Thursday, May 12, 2011

Happy Birthday bee!




Happy Birthday sweetheart
Happy Birthday darling
Happy Birthday janeeman

Happy Birthday Happy Birthday Happy Birthday to you..!


Few hours to go, semuanya dah siap. Walaupun bukan lah Eiffel Tower ataupun kota London, tapi effort dan niat untuk men-kejutkan itu adelah lebih penting. Tak gitu?

..and i know he wont be checking this jugak, sebab dia bukan lah orang facebook dan blogger, dia hanyalah orang minyak yang tak pernah kecoh apa apa pon. ha ha ha

Oh yea, saya dah okay sebenarnya. Thank u thank u pada yang bertanya kabar. Yang mendoakan. Yang prihatin. Maaf kalau tak sempat reply. Saya sibok bercinta dan dicintai. Ha ha. Sengal kan? Kan dah cakap aku dah kembali normal. Itu lah magis nye cinta :)

Tak sabar nak tunggu malam karang!



2010 :)



winks&smiles!

Tuesday, May 10, 2011

Redha

Sesungguhnya Allah SWT tidak membebani hambanya dengan ujian yang tidak mampu untuk mereka tanggung. Thank you Allah. Walau seperit mana ujian melanda, saya redha. Saya tetap pasrah dan terima dengan hati yang terbuka. Walaupun ada juga rasa kecewa dan air mata.

Alhamdulillah di sebalik kekecewaan ini, saya masih punyai suami yang sanggup bersusah payah demi menjaga hati isteri. Suami yang sanggup melepaskan tanggungjawab kerjanya ke sebelah demi isteri didahului. Suami yang mendidik saya untuk tidak menjadi alpa dengan kesedihan. Mana mungkin saya berasa derita dengan kasih sayang yang sebegini banyak untuk saya? Mana mungkin saya sanggup meluahkan seksa di dada di hadapan orang yang mencintai saya sepenuh jiwanya? Mana mungkin..

Sebak.

Hari ini saya menulis di luar kawalan emosi saya sendiri. Emosi yang masih kurang stabil. Jiwa saya masih keliru dengan kesilapan sendiri. Saya tidak pasti sejauh mana saya mampu bertahan dan bertoleransi dengan apa jua keadaan. Saya bimbang ia akan mengundang sesuatu di luar kawalan dengan penulisan dan apa jua yang datang dari saya kelak. Saya cuba untuk menjarakkan masa saya bersama blog dan komunikasi yang lain demi untuk menjaga hati sendiri. Saya akan menjadi bimbang dan risau dengan pertanyaan, saya menjadi resah dan gundah dengan belas kasihan orang. Saya bahagia begini dengan memujuk diri sendiri. Sebab saya sedar, saya hanyalah manusia biasa yang sememangnya akan bergembira bila bahagia, dan menangis seandainya musibah melanda. Bukankah ia fitrah kejadian manusia? Saya tidak malu untuk mengakui hakikat itu. Kerana saya hanyalah manusia biasa.

Saya menangis. Tetapi hati saya semakin lega. Saya menangis lagi. Tapi hati saya semakin lapang terbentang. Saya cuba mencari nikmat dalam kekecewaan. Alhamdulillah saya merasa nikmat itu. Saya sangat bahagia dikurniakan suami dan keluarga yang tak pernah berhenti berdoa untuk kesejahteraan saya dan mendidik saya untuk tidak melupakan Allah walau sebesar mana dugaan mendatang. I will be fine. Insyaallah.


Rezeki kehendak yang Esa, saya pasrah dan redha.




:)

Monday, May 9, 2011

Am sorry..


The journey has ended before it started.

Therefore, I am totally responsible for my own actions and mistakes.

Saturday, May 7, 2011

Red Velvet yay!

Oh red velvet, kamu sangat gorjes okeh!

Ini adelah kejadian pada satu petang di Pavillion. Eh lama aku tak men-sukat pavvy. Apelah maknanye hidup di kotaraya kalau tidak ke sini kan. Heh heh. Minggu nih saya telah mengisytiharkan pembelian groceries dan seangkatan dengannye haruslah di Mercato, sekian terima kasih. Gile mahal kau, padahal beli berape kerat aje barang dapur untuk stok seminggu. Tapi takpe, biar mahal asal bergaya. Kahkahkah. Sentap tidak?? Berani sentap.

