Monday, January 21, 2013

Just a monday rambling

Hari ni adelah hari pertama puasa ganti. Ade lima hari lagi nokz. Memang nak sangat bayar puasa awal awal tahun cengini, lepas tu kiter buleh fokus puasa sunat aje. Baru hati lega bila tidak terbeban hutang dengan Tuhan. Kalau hutang kad plastic tu pon dah tak senang duduk inikan dengan Allah. Tak begitu.

Dan ini adelah first entry jugak untuk aktiviti menggeletis di dapur tahun ni. Bukan lah sepanjang minggu minggu lepas aku goyang kaki tangan macam banyak cantik muka kau aje, cuma tak sempat nak mengarang panjang dan takde tenaga banyak banyak akibat selalu pulang ke kampung halaman.

Oh by the way, my blood test results came back dengan jayanya hujung minggu lepas, kecuali yang satu tu aje lagi. Overall cantek lah jugak hahahahaha melainkan cholesterol level yang tak buleh blah. Dah borderline uols, dah borderline. Namun, tak terkejut langsung. Sebab aku ingatkan lagi tinggi dia akan mendaki. Kahkahkakah

Maka tak ade lagi stok telur puyuh banyak banyak kat rumah, telur biasa pon akan cuba dielakkan, macam seminggu sekali okay lah kot? Seafood tolong pegi jauh jauh sekarang. Tolong. 

Lama mana tak nak makan nih? Sebulan sekali aku jenguk jenguk lah mereka. Ekceli bukan lah tinggi luarbiasa lagi, cuma takut bila dah borderline maka akan berpotensi lah dia mencanak naik dengan jayanya kalau aku tak control kan :'(

Tadi dah masak siap siap untuk iftar malam karang. Selalunya kalau berpuasa memang akan memasak paling lambat pon lepas Zuhur. Lepas tu buleh rehat lama lama sikit. Kalau masak dah nak dekat berbuka nanti, menggeletar lah kepala lutut aku jawabnya. 


Karahi chicken. Buang kulit bagai, kasi naked sama dia. Ha ha ha. Cadangnya nak makan sampai sahur jugak. Cicah dengan capati Kawan. Okay lah kan? Karahi ni aku tambah tomato soup dan lemonade. Wangi satu rumah. Tak sabar tunggu The Other Half balik. Tak dan bukak kasut dia dah puji melambung. That guy memang begitu.


Bok choy goreng dengan sesame oil. Campak lah baby carrot dengan garlic banyak banyak. Tak rugi pon. Kalau dulu I suka letak crab meat atau shrimp jugak, lagi manis rasa soup dia nanti. Tapi buleh gantikan dengan isi ayam, no hal lah :)


Nanti dah nak dekat berbuka baru buat salad ni. Ade lettuce, tomato, cucumber, blueberries dan low fat fresh yogurt. Kalau nak letak buah lain pon sedap. Dad selalu tambah grapes. Sedap!


Bukan. Ni bukan nasik minyak. Ni lah brown rice yang kitaorang dok pulun makan sejak dua menjak ni. Rasa macam nasik biasa jugak, tak lembek pon, kalau nak aroma dia macam nasik minyak tambah aje lah daun pandan.. Senang kan nak makan makanan berkhasiat ni. Buleh pelbagaikan, masak nasik biryani ke, nasik daging ke pon sedap. Nasik goreng hailam pon laju bertambah kitaorang makan. Yang penting kena rajin aje. Kalau malas, tak mampu lah nak nolong.

Tapi semalam tido dalam sedikit rasa guilty sebab termakan nasik lemak sedap gila belakang bangsar village tu. Aku letak ayam goreng, sambal sotong ( kuah aje pon ) dan kerang goreng cili padi. Memula cakap nak makan separuh aje sebab dah malam malam buta plak tu, pastu sampai licin aku balun akhirnya. Yang tinggal hanyalah telor dan kacang goreng, itu memang tak berani lah nak sentuh. 

Must exercise :(

Kalau masak nasik lemak kat rumah, I guna santan kotak aje pastu tambah air. Bukannya aku tuang sekotak penuh pon, jadik kurang lah rasa guilty kan :P

Dalam sebok sebok dengan healthy diet, blood test ini blood test itu, jumpa gynae secara berhemah sempat lagi kitaorang nak melencong kejap April nanti. Ha ha ha. Ini adelah keputusan yang tidak disangka sangka. Biasalah me and my random decisions. Sekarang tengah gigih merancang (selain merancang keluarga) lepas Ramadan dan raya nanti,  ingin menjalani hollymoon sekali lagi dengan sang suami. Kan dah cakap, hollymoon ni mengketagihkan.


Like a proper sweet escape? *licik*

Wednesday, January 16, 2013

Anti Mullerian Hormone Test (AMH)

Blood test to tell you ; Its now or never for a baby! 


