Thursday, May 26, 2016

Menggamit ramadan terindah

 
Helo Jelo
 
 
Sebenarnya ini pertama kali akan daku pakai telekung berwarna sweet begini.  Sempena kedatangan bulan yang mulia tak lama lagi, ku telah menghadiahkan diri sendiri dengan 2 pasang telekung baru. Sepasang lagi esok lusa sampai lah kot, bersama sedozen tops untuk dipakai di hari raya kah kah kah.
 
Sejak dua menjak ni memang membeli belah di alam maya aje keje ku, konsep hidup stress-free begini memang perlu diamalkan selalu demi keharmonian rumahtangga bersama. 
 
Okay.
 
Persediaan Ramadan kali ini semestinya lebih meriah dari taun lepas semasa di U.S dulu. Awal awal hari tu dah pegi mencarik air sirap, sebab di rumah kelak sirap ais bersama biji selasih memang menjadi minuman wajib berbuka. Minggu depan pula bercadang nak menambahkan stok ikan bilis, telor asin, ikan kering apa yang patut, memang risau akan suami itu dibuatnya. Sebab mana lah dia reti makan benda benda alah ni. Ruginya kau alahai. HA HA.
 
Kenkadang waktu berbuka dan bersahur, benda benda yg simple begini jugak yang menjadi dambaan tekak, kan. Tapi itulah.. kita hanya merancang, karang bersahur milo panas dan roti jugak jadiknya. LOL
 
 

 
Meriah sangat, dah nampak kelibat ketupat dan warna warni lampu raya :)
 
 
Antara kewajipan sebelum puasa dan raya mestilah jugak heret cik abang itu ke Jalan TAR. Kahkahkah kasihan. Melilau aje mata aku mencarik tudung yang murah gile kat sana. Bukan setakat murah, memang cantik cantik juga dan banyak pilihan. Kalau raya sebulan, apa lah sangat sehari satu tudung baru uolss.. HAHAHAA. Sumpah dia punya murah begitulah.
 
Maka, weekend lepas menapak lah kami ke sana berbekalkan sorang sebotol air mineral berjalan lah kitaorang sambil mengelap keringat dari Jakel Mall ( parking lot kat sana lebih banyak dan senang berbanding Sogo, okay yg ni memang aku baru tau ) meredah sepanjang pasar petang Jalan Tar dan Masjid India. Puas hati aku.
 
Di samping membeli tudung dan jubah untuk diri sendiri dan emak, dapat jugak senaskah Tafsir Al Quran yang dicari cari selama ini, naskahnya bewarna warni cantik sekali.
 
Sepanjang awal Ramadan kelak, kitaorang memang akan berpuasa di KL sahaja, dan seminggu sebelum raya nanti balik lah kami ke kampong halaman, yaaaahuuuuu tak sabar nauuu naauuu.
 
Memandangkan nak berpuasa di sini, kenalah menjadi extra rajin untuk memasak sepanjang hari bekerja. Memang jarang berkesempatan nak makan luar mahupun ke pasar Ramadan melainkan hari cuti. Maka, dah ku sediakan beberapa menu yang bakal dimasak, yang penting mestilah kena dengan tekak memasing yang citarasa nya tu kenkadang memang over. Namun, daku bernasib baik juga, sebab si husband itu hanya suka akan nasik dan tak payah nak berkueh mueh sangat. Cukup setakat pudding takpon agar agar sahaja. Jadik dua tiga lauk dah memadai lah buat kami berdua.
 
Kalau nak senang lagi, ke masjid wilayah aje lah kita berbuka yea husband  HAHAHA.
 
 
 



1. Nasi ayam terbest di dunia. Resepi ada dalam entry yang lepas dah penah ditulis. Lagipon tak susah mana nak masak nasi ayam ni, kacang puteh krup krup krup aje.
 
2. Pulut lemak manga harum manis. Daku gunakan pulut-susu kiriman emak, yang extra lemak dan moist bila dimasak. Jadik kau tak payah dah letak santan banyak banyak.
 
 
Ini adelah contoh menu yang buleh kita sama sama rajinkan diri untuk dihidangkan pada suami dan keluarga di bulan yang mulia. Gigihkan kumpul pahala ting ting tinggg.
 
 
Nasik ayam resepi ibunda sentiasa menjadi pujaan hati dulu kini dan selamanya. Itulah resepi memikat suami ye puan puan. KAHKAHKAH.
 