Nih yang malas baca blog wifey nih. Mari log off kawan kawan.

Iklan tu iklan. Jangan ambil hati. Ambil berkat takpe.

Sebenarnye nak menulis pasal red velvet. Akhirnya dapat jugak rezeki tekak dan tummy saya nak merasa cake yang gorjes dan sedap ini. Bukan senang nak cari cake yang comel comel zaman sekarang, tambah pulak dimakan oleh wifey yang comel. Haalaamaak, wifey siapekah itu? Jawab dalam hati pon boley. Dapat pahala penuh jugak mudah mudahan. Larrikkkkk!

Creamy, sexy and yummy. Kalau nak rasa red velvet ini, rajin rajin lah membawa diri ke Slice of Heaven, Pavillion dan hadaplah ia sepuas hati kamu seperti perempuan di bawah ini.


Ini adelah contoh muka sangat puas hati setelah menghadap beberapa biji red velvet dengan bangganye.

Gemok? What gemok?

winks&smiles!

Friday, May 6, 2011

when the heart speaks

Hyde Park, London 2011


Oh God, please guide decision that I make. Let my actions be acceptable in your sight. Fill my heart with love and joy.

Amen.

Wednesday, May 4, 2011

sedap hoih sedap!

Halo Halo!

Nasi kukus
Ayam goreng berempah
Rendang daging
Sambal belacan jeruk limau

Location : next to masjid Saidina Umar Al-khattab, Damansara


The best nasi kukus i ever had in my life. Haaa.. percaya tidak percaya tidak? Percaya aje lah. Bukan nasi lemak, ianya nasi putih yang dikukus di dalam bekas bekas kecil yang comel, dan dimakan bersama menu menu di atas yang panas panas. So kau tak payah fikir panjang lebar sampai kecur air liur nak letak lauk ape. Wangi, sedap dan melaaatopppsss tak hengat okeh.


Jadi malam nih kau makan ringan ringan aje lah ye cik puan, nasi kukus tadi masih bersoka ria di dalam tummy rasanye. Sumpah sangat sedap!

Dan ini pula ...


Last week pegi buffet rebung lagi sebab gile teringin nak makan asam pedas dan lemak siput sedut. Tak sabar tunggu buffet bulan puasa nanti. Lagi banyak juadah dan penyedap tekak belaka.


Promo free tanpa sempadan. Chef, sudi sudi lah belanja saya kelak? Heh Heh.


winks&smiles!

Tuesday, May 3, 2011

Halo May!

Bila wifey menjadi rajin berkobar kobar, maka terhasil lah nasi goreng butter dan daging di satu pagi yang indah. Dari malam lagi dah bersemangat nak memakan nasi goreng buatan tangan sendiri.

Maka, makanlah berdua duaan kami suami dan isteri di pagi itu sambil berbincang bincang mengenai perkara yang tak payah lah nak disebut kan di sini. Cuaca pon cantik, mood pon cantik semuanya pendek kata sangat membahagiakan.

Selepas kejadian nasi goreng di pagi hari, maka wifey memasak lagi untuk makan tengahari pulak sebab terasa sangat malas mahu bersantap dan berjalan jalan di luar. Hoh? Apakah sihat wifey waktu itu? Suami berasa sangat luar biasa bila wifey tiba tiba menjadi malas untuk berkeluar-keluaran di kala hujung minggu.

Maka masak-lah wifey itu dengan juadah juadah yang senang senang dan sedap sedap belaka. Cheh. Bila terdengar juadah juadah, terasa bagai 14 jenis hidangan padahal boley dikira sambil tutup mata aje pon. Kecoh lebih kan maklumlah mood memasak mengatasi segala gala. Kau ada?

tumis kubis dan suhun

diratah sorang sorang akibat suami tidak suka akan sang udang ini. lega tak payah nak berebut. kah kah kah

hubby's favourite. daging goreng cili padi

masak pedas salmon yang ditambah preggo. yummy yummy yaw!


Ini adelah minggu yang penting dalam fasa kehidupan saya. Minggu depan juga. Minggu yang akan datang juga. Minggu akhir itu pon juga. Wow.Wow. May adelah sangat memberi makna kepada saya tahun ini. Semoga dipermudahkan segala gala. Amen.


Selamat datang May bulan chinta.