Maghrib di sini seawal 5 petang. Kalau rasa nak bayar puasa sangatlah sesuai kan. Kau jangan nak itu, nak ini aje, hutang dengan tuhan jangan nak lengah lengahkan, ujar emak ku selalu. HEHEHE.


Bersyukur lah sepanjang seminggu di sini, memang rasa panahan mentari menusuk kalbu,  kecuali hari ini suhu pagi tadi mencecah 4 degrees celsius. Kasihan akan si suami itu kena keluar awal ke office, nasib baik tram stop berdekatan aje dengan tempat tinggal sekarang. 


Minggu lepas kitaorang tinggal di Hilton, baru tiga hari pindah ke Novotel Suites. Aku lebih suka di sini sebab berdekatan dengan segala galanya, dan tentulah yang terpenting sekali Primark hanya beberapa langkah sahaja dah sampai. Bukak tingkap pon buleh nampak dia melambai lambai, kau rasa? HAHAHA. Siang malam tak senang tido ku dibuatnya tahu tidak.

Restoren makanan halal pon banyak, dari nasi beriani, nasi mandy, shawarma hinggalah soto dan nasi goreng pon ada di celah ni. Alhamdulillah takde lah masalah kalau tetiba kau teringin di malam buta ke apa, lagipon sejuk sejuk ni memang asik lapar aje kejenya kan. Aku lah itu.

Kedai makan di sini ada yang dibuka sampai pukul 11 malam, ada jugak yang pukul 7 dah tutup rapat. Khamis pula adalah hari bershoppin- shoppingan hingga ke lewat malam, sebab kebanyakkan kedai dan mall ditutup antara pukul 6-8 malam pada hari hari biasa. Gituu..


Acah acah tourist

Nak naik basikal risau tak jejak tanah pulak, kang tergolek depan tu baru betul punya cerekarama kan. Baju dan kasut tu sebenarnya baru beli terus pakai, gigih ke tidaaaaak. EEkk tampar nak budak ni.


Emak cakap pegi lah ushar ushar ape yang patut kat dia. Beli dulu nanti emak bagi duit. Baiklah. Nanti kiter kira harga kasih sayang tau. HAHAHAHA. 


Weekend lepas dalam pening pening tak cukup tido tu pon, sempat lagi kitaorang ke Roermond. Di sini lah terletaknya designer outlet yang terbesar, jauhnya dua setengah jam dari The Hague dan hanya 30minit ke Dusseldorf. Seperti pagi pagi kebanyakkan, pukul 4.30 daku dah terpacak bangun sebab tido pukul 8 malam. So setakat nak bangun awal nak kejar train memang apa ada hal lah kan. 

Maka lepas bersiap siap, bersarapan waffles dan telor bersama old town teh tarik, puku 7.30 pagi berjalan lah kami ke tram stop untuk ke  Den Haag Centraal lantas mengambil train terus ke bandar Roermond.


Yey yey sukanya saya. Lepas makan churros kita sambung shopping tau..


Sedap sangat churros ni, rangup dimakan panas panas. Lemak manis rasa dia. Tapi kalau sejuk, dah rupa kueh cakui pon ada.. 


Sebab masih awal pagi dan sejuk, perut asik mintak di isi aje. Nak makan berat berat, risau kang nak berry-berry susah lah pulak nanti husband bising sebab dia nak kena pegang botol air bagai. KAHKAHKAsihan.

Terus terang, kenkadang kitaorang bawak extra botol air kosong habuan darurat kalau nak ke tandas. Aku memang tak buleh dan tak akan sanggup nak guna tissue aje uolss.. wet tissue ke dry tissue ke eh please lah nan haddo maknanyaa OKAY! HAHAHA. Tak Nak!

Jadi memandangkan perut aku ni memang dikategorikan sebagai super-active dan sensitive di pagi hari, takpon kalau lepas makan terus pegi minum minuman yang bersusu memang tak cukup tanahlah aku carik toilet. Masa tu memang jacket ke mana, aku ke mana lah jawapnya. LULZ 


Nasi dan tumbuh tumbuhan

Jadik untuk mengelakkan kejadian ngeri sebegitu, memang ku tahan aje lapor hingga ke lewat tengahari sedikit baru makan. Itupon hanyalah jasmine rice bersama sayur campur yang tak pedas langsung dan air Fanta. Lagipon di sini mana ada sewenang wenangnya nasi kandar ayam goreng drumstick extra garing satuuu.  

Balik rumah dah malam, terus tapau kebab platter pulak lepas tu tido tak hengat apa dah akibat kepenatan yang dasyat macam kena kejar raksaksa pulak muka masing masing. 

Minggu ni, husband dah masuk office. Jangan risau, pandai pandai lah ku membawa diri sementara menunggu dia balik. Husband pon usah lah risau, you dah letak I di tempat yang paling tepat di dunia. HAHAHA (sumpah dia takde masa pon nak baca belog tak ketahuan punca ini)


    Autumn 2015. The Hague. Please be good :)