Kejadian pulut manga itu pula memang tidak disangka sangka sama sekali. Satu hari kami dikejutkan dengan kehadiran berkotak kotak harum manis dari daddy-cool yang sweet umpama harum manis itu jugak. Baru aje cakap teringin nak makan ( maklumlah di utara hari tu memang tengah musimnya harum manis ) terus sampai dua hari kemudian buat puteri tunggal kesayangan. Memang gula gula sangat daddy ku itu.
 
 
Puas makan. Alhamdulillah. Boleh dibuat stok sampai Ramadan lah nampaknya. Maka makanlah kami berulamkan harum manis saban hari dari agar agar sampai ke lassi kitaorang hadap. Memang manis dan harus semerbak namanya.
 
 
Weekend pula ibubapa nak datang, tak sabar betul dan berkobar kobar semangat nak bawak diaorang jalan jalan dan mendapat upah baju raya sebagai balasan. HA HA HA HA
 
 
 
 

Friday, April 22, 2016

I choose to be happy

 
Seperti setiap tahun, di mana jua ku berpuasa dan bakal beraya, memang inilah yang menjadi kewajipan. Koleksi macam mak-mak sangat kan kau Sash. LOL Sebenarnya resepi dan lauk lauk dia sangat best, sekuarang kurangnya memberi ilham bila nak memasak waktu berbuka dan bersahur. Bersahur pon hang masak ke? Memang taaaak lah kan. HA HA.
 
 
Laaaaaaaaaaaaaaamanya tak buka belog kebelakangan ini, tahap sikit lagi nak lupa akan password.
 
 
Helo semua :) (bajet dua juta pembaca tegar, uweekk)
 
 
Sebenarnya banyak jugak cerita sepanjang beberapa bulan yang lalu, dan yang terpenting, kitaorang sepakat untuk melakukan ivf selepas raya seperti yang dicadangkan oleh doc. Banyak sungguh dugaan untuk memiliki zuriat sendiri. Tapi kami percaya perancangan Allah adalah yang terbaik buat masa kini.
 
Selepas melalui beberapa episod dugaan dan kesihatan yang tidak mengizinkan, terpaksalah dengan berat hati untuk tidak meneruskan hasrat melakukan ivf tersebut. Nak sedapkan hati sendiri lagi, puasa dan raya kan dah tak lama, yer daaak? Kang kau jugak sebok nak balik kampong lah apa lah. HEH.
 
Bak kata suami juga, tak payah dirisaukan sangat, sabar sikit aje lagi.  Lagipun dia sentiasa ada untuk mereput bersama ke akhir hayat. HAHAHA. Memang pandai memujuk dia itu. Tapi taknak lah aku menunggu selama itu tanpa baby kan? Sob. Sob.
 
 
Ke nak kena pegi holly holly dulu? Ahaa. Kau jangan nak macam macam yea Sash.
 
 
 
Maka di sini lah saya mencari ketenangan fikiran.. gituuhh. KAH KAH KAH.
 
 
Everything that has happened we can put behind us now, you have me, and I have you.
 
 
Dilwale ke idookkkk? Baik puji sekarang. HAHAHAHAHA #jangankecam.
 
 
 
-TBC

Tuesday, January 19, 2016

Cik puan besar kembali

 


 
A scratch map of the world.. yang menjadi dambaan kalbu ku setelah sekian lama. Lama jua ku mencari.
 
Akhirnya terjumpa jugak benda alah ni masa jenjalan dekat salah satu kedai di The Hague hari tu. Tak sabar nak frame kan dia ni, lepas tu buleh lah kita main gores gores dan menang, eh? But its sooooooo pretty lah, I don't wanna scratch it off, terus rasa kasih sayang yang berlebihan pulak. Masih cantik dan rapi di dalam kotak tu lagi. Husband pulak dah bising dan gatal tangan nak mengores tak sabar letteww. Tunggu aku yang rasmikan dulu. HEH. 
 
 
Ohai!
 
Sejak menukar nama belog baru bersama dengan tema temanya sekali ku buang (puas hati?) terus kembali bersemangat nak mengarang. Eceh. Kau jangan sekejap aje Sash. Kenapa tukar nama belog aje? Sebab saya masih sayangkan belog lama yang banyak kenangan manis/pahit dicurahkan di sana, tetapi dalam masa yang sama setelah berbincang panjang dengan suami (amboi..) dia bersetuju ku tukar nama belog atas sebab sebab dan ciri tertentu. Janji penulisan ku di sini tidak menyimpang siur yang bukan bukan sudah lah katanya.. HAHAHA.
 