Kira maknanya sekarang dah buleh jangkakan lah berapa lama lagi masa yang ada dan tinggal untuk kamu berkeluarga dengan jayanya. Faham tidak? Lebih kurang lah tu. Itu aku baca melalui sudut emosi aku. Kalau kasar, maka kasar lah bunyinya. Tolong kering kan hati sikit kalau baca belog I okay.

Omaigod. Baru kemarin dapat tau pasal test ni. Kemarin jugak untuk pertama kalinya dalam tahun ni bertapak ke pantai jumpe gynae untuk sekian kali. Sebab dah lama tak tengok bakal bakal anak mummy dalam ovary tu. Hahahahahahaha. Muntah kot!

7 follicles sebelah kanan, 3 sebelah kiri comel aje macam mummy. Lol nak jugakkkkk! Walaupon endometrium tidaklah membanggakan sangat lagi. Takpe pelan pelan ye nak. Balik rumah perlu disogok sedikit estradiol kasi kick sama dia. Friday kita pegi tengok anak anak mummy lagi. Ewah menggeletis nak jadik mummy kot yea pon. Payah la. Hahahahaha. Grrrrrrrrr :P

Itu adelah protokol yang biasa biasa aje, bagi aku tak suspen apa langsung sebab aku tak makan ubat  atau menyuntikkan diri sendiri bagi membesarkan follicle tersebut. Jadi cycle adelah seperti biasa dan normal lah, setiap 30 hari ( lebih kurang ) tanpa jemu witch itu akan datang melawat. Jadi sekarang apa?

Untuk amalan tahun ini, pertama sekali kena lah buat blood test apa yang patut, takkan nak pegi lompat menonong cucuk ubat tak tentu hala kan. Antara yang dah selamat dibuat kemarin adelah CA125, thyroid, dan ade beberapa lagi yang sama penting jugak.

Dan yang paling nak tau sesangat adelah Anti Mullerian Hormone Test (AMH). Aku heran dalam banyak banyak aku membaca tak pernah lagi terbaca pasal AMH ni yang gila punye penting dan wajib aku tau lah kan. Mungkin Allah tak nak bagi aku terbaca awal sebab takut aku stress tak tentu hala kot? Ha ha ha ha Alaaa you know me.. drama queen besaq.


Itu adelah lengan aku yang ala ala kabut serangkai mawar. Banyak darah kena cedok semalam uols, balik rumah terus rasa kekurangan nutrien dan tenaga. Cheh. Terus rasa lapar memanjang. Macam macam nak makan. Okay tell us something new Sash.

Jom sama sama gandakan ilmu serba sedikit dari hasil google. Nak ilmu banyak kena cari sendirik jangan malas.

Anti Mullerian Hormone

Also known as: AMH; Mullerian-inhibiting hormone; MIH; Mullerian inhibiting factor; MIF; Mullerian-inhibiting substance; MIS

How is it used?

Anti-Mullerian hormone (AMH) is not a routinely ordered test but may be useful in specific circumstances. Women of childbearing age may have an AMH test ordered along with other hormone tests, such as estradiol and FSH, to estimate the remaining time left to conceive (ovarian reserve). These tests are also useful in evaluating ovarian function and possibly in predicting the onset of menopause.
AMH may sometimes be ordered on a woman who will be undergoing assisted reproduction procedures such as in vitrofertilization (IVF); the concentration of AMH present is related to her likely responsiveness to treatment. A low level of AMH reflects poor ovarian response, indicating that a decreased number of eggs would be retrieved after ovarian stimulation. For this purpose, it is typically ordered along with other hormone tests and a transvaginal ultrasound (to count the number of follicles as a reflection of the woman's egg supply).
AMH can be elevated with polycystic ovarian syndrome (PCOS) due to the increased number of follicles and may be ordered to evaluate this condition.
Some ovarian cancers produce increased levels of AMH and/or inhibin B, which may be used as tumor markers to help evaluate response to treatment and monitor for recurrence.
In an infant with genitals that are not clearly male or female (ambiguous genitalia), an AMH test may be ordered along with chromosome testing, hormone testing, and sometimes imaging scans to help determine the sex of the baby. In an infant boy born with no visible testicles, low levels of AMH may account for the ambiguity of genitalia. If the testicles have not descended but are present in the abdomen, this test may be used to help determine whether they are functioning normally by measuring the AMH level.

When is it ordered?

An AMH test may be ordered when evaluating ovarian function, fertility issues, especially when considering assisted reproduction procedures such as IVF, and when a doctor wants to determine a woman's likelihood of enteringmenopause.
AMH may be ordered when a woman has signs and symptoms of PCOS.

What does the test result mean?

