A scratch map of the world.. yang menjadi dambaan kalbu ku setelah sekian lama. Lama jua ku mencari.
Akhirnya terjumpa jugak benda alah ni masa jenjalan dekat salah satu kedai di The Hague hari tu. Tak sabar nak frame kan dia ni, lepas tu buleh lah kita main gores gores dan menang, eh? But its sooooooo pretty lah, I don't wanna scratch it off, terus rasa kasih sayang yang berlebihan pulak. Masih cantik dan rapi di dalam kotak tu lagi. Husband pulak dah bising dan gatal tangan nak mengores tak sabar letteww. Tunggu aku yang rasmikan dulu. HEH.
Ohai!
Sejak menukar nama belog baru bersama dengan tema temanya sekali ku buang (puas hati?) terus kembali bersemangat nak mengarang. Eceh. Kau jangan sekejap aje Sash. Kenapa tukar nama belog aje? Sebab saya masih sayangkan belog lama yang banyak kenangan manis/pahit dicurahkan di sana, tetapi dalam masa yang sama setelah berbincang panjang dengan suami (amboi..) dia bersetuju ku tukar nama belog atas sebab sebab dan ciri tertentu. Janji penulisan ku di sini tidak menyimpang siur yang bukan bukan sudah lah katanya.. HAHAHA.
1. Memandangkan sehari dua lagi sesi pulang ke kampong halaman, maka dapur dan bahan bahan di dalam magic fridge pon perlulah dihabiskan dengan segera. Lagipon pulang ke penang kali ini sedikit lama berbanding selalu, dan suami pula akan ke luar negara selama seminggu lagi selepas itu, maka buleh lah bergoyang kaki dengan girangnya sambil menikmati masakan emak tercinta lagi.
Bihun sup utara bersama sambal pedas letops di dalam mulut.. slurrppp.
2. Resepi ini adalah rekaan imaginasi sendiri. Tak pernah ku belajar cara nak buat bihun atau mee sup dan sebagainya, bukan lah payah mana kan. Kalau ini pon kau tak reti, pegi mereput lah di dalam bilik nak. HAHAHAHA. *Eksyenkan hanggg!*
Masaklah sup seperti biasa, cuma bila dah hampir masak dan mendidih dengan banyak.. taburkan serbuk black pepper ke dalam kuah sup tersbut (tips dari emak) Maka aromanya akan terus mentusuk kalbu I tell you.. Barulah sempoi rasa bihun sup utara awak. Nampak tak nampak tak?
3. Apa yang selalu dimakan sepanjang 2ww? Banyak yang saya baca mencadangkan kurangkan mengambil makanan pedas/bercili terutamanya lepas ivf nanti. Saya memang peminat cili padi yang tegar, tapi takde lah sampai makan nasik berulamkan cili kicap sepanjang masa. Cuma bila masak menu seperti ini, memang laju aje lah daku mencedok sambal nye. Maka tak lama lagi saya akan cuba mereka cipta menu menu sepanjang tempoh tersebut. Tapi perlu lah melakukan research dengan banyak lagi, bukan main 'hentam saja lah labu'...
4. Daging dihiris nipis, goreng tauhu hingga kekuningan tapi tak nak sampai garing sebab saya suka tauhu yang lembut bila dimakan bersama sup.. sedikit taugeh, daun bawang yang digaul bersama bawang goreng. Celurkan bihun bersama sedikit serbuk kunyit. Tapi bihun ku itu nampak sangat dah terlebih kunyit kuning dia bukan kepalang. Lepastu letak serba sedikit rencah nya di dalam mangkuk, masukkan sup yang panas panas, dan buleh lah dihidangkan untuk di ngapppp..
Lauk kesukaan seisi keluarga ku. Itu lah modeinyaaaaaa bila dah malas kan. HAHAHA
5. Daging kicap black pepper bersama nasi panas panas antara menjadi hidangan berbuka puasa kelmarin. Ada juga ikan cencaru sambal sumbat dan sup petola bersama udang tapi ternyata tidak kelihatan di dalam gambar sebab kelmarin puasa ku adalah sedikit mencabar.
Bila berbuka terus makan nasik sampai tak sempat nak ambil gambar. Solat mahgrib pon dah menghampiri pukul lapan malam daaa. HAHA.