Friday, April 22, 2016

I choose to be happy

 
Seperti setiap tahun, di mana jua ku berpuasa dan bakal beraya, memang inilah yang menjadi kewajipan. Koleksi macam mak-mak sangat kan kau Sash. LOL Sebenarnya resepi dan lauk lauk dia sangat best, sekuarang kurangnya memberi ilham bila nak memasak waktu berbuka dan bersahur. Bersahur pon hang masak ke? Memang taaaak lah kan. HA HA.
 
 
Laaaaaaaaaaaaaaamanya tak buka belog kebelakangan ini, tahap sikit lagi nak lupa akan password.
 
 
Helo semua :) (bajet dua juta pembaca tegar, uweekk)
 
 
Sebenarnya banyak jugak cerita sepanjang beberapa bulan yang lalu, dan yang terpenting, kitaorang sepakat untuk melakukan ivf selepas raya seperti yang dicadangkan oleh doc. Banyak sungguh dugaan untuk memiliki zuriat sendiri. Tapi kami percaya perancangan Allah adalah yang terbaik buat masa kini.
 
Selepas melalui beberapa episod dugaan dan kesihatan yang tidak mengizinkan, terpaksalah dengan berat hati untuk tidak meneruskan hasrat melakukan ivf tersebut. Nak sedapkan hati sendiri lagi, puasa dan raya kan dah tak lama, yer daaak? Kang kau jugak sebok nak balik kampong lah apa lah. HEH.
 
Bak kata suami juga, tak payah dirisaukan sangat, sabar sikit aje lagi.  Lagipun dia sentiasa ada untuk mereput bersama ke akhir hayat. HAHAHA. Memang pandai memujuk dia itu. Tapi taknak lah aku menunggu selama itu tanpa baby kan? Sob. Sob.
 
 
Ke nak kena pegi holly holly dulu? Ahaa. Kau jangan nak macam macam yea Sash.
 
 
 
Maka di sini lah saya mencari ketenangan fikiran.. gituuhh. KAH KAH KAH.
 
 
Everything that has happened we can put behind us now, you have me, and I have you.
 
 
Dilwale ke idookkkk? Baik puji sekarang. HAHAHAHAHA #jangankecam.
 
 
 
-TBC