During a woman's childbearing years, a decreased level of AMH may indicate low ovarian reserve with diminishing fertility, resulting in minimal or less responsiveness to IVF treatment. It can also indicate premature ovarian failure.
An increased level of AMH is often seen with PCOS but is not diagnostic of this condition. Increased AMH may also indicate an increased or even excessive responsiveness to IVF and a need to tailor the procedure accordingly. A decreasing level and/or significant decline in AMH may signal the imminent onset of menopause.
Negative to low levels of AMH are normal in a female during infancy and after menopause.
When AMH is used as a tool to monitor an AMH-producing ovarian cancer, then a decrease in AMH indicates a response to treatment and an increase may indicate cancer recurrence.

Sekarang baru faham. Tapi kena baca lagi sebelum result keluar supaya aku tak jahil di kemudian hari. Bila gynae explain nanti,  kurang kurang aku kena ada idea jugak supaya buleh bertanya balik berpandukan keputusan tu nanti. Maknanya lepas dapat result nanti buleh lah tahu dengan lebih tepat lagi la apa yang aku nak tahu sangat sebelum ni. Heh. 

Resultnya memang lambat lagi pon, kalau kat Pantai diaorang akan hantar ke Singapore untuk dianalisis sampel darah tu dulu. Kurang kurang 3-4 minggu jugak.
Harap harap semuanya akan baik belaka. Susah jugak nak cakap banyak banyak pasal ni selagi tak tengok keputusan tu sendiri kan. Tapi yakin itu perlu sebab tu sanggup aje aku buat dengan muka pasrah. Keputusan yang lain lain tu Jumaat dah buleh dapat. 

Redha itu indah katanya :)

Tak takut lah sangat. Alah bisa tegal biasa kot. Am just too eager to know what's next :)


Singgah makan yong tau foo di Berjaya, Bangsar kerana kesedapan dia yang luar biasa. Pastuh balik rumah teringin nak makan pizza pulak. Layaaannnn aje lah si suami itu. Mentang mentang lah bini dia asyik cakap nak pingsan manjanggg gara gara kekurangan nutrien kemarin. Drama.

Friday, January 11, 2013

Bertaubat by Dr M


1. Harun Din, pemimpin PAS menyuruh saya bertaubat kerana saya telah berkata dalam bahasa Inggeris “Better the devil you know than the angel you don’t”.

2. Mungkin kerana Harun Din tidak mahir dengan loghat pepatah Inggeris maka ia fikir ini bermakna saya sanggup bersama dengan syaitan. Makna sebenarnya pepatah ini ialah “lebih baik orang yang dikenali daripada orang yang tidak dikenali”.

3. Kalau Harun Din fikir saya bermaksud lebih baik saya bersama syaitan yang saya kenal daripada malaikat yang saya tidak kenal dan ini salah di sisi agama, maka dia bolehlah suruh saya bertaubat. Tak apalah.

4. Tetapi pada 24 Januari 1999, Nik Aziz berkata dengan jelas dalam bahasa Melayu yang saya yakin Harun Din tentu faham yang berbunyi seperti berikut, “siapa yang nak tolong Kerajaan Islam, kami sebagai pemimpin Islam mesti terima samada DAP, MCA dan MIC. Kalau nak tolong mengapa kita tolak. Jika DAP ikhlas nak tolong PAS saya terima. Usahkan DAP, syaitan pun boleh saya terima”.

5. Amat jelas dengan ini Nik Aziz sanggup terima pertolongan syaitan pun untuk Kerajaan Islamnya. Demikian pendirian Nik Aziz kerana kononnya begitu kuat perjuangannya untuk mendirikan Kerajaan Islam? Apakah jenis Kerajaan Islam hasil dari pertolongan syaitan sama-samalah kita fikir.

6. Harun Din nampaknya terima Kerajaan Islam yang didirikan dengan pertolongan syaitan. Sebab itu Harun Din tidak menegur Nik Aziz jauh sekali dari menuntut supaya ia bertaubat.

7. Saya tidak akan bertaubat kerana salahfaham Harun Din berkenaan dengan apa yang telah saya katakan. Sepatutnya Harun Din meminta maaf dari saya kerana salah fahamnya tentang apa yang saya perkatakan dalam Bahasa Inggeris. Dan saya akan maafkannya kerana manusia memang lemah dan tidak pernah bebas dari membuat kesalahan.

8. Orang Islam di Malaysia sebenarnya bernasib baik kerana kita semua menganggotai mazhab yang sama, iaitu kita dari mazhab Sunni yang berimam dengan Imam Shafie. Kita tidak sepatutnya berpecah seperti orang Islam di sesetengah negara Islam lain yang berpecah kepada Sunni dan Syiah dan sering bermusuh dan membunuh sesama mereka.

