Tuesday, December 7, 2010

zero energy!

Hari ni bertawaf sakan kitaorang dekat 1U. Dari pukul 3 petang tadi nokz. Makan makan, minum minum, beli beli dan beli beli lagi. Dangg!! Oh agak lama saya tidak bertanya khabar di sana. Sungguh. Rasenya sebelum bulan puasa kot kali terakhir pegi. Patut lah.


Baru sampai rumah. checked news, email, facebook, blog ape yang patut. Kaki dah sengal amat. Padahal kat mall tadi sihat walafiat je aku. Ha ha. Balik rumah semua sakit. Purse pun cakap sakit jugak. Hu hu. Melampau!


Okay lah tak larat nak merapu bebanyak, esok esok aje sudeh.


Ogawa tolong saya cepat!


To be continued.

Love, hugs and kisses.. tetibe! ;)

Saturday, December 4, 2010

Ehem!


Weekend adalah hari berpoya poya. Amatlah pelik kalau saya masih terkulat kulat di work station untuk memasak bagai ! Ooh nahi nahi!! Itu semestinye bukan saya. Ha ha ha.



my sinful banana spl!t, Haagen- Dazs

From,

Suria Klcc with love !

Friday, December 3, 2010

Owh, mac and cheese!


Halo Halo!


Kelmarin adalah hari bahagia. Tiap tiap hari pun hari bahagia. Tak nak complain bebanyak, bersyukur sudah atas apa yang ada. Alhamdulillah.

Setelah sekian lama bercita cita ingin memasak m&c seperti yang ditunjukkan oleh cooking guru saya kakak Nigella Lawson itu, maka kelmarin dengan bangganya saya merialisasikan impian terpendam setelah sekian lama. Sangat berbangga dengan diri sendiri, eh jap.. dah dua kali kau ulang perkataan bangga tu sash. nampak sangat berciri takde idea. ha ha

Yang penting hubby puji tak henti henti macam hujan yang turun semalam. Paling bestestest!! Tipu. yang testest tu saya yang tambah atas kerelaan diri sendiri. Dangg!!!




Steps sangat senang. Celurkan aje macaroni dengan sedikit olive oil. Sejukkan dan letak sebelah. Tapi kau jangan fikir bley berehat bagai lepas tu. Tumiskan pulak ape yang patut.

Campakkan dengan kasih sayang, bawang dan ayam dan digoreng dengan butter. Lepas tu tambah la sayuran ikut citarasa tekak uols.. Saya suka tuscan mushroom aje.

Bila dah didih, masukkan macaroni tadi dan gaul kan sekali aje.. tambah putih telur. Gaulkan semua bahan dan biarkan menjadi sehati sejiwa.

Dalam Ikea punye casserole ( tetap nak promote Ikea kan.. ), masukkan bahan tadi dan dilapiskan dengan cheeeeeese. sampai la berlapis lapis yang korang nak. lepas makan sila ukur lapisan perut masing masing pulak. Ha ha.


Kalau la saya boley ambil gambar bau dia, dan tempekkan di blog ini.. tentu semalam menjadi kenangan terindah..


Bakar lah mac and cheese dengan suhu 180'C dan 30 minit..

Perasan kejap. Terus pulak bercita citaan nak buat show sendiri dah pulaaak.. Natasha Bites! yang ala ala Nigela Bites! itu. Menarik bukan?? maaak aaihh!

Sejukkan dan boley dipotong macam cake. Isinye sangat cheesy dan kaya dengan ayam ayaman. Oh so tasty!!

Kalau nak tambah rasa tekak omputih lagi, jangan lupa hidangkan dengan organic earl grea. what a great combo!!

Jadi, cukuplah bekalan cheese di dalam perot saya ini untuk sebulan yang akan datang. Saya tidak sesekali akan memontelkan diri sendiri dengan cheese cheese tambahan buat sementara waktu sehingga diberitahu kelak.


Yang tinggal untuk supper..


Very cheesy ending kan.. ha ha


winks&smiles!

Beautiful




Kumenatap dalam kelam


Tiada yang bisa ku lihat


Selain hanya namaMu ya Allah



Esok ataukah nanti


Ampuni semua salahku


Lindungi aku dari segala fitnah



Kau tempatku meminta


Kau beriku bahagia


Jadikan aku selamanya


HambaMu yang selalu bertakwa



Ampuniku ya Allah


Yang sering melupakanMu


Saat Kau limpahkan kurniaMu


Dalam sunyi aku bersujud



Padamu

Thursday, December 2, 2010

super wifey !


That's meeeee!! Hoyeah ;)

Yakhni Pulao

Semalam adalah hari kerajinan kerajaan saya. Dengan sukacitanya saya meng-offerkan diri sendiri untuk memasak, supaya tidak menyusahkan hubby membawa saya untuk makan di luar. Susah sangat ke makan kat luar cik puan ooi? Susah bagi saya adalah, kena mandi dulu, keringkan rambut, iron scarf, pakai scarf, tempekkan bedak mac serba sket, sembur perfume ala kadar dan keluar makan. Banyak tu yang kena buat sebelum dapat makan dengan senang hati. Baik kau makan kat rumah aje nokz, bersantai atas katil sambil makan macam puan besar pun ada ke orang nak kisah? ha ha.