 
1. Memandangkan sehari dua lagi sesi pulang ke kampong halaman, maka dapur dan bahan bahan di dalam magic fridge pon perlulah dihabiskan dengan segera. Lagipon pulang ke penang kali ini sedikit lama berbanding selalu, dan suami pula akan ke luar negara selama seminggu lagi selepas itu, maka buleh lah bergoyang kaki dengan girangnya sambil menikmati masakan emak tercinta lagi.
 
 
Bihun sup utara bersama sambal pedas letops di dalam mulut.. slurrppp.
 
2. Resepi ini adalah rekaan imaginasi sendiri. Tak pernah ku belajar cara nak buat bihun atau mee sup dan sebagainya, bukan lah payah mana kan. Kalau ini pon kau tak reti, pegi mereput lah di dalam bilik nak. HAHAHAHA. *Eksyenkan hanggg!*
 
Masaklah sup seperti biasa, cuma bila dah hampir masak dan mendidih dengan banyak.. taburkan serbuk black pepper ke dalam kuah sup tersbut (tips dari emak) Maka aromanya akan terus mentusuk kalbu I tell you.. Barulah sempoi rasa bihun sup utara awak. Nampak tak nampak tak?
 
 
3. Apa yang selalu dimakan sepanjang 2ww? Banyak yang saya baca mencadangkan kurangkan mengambil makanan pedas/bercili terutamanya lepas ivf nanti. Saya memang peminat cili padi yang tegar, tapi takde lah sampai makan nasik berulamkan cili kicap sepanjang masa. Cuma bila masak menu seperti ini, memang laju aje lah daku mencedok sambal nye. Maka tak lama lagi saya akan cuba mereka cipta menu menu sepanjang tempoh tersebut. Tapi perlu lah melakukan research dengan banyak lagi, bukan main 'hentam saja lah labu'...
 


 
4. Daging dihiris nipis, goreng tauhu hingga kekuningan tapi tak nak sampai garing sebab saya suka tauhu yang lembut bila dimakan bersama sup.. sedikit taugeh, daun bawang yang digaul bersama bawang goreng. Celurkan bihun bersama sedikit serbuk kunyit. Tapi bihun ku itu nampak sangat dah terlebih kunyit kuning dia bukan kepalang. Lepastu letak serba sedikit rencah nya di dalam mangkuk, masukkan sup yang panas panas, dan buleh lah dihidangkan untuk di ngapppp..
 
 
Lauk kesukaan seisi keluarga ku. Itu lah modeinyaaaaaa bila dah malas kan. HAHAHA
 
5. Daging kicap black pepper bersama nasi panas panas antara menjadi hidangan berbuka puasa kelmarin. Ada juga ikan cencaru sambal sumbat dan sup petola bersama udang tapi ternyata tidak kelihatan di dalam gambar sebab kelmarin puasa ku adalah sedikit mencabar.
 
 
Bila berbuka terus makan nasik sampai tak sempat nak ambil gambar. Solat mahgrib pon dah menghampiri pukul lapan malam daaa. HAHA.
 

Wednesday, January 13, 2016

Nothing worth having comes easy

 
Lately memang asik mengemas rumah aje keje ku dari siang ke malam. Lepas tu tersadai penat macam menjaga dua orang anak. Ya Allah penatnya. Baru aje kemas elok elok, lepas tu kena travel lagi. Maka rumah kembali bersepah macam hantu HAHAHA. Tetapi kini tidak lagi, paling kurang kurang pon lepas raya baru ku berazam untuk berjalan jalan dan kembali selfie ala syok sendiri. Itu antara azam di tahun baru. Eh silap. Itu bukan azam aku sebenarnya. Itu azam suamiku. HAHAHAHA. Padan muka aku kan. Pertama sekali sebab tuntutan keje dia yang tersangat sibuk, dan kedua kitaorang dah nekad untuk memberi dua ratus peratus tumpuan untuk project ttc (trying to conceive) kami. Wauuu. Sila tepuk tangan semua. 

 
 
Kelmarin adalah pertemuan pertama dengan Dr.A di tahun ini, dan pertemuan pertama jugak untuk membincangkan apa lagi kalau bukan pasal impian nak melakukan ivf. Dah lama ku simpan hasrat di hati, hampir setahun jugak menambah ilmu pasal ni, bukan main ku membaca di mana sahaja kami berada dulu, ulangkaji mengalahkan nak ambik exam uolss.. HAHAHA (ku memang gigih begitu)
 
Bukan apa, bila dah jumpa gynae senang lah sikit nak bersoal jawab kang dia bersemangat bercerita takde lah aku baru terhegeh hegeh nak google maksud itu ini. Lagipon tolak campur dengan kesibukan si suami itu, akhirnya dapatlah jugak kami masa yang betul betul sesuai untuk semua. Tapi semestinya pertemuan tak berakhir di situ, mungkin ade lagi 2-3 kali lagi ujian yang perlu di lalui.
 