9. Malangnya persahabatan dan perpaduan orang Melayu Islam di Malaysia ini ditamatkan apabila Parti PAS ditubuh. Dalam keghairahan PAS untuk mendapat undi orang Melayu di Malaysia mereka sengaja menyalah tafsir agama Islam dan membuat dakwaan bahawa mereka sahaja yang Islam sehingga orang Melayu berpecah dan bermusuh sesama mereka.

10. Tuduhan yang pertama ialah orang UMNO kafir kerana mereka bekerjasama dengan orang kafir. Saya tidak percaya ada orang Melayu yang terima dakwaan ini. Ia tidak dibuat dengan cara yang mengikuti kehendak agama Islam. Tetapi rupa-rupanya tuduhan ini begitu berkesan sehingga berlaku sembahyang dua imam kerana kononnya imam orang yang tidak sokong PAS kafir, perkahwinan semula orang Melayu yang berkahwin sebelum PAS ditubuh, perkuburan berasingan bagi orang PAS kerana ibu bapa mereka sendiri yang dikebumikan di kubur lama dan orang UMNO tidak Islam, penolakan sembahyang jenazah orang UMNO dan penceraian serta perpecahan dalam keluarga kerana fahaman politik yang berbeza.

11. Kemudian Hj Hadi menokoktambah kepada perpecahan orang Melayu Islam dengan amanatnya. Hj Hadi mendakwa bahawa PAS menentang UMNO bukan kerana namanya UMNO tetapi kerana kononnya mengekalkan perlembagaan penjajah, kerana kononnya UMNO mengatakan politik suku agama suku.

12. Sesungguhnya perlembagaan itulah yang memberi kebebasan bersuara, berparti dan berpolitik kepada PAS. Dikebanyakkan negara yang diakui negara Islam tidak ada kebebasan seperti ini. Sepatutnya PAS menolak semua kebebasan ini. Tetapi sebaliknya PAS menggunakannya untuk memfitnah dan mengkafirkan orang UMNO. Islam menyuruh orang Islam setia kepada Allah, Rasul dan ulil amri, iaitu pemerintah. PAS sebenarnya tidak setia kepada ulil amri.

13. UMNO tidak pernah berkata politik suku agama suku. UMNO berpegang kepada ajaran bahawa Islam adalah Ad-deen, cara hidup. Cara hidup memang termasuk politik. Sebab itu UMNO berjuang untuk agama, bangsa dan tanah air. Habbul watan minnal iman.

14. Sebaliknya PAS sekarang menerima pemimpin orang kafir yang secara terbuka menolak negara Islam PAS serta pemimpin Pakatan yang percaya kepada kebebasan tanpa had serta pluralisme dalam agama dan kebebasan keluar dari agama Islam.

15. Tetapi UMNO tidak akan tuduh orang PAS sudah menjadi kafir. Selagi tidak ada dakwaan oleh tokoh-tokoh Islam yang tidak berkepentingan UMNO akan terima orang PAS sebagai orang Islam. Kita dalam UMNO masih ingin bersaudara dengan orang PAS seperti ditegaskan oleh agama Islam bahawa orang Islam itu adalah bersaudara. Perbezaan politik antara PAS dengan UMNO tidak bermakna pengasingan politik dari agama, atau agama suku politik suku. Perbezaan politik dikalangan orang Islam berlaku di mana-mana sahaja. Namun mereka semua masih Islam.

16. Tanpa bertaubat kerana berbagai kesalahannya disisi Islam, Nik Aziz telah memurtadkan tiga juta orang UMNO. Dakwaan ini dibuat olehnya tanpa usul periksa. Tidak ada kajian yang dibuat, samada secara ilmiah atau tidak. Ketidakadilan Nik Aziz jauh berbeza dari ajaran Islam yang menegas bahawa apabila kamu hukum, hukumlah dengan adil. Hakim tidak boleh terdiri dari orang yang teribat dan berpentingan. Memurtadkan orang UMNO adalah satu ketidakadilan disisi agama Islam.

17. Tetapi, Alhamdulillah, sudah ramai pemimpin dan ahli PAS yang sedar tentang kesalahan PAS dan pemimpinnya dari segi Islam. Mereka telah tidak lagi taksub dengan nama Islam yang diberi kepada Parti PAS. Mereka sedar PAS bukan berjuang untuk Islam. PAS hanya ingin memperalatkan Islam untuk kepentingan politik duniawi pemimpin-pemimpinnya.

18. Mereka yang keluar dari PAS ini berpeluang untuk benar-benar berjuang untuk agama Islam, berjuang untuk mengembangkan ajaran Islam yang sebenar, terutamanya untuk persaudaraan dalam Islam, tentang berpegang kepada tali Allah dan jangan bercerai-berai.