Cuma yang tak bestnye adalah aktiviti mencuci pinggan mangkuk dan periuk selepas memasak dan mengemas akan berlaku secara immediately (maknanye sebelum makan, kitchen kena bersih dan rapi seperti sedia kala.. ) itu adalah aktiviti di tangga kedua yang sangat menjengkilkan selain daripada melipat baju..


Okay..kembali ke pangkal jalan.



Sebenarnye, menu semalam kitaorang adalah Yakhni Pulao. Apekah??


Yakhni pulao refers to a kashmiri specialty and a royal dish from the kitchens of the maharajas dekat pakistan dulu dulu. Itu adalah fakta yang saya tahu. Raja zaman apa dan bila, tak payah la dibincangkan kat sini sebab tak berapa nak penting melainkan kau nak pergi kaji selidik salasilah diaorang.


the popular and oryginal spices, all the way from pakistan. paling best!

Cara memasak dia sangat senang dan lebih kurang macam gaya memasak biryani jugak. Cuma bezanya, pulao mesti menggunakan banyak fresh yogurt sebab itu adalah asas yang penting untuk memasak nasi ni. Mungkin ada jugak yang cakap, 'alaa ni lebih kurang biryani la rasanye.' Jangan terpedaya dengan rupa parasnye okey. Walaupun muka dia ada iras iras biryani sket.. tapi rasanya amatlah lain sama sekali. Sebab tak pedas dan panas tekak macam makan biryani tuh.

Lepas kiter baked mr chicken/ mutton ikut tekak masing masing, tumis rempah macam biasa.. dan akhir sekali letak lah cream yogurt dan kacau dengan nasi dan bahan bahan yang ditumis tadi.


Hasilnye.. hiasi dengan bawang goreng ( saya tak sempat buat bwg goreng sbb dah lambat..ha ha ) dan perah lah lemonade dengan penuh kasih sayang ke atas nasi tu. Wow! dari balcony pun dah boley bau nasi saya! Maaf lah, memang tanggungjawab blogger kan untuk memuji masakan sendiri. Harap maklum.

lepas makan, jangan lupa men-cuci mulut dengan buah buahan sambil men-tonton tv dan meminta upah untuk hasil kerja memasak itu tadi..


Baiklah. jumpa lagi di siaran akan datang.


winks&smiles!

Wednesday, December 1, 2010

Ketam Village

Saya adalah pecinta tegar steamboat. Eww..! Maka semalam dengan gigihnye kami memecut ke Ikano semata mata untuk memenuhi selera tekak wifey yang kadang kadang melampau tidak mengira masa itu.. Ha ha. Sabar aje lah wahai suami :)



First time kiter makan kat Ketam Village steamboat ni sebenarnye, (even tho dah beribu kali lalu di situ waktu nak menderma wang di ikea, eh??) katanye semua seafood kat sini adalah fresh dari Pulau Ketam yang jauh nun di Klang tau.. Selalunye kiter akan ke Silver Pot TTDI aje kalau dah mengidam bagai. Tapi kali ni saje saje nak tukar selera disamping menghiburkan jiwa dan raga di ikea dan the curve, padahal baru last weekend aku pegi sukat barang kat sana dah. Ha ha ha.


Ni adalah gambaran kampung nelayan pulau ketam yang tersidai dekat wall restoren ni..



Jadi semalam, kiter telah merelakan diri masing masing memilih steamboat set with sliced lamb. Kenape nak makan lamb jugak?? sebab hubby bukan la peminat tegar seafood macam saya. Tapi sedap la bila makan lamb yang dimasak dengan soup tomyam tu. gile punye lembut.



semuanya sangat fresh dari lautan biru..

lamb yang sangat fresh dari ladang. hahahaha.. sudah kau jangan nak menipu! ha ha ha

chicken and seafood roll! hubby suka yang ni :)

seafood tofu. oh so awesome!!

Tapi untuk menunggu ianya masak adalah saat yang sangat meruntun kalbu yang kelaparan. maka, sambil masak masak kita rasa soup dia dulu okeh.. mak aihh.. memang masam dan pedas! taste tekak saya tu!! tapi akibat terlebey mengidam nak makan pedas, saya tambah lagi si cili hijau dan cili merah itu dengan tamaknye..

Dan......
itulah senyuman palsu, yang bermakna kepedasan di tahap melampau dan tak dapat dimaafkan lagi! sampai bengang telinga dan kepala saya. ape la kau ni sash, kalau sakit pun bengang telinga, kalau pedas pun nak bengang bagai jugak? sangat loser la macam ni.. ha ha.

sumpah tak letak dah benda alah ni second round. sangat bercirikan merapi woh!


yang ni sedang sedang aje.. kira tekak saya tak heran sangat lah. kau berani?? cuba lah. Ha ha.



Hubby pun sama sama sabar menanti soup kitaorang didih. Dah ternyata penantian itu sangat berbaloi. 'Heyy, its much much better thn silver pot lah'. Thts my first comment, lepas rasa seafood mee yang dibuat sendiri di ketam village ni..

tu lah seafood -mee. i tengok muka dia macam laksa pun ada gak. dan ianya telah menjadi kegelian suami saya. sumpah dia tak lalu nak sentuh sikit pun. ha ha. poor baby :)


Thanks darling for a lovely dinner semalam! Today janji, will cook something special for you. special gegile punye :D


winks&smiles!