Moga Allah mudahkan lah untuk kami. Dah lama sangat menanti dan juga sedikit lelah pon dah terasa. Tak pasti bagaimana yang lalui semua ini begitu kuat dan tabah hingga berjaya. Allah. Sememangnya itu antara semangat yang daku perlu ada mulai sekarang.
 
Lepas tu, tadaaaa sila lah bersedia untuk main cucuk cucuk. Yahuuuu? HAHAHAHA. Kau jangan nak macam macam yer. Ekceli memang stress. Belum apa apa aku dah rungsing. Mampukah aku bertahan?  Fitrah lah tu. Ku hanya wanita biasa. Ewah
 
 
Jaga makan. Jaga kesihatan. Harapannya bila balik kampong di masa hadapan, ku akan lebih berhati hati dengan segala mak nenek yang ku telan. Nasib baik hujung taun lepas dah makan pulut durian siap siap, kalau tidak mau kecur air liur tahap mengidam kan.
 
Amboi belum apa apa dah sibuk nak mengidam kot. Tampar nak? HAHAHA
 
Buat masa sekarang, hanya multivitamin, folic acid dan vitamic C sahaja yang ku ambil setiap hari, disamping perbanyakkan lagi pengambilan buah buahan seperti prune, delima (pati buah delima aje, masam bukan main HELP!) kurma dan buah buah lain yang ku makan mengikut mood dan selera tekak. Air kosong 2lits sehari. Gasak  jugak ku nak habiskan dari pagi sampai petang.
 

 
 
Ini adelah contoh kelazatan yang perlu dihindari buat masa sekarang. Puas makan masa balik penang itu hari. Kalau ratah aje tak best kan, mestilah nak kena makan dengan pulut susu, santan, sedikit gula lepas tu apa lagi ngapppp laa. Terima kasih emak.

 
Inipon antara minuman kegemaran sejak dua menjak cuaca panas kemain membahang ni. Thai milk tea dan mestilah extra susu cair. Rasanya ini pon tak elok untuk diamalkan selalu. Sebulan sekali okay lah kut. Ini fatwa aku sendiri lah kan, HAHAHA.
 
 
Kitaorang dah berusaha dan akan sentiasa berusaha sedaya yang mampu, selebihnya berdoa lah agar dipermudahkan oleh Nya. Mungkin ada juga hikmah dibuka pintu hati untuk kami melakukan ivf sekarang (kalau boleh mestilah tak nak kan? sapa yang rela dicucuk cucuk setiap hari haha) kalau dari dulu dah buat mungkin benar dah ada baby(s) ataupon aku akan jadik lagi stress tak buleh terima kenyataan jika sebaliknya yang berlaku.
 
Sebab dulu tahap stress ku itu pon buleh tahan jugak sebenarnya, tapi sekarang dah semakin kurang dan baik Alhamdulillah :))
 
Belajar menerima keadaan dan takdir yang Allah dah tetapkan akan membuat hati sebenarnya lebih tenang, pendek kata REDHA. Tak semuanya yang kita inginkan akan selalu ada di depan mata, mungkin Allah gantikan dengan kesenangan hati dengan cara yang lain.
 
 
Baiklah.
 
 
Tidak akan lengkap entry ini tanpa sedikit show off masak masak oleh cik puan yang persis Nigella ini (omaigod) ya tuhan kau rasa macam nak log off terus tak? HAHAHAHA
 
 
 
 
Lepas balik clinic, pegi makan di Bangsar kejap lepas tu carik groceries apa yang patut, maklumlah nak eat-clean-diet kan mana buleh makan luar selalu. Wah. Kerajinan yang luarbiasa, kau jangan sekejap aje ye Sash. Malam tu, dinner kami ayam kurma dan sayur taugeh goreng bersama tauhu. Hmm dapnyaaa.. memang dah lama tak masak lauk kurma..
 
 
Lepas ni saya jugak berjanji dengan diri sendiri untuk tidak memakan lagi ayam goring kehepsi yang juicy itu secara banyak banyak, sedikit sedikit mungkin? HEH.
 
 
Jumpa lagi!
 

Friday, January 8, 2016

Helo how are you?

 
Jangan suspen lebih. Nama aje ku tukar baru. Tahun baru. Belog baru. Cinta lama. Orang baru? HAHAHAHA Amiiinnnn. Moga dikabulkan doa doa kita semua di tahun baru ini. InsyaaAllah.
 
 
-cik puan besaq :P