19. Saya tidak akan suruh Harun Din bertaubat. Tetapi Harun Din harus tanya hati kecilnya samada dia didorong oleh agama atau politik duniawi apabila menyuruh saya bertaubat dan tidak Nik Aziz.


Hahahahaha. Okay no.19 adelah lawak yang paling teruk.

If you ask me, if PAS claims to be this righteous party base on Islamic values, is it Islamic to criticize and condemn people? Is it Islamic to state "Syaitan pun saya boleh terima." To me, they're using Islam, the symbol and concept, to attract people to side with them kot? No?

The best thing we can do now is let the election process take place, and let the opposition win. Only then people will see whether or not this whole gang can make the changes they claim to make.

Just saying lah.

Anyway, we love you Tun M, our hero and idol! Thank you for leading our nation to what is it today, prosperous, convenient and efficient. Without you, we wouldn't even be on the world map and no one would know who we are and what our culture is like.

Monday, January 7, 2013

Taat pada azam

Azam tahun baru ini sebenarnya dah dicita citakan dari hujung tahun lepas. Nak tak nak pon, kena kerja keras demi mencapai yang dihajati. Keja keras cara aku lah yang tak payah mencurah keringat di bumi. Ha ha.

Tahun baru seperti selalu adelah mesti mahu berambut baru juga. Tak kisah lah kasik simpan fringe ke, kerinting macam koey teow kerang ke, lurus macam mee hailam ke, atau kasi cantas sama dia terus macam ape ape lah malas nak pikir. And guess what, baru sehari di bulan baru hari tu, aku nekad mencantas pendek sampai puas hati. Paling pendek yang pernah aku buat. Memang posh beckham pon meraung nak rambut cam aku la confirmed. Hahahahaha. Bila balik rumah terus selak tudung sambil pusing depan suami paksa dipuji. Berani tak puji kot? HAAHAHA.

Dia cakap okay, pastuh tak puas hati tunjuk gambar posh rambut pendek pulak nak suruh dia cakap memang sama lah kekononnya, belum sempat aku selak lagi dengan tak bersalah dia cakap, "Hun your hair looks like Kate Plus 8 larr!!"

"OOoooohh Kate Gosselin? Good god" Hahahahaha Aku nak pingsan tang tu jugak. Kate dah lah beranak lapan, gempal dan mak janda gitu, dah tentu tentu aku tak berhajat langsung nak macam dia. Cuma rambut dia hawtt la jugak kot.. :))


Kate Gosselin/Kate Plus 8. Dulu aku suka tengok series ni, pastu angan angan nak 8 orang anak macam dia :P

Belakang dah sama, cuma rambut aku tak setebal rambut dia lagi dan sedikit pendek. Tunggu la tak lama lagi. Rappers kpop pon nanges tadah dagu tengok aku uols. Hahahahahaha. Hari tu berani mati letak dalam instagram, saje aah nak test market. Instagram aje pon yang aku berani, sebab semua gang pompuan dan private, kalau facebook memang nak kena sekeh muka lar. 

Jadi hajat dihati terlaksana jugak akhirnya. Ringan kepala bukan kepalang.

Walaupon bertudung kena jugak jaga rambut yea adik adik kakak kakak.. ewah. Tak kan nak kusut masai dalam rumah tunggu laki balik kerja kan. Dah lah suri di dalam rumahtangga aje pon, kalau America's next top model takpe lah jugak (okay ini adelah poyo terhebat), jadi penting untuk kita berhias bukan untuk orang luar tapi untuk suami sendiri. Paham?

Sedangkan nak keluar rumah pon bukan main tenyeh lipstick, pakai bedak bagai sebab ape? Sebab nak jaga personaliti kita depan orang ramai kan. Jadi adelah sama penting untuk jaga penampilan depan suami. Tak nak lah lilit sanggul tinggi tinggi macam dalam pantang, bedak sejuk satu inci mak aaih. Takmau aah cengitu. Tak best kot? Ade jugak yang berani cakap, engkau tak ape lah tak ade anak. Buleh lilit shawl kiri kanan, tampal make up, pakai itu pakai ini, kalau ade anak memang tak sempat nak layan macam gitu.

Ampun kan lah saya. Sekarang dengar. Anak bukan alasan untuk kusut kemasai kot. Ape bezanya jugak kalau aku tak ade anak dengan nak bergaya? Itu kan citarasa masing masing. Kau nak ke dah mengendong anak nanti orang tak kenal yang mana satu bibik yang mana satu tuan rumah? Nak? Dah emo kenape. Lol

Kalau diizinkan Allah, bila baby(s) sudah kelihatan nanti memang aku akan tetap macam gini jugak rasanya. Bukanlah dah rasa hebat ke apa, cuma selesa begini. Itu maksud aku. Sebab pertama pasal tudung. The Other Half memang sangat tidak berkenan kalau aku pakai tudung beropol macam zaman sekarang ini. Bukanlah tudung begitu buruk sesangat. Cuma ini adelah pendapat masing masing kan. Dia cakap dah rupa makcik makcik bila pakai tudung macam tu. Mom pun cakap yang sama. Jadik memang sah tudung berambu ramba sebegitu tak sesuai dengan aku sampai bila bila. Shawl yang panjang jugak mencantikkan diri ini. Hahahahaha. Gurau tu gurau.

Tapi macam tu lah, tak semua orang sesuai dengan gaya dan trend tak kisah lah engkau beranak pinak ramai mana pon. Bagi aku pakai aje sesuatu yang evergreen, jadi sampai bebila pon kamu tak akan rasa terjejas. Tak gitu? Bersolek sedikit untuk kelihatan cantik di mata suami dan dipandang dengan penuh kasih sayang pon dah dapat pahala jugak kan? 

Azam tahun baru ini jugak nak kurangkan berjalan aka berfoya foyaan dan fokus untuk sesuatu yang penting. Hahahahaha. Macam tak caya aje aku cakap macam gini. Bukan ape bila habis berjalan, balik rumah duit tabung menjadi kurang lantas baru terasa sedar diri yang kerdil ini. Masa tu pulak masing masing baru cakap kalau simpan duit dulu mesti buleh buat itu buat ini. Tapi itu lah, awal tahun semangat berkobar kobar nak jumpa gynae, bila mai hujung hujungnye terus rasa macam takpe, tunggu dulu, esok esok lah, kita pegi sana dulu, pegi sini dulu, tengok la macam mana, pastu in between sang suami pulak terpaksa membanting tulang di perbatasan maka padan lah muka masing masing. LOL

Bila fikir balik betul ke apa yang aku nak sangat ni? Bersedia ke kami? Dua kali fikir aku pulak jadik gerun dan takut. Nak nak kalau lepas tengok Deliver Me ataupon Surviving Motherhood kat #733 tu. Mampu kah aku Ya Allah?

Mom pernah cakap aku macam main banyak tak bersungguh kot. Bukan lah tak bersunguh, nak bersungguh macam mana lagi mom? Ovulation pon sekali aje sebulan, umpama sape cepat dia lah yang dapat kot. Ini pon nasib baik aunty flow tiap tiap bulan datang tanpa masalah ( Alhamdulillah )

Nak sambung gelak balik. Hahahahaha.

Secara logiknya kita berbalik lah kepada Allah SWT. Hanya Dia yang tahu bila masa yang terbaik untuk diberikan rezeki kepada kita semua. Jangan lupa jugak, dalam pada tu bila bila masa Allah buleh tarik balik rezeki dari kita kan. Jadi bersyukur. Tak susah mana nak bersyukur. Memang lah bila tengok period tetiap bulan rasa tak best, tapi dari tak dapat merasa pakai pad langsung berbulan bulan, atau kena makan ubat ke apa, cucuk sana sini, sumbat itu ini, kau nak kau nak?

Baik lah sekarang jugak aku nak buat appointment dengan Pantai, sebab bersyukur dan tak nak main main lagi. Hahahahahaha. Gigih kot? 

Selain itu, tahun ini kami berazam mahu memakan makanan yang sihat banyak banyak, beberapa bulan yang lepas dah mula mengambil brown rice, bila balik kampung aje musnah diet kitaorang. Tapi tak ape, kat rumah memang tak putus bekalan beras perang nih. Ha ha. Memula macam tak jalan jugak, sehari dua aje pon, sekarang dah okay. Salad kalau dulu sekali dua aje seminggu, tapi kali ni walaupon dah masak sayur ke apa, dia tetap kena ada jugak. Snacking degan salad adelah lebih baik dari cicah Nutella kot. Mesti kurangkan makan manis manis di petang hari. Aku nih memang asalkan petang aje mesti nak bermanis mulut. Mula lah terkenang kenangkan kueh bingka, tepung talam, cendol, pengat pisang, bubur kacang bagai. Sekarang kunyah aje lah tumbuhan hijau itu cicah thousand island. Okay ape? Hew hew hew

Tahun baru ni jugak aktiviti memasak berjalan seperti biasa. Tak lebih tak kurang. Jangan nak memandai mandai bagi idea suruh aku masak lebih masa ke, pegi kelas membuat kueh raya ke, eh tolong eh tak payah nak macam macam sangat.



Cukup lah setakat ni. Ini kira intro yang agak solid jugak di tahun baru ni. Kalau rindu aku datang lagi lain kali. 

Tuesday, December 18, 2012

Bukan entry luarbiasa


Terima kasih dua ribu dua belas kerana memberikan kami kemanisan dan kepahitan. Terima kasih juga di atas pengalaman, kecintaan, kekosongan, kerinduan, ececeh eh tak, bukan salah belog pon, memang ini belog cik puan besaq. Kahkahkah. Awat intro macam gitu kot?

Sekarang aku lebih menjadi self centered. Malas nak layan orang lebih lebih. Layan setakat ala ala cukup. Yang memberikan kepentingan takpe, yang memberikan sakit hati dan pembuangan masa seperti sia sia maka adelah tak payah. Selfish begini kadangkala juga perlu dalam kehidupan di zaman sekarang. Sebab tahun ini banyak mengajar aku untuk menjadi seperti itu adelah lebih baik dari sibok nak menjaga hati orang begitu begini.

Sebenarnya tak sabar nak menunggu kedatangan 2013. Bukan lah ade kejutan yang luarbiasa pon dalam kehidupan, cuma benda kecil buleh rasa besar dan hebat bila hati tengah gembira, kepala dah tidak berfikir benda benda yang melelahkan maka hidup perlu diteruskan walau apa pon yang terjadi. Melainkan, perkara yang diluar kemampuan kita, minta lah pertolongan dengan Allah.

I rasa, Ini adelah entry yang terakhir untuk tahun ini. Tak nak tulis panjang panjang sebab semangat balik kampung tengah berkobar kobar mengatasi segalanya. Masak pon sudah jarang maklumlah keluarga semua tengah bermaharajalela di rumah dan pastinya aku sebok menuntut kasih sayang extra dari mereka. Maka memang patutlah belog dan ipad sudah sedikit terabai buat masa sekarang.

Makanan yang menjadi cita cita aku pada tahun baru ini adelah seperti berikut ( tetibe pulak )

1.Cendol pulut

2.Pulut durian

Kahkahkah! apesal dua dua kena ada pulut memang payah mak nak jawab. Sebab aku memang jenis pemakan pulut yang tegar. Lepas makan rasa menyesal macam nak gila, sia sia tak ambik carbo seminggu, kalau sekali tibai pulut bermangkok mangkok. Kan?

Sekarang berat sudah meningkat menjadi 49.79 kilo. Sumpah tak tipu, aku pon heran apesal buleh mencanak naik begitu. Aku perasan dia ni meningkat sejak aku minum apple vinegar, mak aaih. Orang lain minum buleh turun berat, apesal kau naik berkilo kilo nih? Kahkahkahkah. Ker vinegar tu dicampur dengan gula membuatkan aku menjadi berat gula? Hahahahaha ni macam statement paling sakai yang penah aku tulis kot. Tolong lah sash.

Tapi The Other Half merupakan jejaka yang paling gembira sebab berat aku naik. Dia cakap dad pernah tanya dia apesal aku kurus masa balik penang dulu. Kahkahkah. Maksud dad adelah dia takut aku diet sebab aku penah kena gastric teruk dulu, itu aje pon. Tapi sang suami merasa sedikit cemas dengan soalan tersebut. Lantas disogoknya aku dengan nasi kandar Kayu di damansara beberapa kali seminggu. Itu lah puncanya aku gigih cari Apple Vinegar jugak ( selain untuk fertility katanya ) sebab takut badan menampung terlebih acid. Kahkahkahkah. Gila bosan dia ni.

Okay bertenang.

Tak kisah lah gemuk ke kurus ke, muka macam sukun benyek ke janji hati kita senang. Kalau lawa persis mentari bersinar di ufuk timur pon, lara hati memanjang pon buat apa. Baik jadi muka sukun benyek lagi baguih kot. Heeee  ^__^

Selamat Tahun Baru kesayanganku. Maaf kalau terkasar bahasa, tercarut lebih kurang, terlawak terlepas pandang adelah memang tidak disengajakan langsung. Fahamilah belog ini adelah berunsur santai, tidak bermotifkan apa apa dan menjadikannya bercirikan sesuatu adelah tak nak. Hahahaha. Alaaa you know me kan :S



Kata kata manis untuk semua :)


Wednesday, December 5, 2012

In Syaa Allah Kalau Ada Rezeki

Halo semua. Ala macam cliche. Bohsan.

Sekali lagi.

Ohai darls! 

Bila bangun pagi dan mendapat perkabaran gembira dari suami adelah membuat sepanjang pagi kamu ceria sampai hangit sausage di kuali. Macam omaigod sangat?

Cerita ceria tang mana pulak neh? Biarlah dia menjadi sentimental value antara kami suami isteri dahulu. Sampai masanye akan kita bincangkan bersama. Ewah. Mintak penampar sangat kot? Kahkahkahkah!! Okay okay jangan nak jeng je jeng sangat. Sila lah abaikan demi kebaikan kita.

1. Sekarang sudah penghujung tahun. Bila selak selak balik kejadian yang berlaku di tahun ini, Alhamdulillah kebanyakkannya yang indah dan menyenangkan, despite few hiccups here and there biasalah takkan smooth aje sepanjang masa kot, so tak payah tipu. Semua orang tentu ada dugaan dan masalah masing masing, jadik pandai pandai lah nak uruskannya, takkan nak melalak macam takde iman aje sepanjang hidup kan. Jadik ambik lah yang baik baik aje jadikan iktibar. Yang buruk hodoh tak payahlah bawak sampai ke tahun baru, buat sesak nafas aje kot. Fikirkan yang positif, yang buleh membawa kegembiraan berkekalan contohnya perbincangan berkaitan hollymoon pada masa depan. Contoh tu contoh. Ha ha. Ikutlah jiwa raga uols, kalau aku itu aje dah cukup buat kegedikkan sampai ke bintang. Terus lupa duka nestapa yang menimpa.

2. Tahu tidak, sekarang kami sudah pandai memakan makanan yang sihat secara rutin dan lebih teratur gitu. Nanti akan I kongsikan resepi berkhasiat dan sedap paling penting senang gila. Minggu lepas sudah mula membeli brown rice. Maka secara permulaannya kitaorang makan selang sehari, sebab takut rasa muak pulak kan. Pastu bila dah pandai agak agak nak masak dia ni (sebab memula masak macam terlebih kembang, pastu terlajak kering kontang pulak) bila dah okay, terus The Other Half cakap dia nak makan tiap tiap hari lah sebab sedap. Kalau dia dah cakap sedap tu, memang haruslah sedap sungguh si isteri ini masak. Kalau terlebih masin terkurang apa pon, dia memang akan terus terang, kira senang ceritalah kan. Maka, makan lah kami brown rice itu setiap hari sekarang ini. Nampak, life is simple. Jangan kucar kacirkan. Makan brown rice pon buleh membuat kehidupan gembira. Hahahahaa. Layannnnn.

3. Selain dari brown rice, diet sekarang telah ditambah dengan avocado selang sehari. Nak makan tetiap hari pon musti tak lalu jugak. Memandangkan rasa avocado nih macam lemak lemak tawar, jadik memang tak sesuailah untuk diratah begitu aje selang sehari kot kang hidup pulak menjadi hambar. Sah sah tak jalan langsung. Maka, berselang pagi atau petang harus dibuat avo-smoothie dan ditambah dengan chocolate syrup. Nyum nyum nyum baru bersemangat minum. Suami pon begitu juga. Semangat yang luarbiasa nampaknya.

4. Bagaimana sambutan tahun baru kamu semua? Kitaorang haruslah pulang ke kampung halaman untuk makan durian sepuas hati. Memang gila tak sabar kali ni, bukan lah kat kl takde durian tapi masalahnye nak makan pulut durian macam mom selalu masak adelah sesuatu yang mustahil di sini. Maka sekarang sangat menghitung hari untuk bergembira ke arah itu. Jadi jangan kaco.

5. Pagi tadi setelah menghangitkan sausage untuk breakfast suami isteri, terus rasa tak lalu nak makan sausage sampai sebulan. Last last mampu cicah butterscotch dengan white coffee aje. Carik bihun, rendam, dan bercita cita mahu memasak bihun goreng untuk makan petang yang membawa kekenyangan hingga ke malam. Aku bantai aje ape yang kelihatan menarik di mata lantas turun ke hati ketika itu. 


Lalu terhasillah bihun goreng aku bantai saje. Ada ayam, udang dan sedikit left over daging dalam freezer pon dimasukkan jugak. Pastuh tengok bok choy, carrot dan kobis pon ade, jadik siap. Tambah black pepper sauce, oyster sauce, fish oil, sesame oil pong pang pang pang.. taaadaaaa! Sedap hoih. Dan tidak dilupakan cili kicap. Ohnomnomnom.

Itu aje lah trend terkini kehidupan aku. Kahkahkahkah. Malas memasak adekalanya masih seperti dulu juga. Ekceli bukan lah malas tak agak agak, (amboi kau ni pon kalau ayat nak kenenkan I, gigih kan membaca) cuma malas nak ikut recipe asal yang leceh leceh. Kebanyakan mesti aku akan tukar ikut selera dan tahap kemampuan aku nak memasak berserta mood pada ketika itu.

Selamat Tahun Baru kepada semua pembaca budiman cewah, haddooo? 

Selamat bercuti kepada yang nak mengejar impian, selamat pulang ke pangkal jalan pada yang baru balik bersama kenangan, selamat menabung kembali kepada yang berhati besau nak melangkah panjang kelak (kahkahkah tak buleh blah yang ini) dan selamat menguruskan rumahtangga masing masing bersama yang tersayang.


Selamat Datang 2013 Tahun Cinta!