Saturday, April 30, 2011

Duke & Duchess of Cambridge

Congratulations to HRH The Duke and HRH The Duchess of Cambridge


Dan ini pula..???
.
.
.
.
.
.
.
.
Duke & Duchess of dot dot dot ( Duchess yang terpaksa di-censored mukanye akibat sebab dan penyebab yang tak payah kau kecoh nak tahu ) kah kah kah! sangat mahu gelak guling.


Gown nampak dah nak sama. Veil pon cukup panjang buat flower girls pegang untuk ambik gambar. Bridal bouquet pon lebih kurang aje kaaannn. Eh, giler rasa nak sanding lagi kau, sambil lambai lambai tangan dengan muka bangga atas pelamin. Kahkahkahkah.


Semalam dengan kepala yang tak betul, kami lambai lambai depan cermin dalam bilik sambil tiru macam wills dan kate depan Buck House itu. Tiru ape tak payah dibincangkan di sini okeh.


Gila kejap.

Hormones. Hormones. Anggap aje lah macam mimpi ngeri masing masing yang membaca entry kali nih.


Cheers.


winks&smiles!

Thursday, April 28, 2011

Ahlan wa sahlan..

cik puan besar tengah menghadap River Thames sambil merenung masa hadapan. Secara logiknye tengah berfikir, kot kot ada orang nak bawa datang lagi esok esok nanti, yang tak logiknye pula adelah di malam buta dalam kesejukan pon aku sanggup hadap river tuh. Kalau kat sini nak redah penang bridge malam malam pon boleh mengundang kecelaruan fikiran. Kahkahkah!

Ececeh..ambek mood ambek mood. Nak makan pon kena carik mood okeh, kau jangan main main.

Setelah sekian lama tertunda rancangan ingin memasak menu ini, akhirnya hari ini dengan gembiranya saya menghadapkan tekak masing masing dengan NASI ARAB. Walaupun untuk sekian kalinya masih menggunakan ayam sebagai ganti daging kambing, tapi tetap malaatoppppss okeh. Kau haddo? Pegi gali recipe cepat kalau nak rasa cengini.

Nasi Arab di kuala lumpur. Kalau rasa malas nak bersesak di Al Rawsha ataupun Tarbush, ape lagi sila lah jadi chef di rumah sendiri. Tak payah kau nak kecoh.
nak test market dulu sebelum bagi hubby makan. Ha ha ha. Hoih sedap sedap!


Hubby cakap the bestestestest yaww!! Lain nye kali nih, saya campurkan juga dengan olive oil dan sedikit lemond zest untuk menambahkan aroma. Pandai pandaikan saya menderhaka recipe orang arab. Ha ha ha. Yang lainnye masih sama macam recipe asal dalam entry entry yang lepas. Hidangkan dengan fresh salad dan yogurt yang sejuk sejuk tekak itu. Sambil makan boley lah berbincang bincang manja pasal rancangan percutian hujung tahun kelak. Eh??-Tekop mulut-

Sampai dua kali encik hubby tambah hari nih sambil membuat kerjanye di rumah. Lega bila dapat tengok suami makan dengan aman damai di depan mata. Bukan senang nak dapat lunch sekali setiap hari macam gini melainkan masing masing berada di bawah bumbung yang sama. Cheh.

Nasi kandar beratur yang menjadi menu wajib hadap saya dan suami setiap kali pulang ke penang. Pukul 10 malam baru buka, puas lah beratur dulu sebelum dapat makan.

Tak sabar nak tunggu weekend. Banyak sebab dan penyebab secara fizikal dan mental yang menyumbang ke arah itu.

Owh saturday please be good to me!

winks&smiles!

Wednesday, April 27, 2011

Let's curry today!

Helo Malaysia. Helo US. Helo UK.Helo Brunei

Apesal takde negara lain? Sebab ini berpandukan traffic blog saya sejak dua menjak.Terima kasih sebab sudi menyusahkan diri dan fikiran masing masing menyelami blog yang agak luar biasa berfaedah ini. Kahkahkahkah! Tak percaya? Cuba tahan bacaan anda untuk 5 tahun akan datang. Lagi bertambah luar biasa. Percaya aje lah. Jangan buang masa fikir lama lama.

Pendek kata, Am so glad :)

Okay Okay.

Tibe tibe tekak sangat teringin bagai, nak makan kari daging yang dimasak dengan ubi dan carrot banyak banyak. Tak dapat hadap masa lunch, petang sibuk aje saya menyelongkar fridge rumah sendiri ( takkan rumah kau pulak kan ) mencari bahan bahan yang dapat menghasilkan kari dengan bangganye. Karang boleh lah dicicah cicah manja dengan roti aje. Esok lusa baru bercadang mahu menghadap nasi. Cukup cukup lah nasi di dalam badan saya ini. Haiiihh.

Seperti biasa, kuah mesti lebih siket, buat santapan permaisuri jelita di malam malam buta sebelum beradu. Eh macam tak biasa kau.

dapat juga carik daging batang pinang di carefour, apa lagi.. makin menjadi jadi lah sedapnye. kahkahkah!


Hari nih rumah saya berbau kari daging. Sedap hoih sedap!!

Menu menu malas sampingan yang lain adelah pak choy soup dengan fishball dan yogurt salad sahaja. Cukuplah menu yang serba ringkas hari nih sebab bukan nak dimakan dengan nasi pon. Esok esok kalau mood rajin lain macam, saya nak masak nasi arab lah. Dah lama tak masak menu nih. Kena bukak kamus balik, mesti dah lupa laa.


Taza Kebab, Bayswater London. Kalau lah kat belakang rumah aje..Yumss!


winks&smiles!

sedap okeh!

tekak saya akan menjadi nyaman serta merta ..




nak buat susah jugak, nak habiskan kejap aje.. ha ha


Thank you mom sebab susah susah buat pudding untuk saya sebagai bekalan di rantau. Cheh. Ayat tak boley blah. Resam anak rantau begitulah, nak balik rumah aje, bag baju dengan tidak semena mena akan dipenuhi oleh bekalan makanan. Bukan tak boley buat sendiri, masalahnye memang bermasalah kalau nak membuat benda benda alah sebegini. Makan aku pandai lah. Heh heh.

Okeh okeh, malas nak fikir soal makan banyak banyak dan pelik pelik, kelak bakal mengundang beban pada diri sendiri dan juga suami. Kahkahkah!


Buat masa sekarang, tak nak kecoh kecoh. Nak relax, calm and stay positive aje. Maklumlah minggu yang sedikit mencabar.


Jumpa lagi. Insyaallah :)

winks&smiles!

Monday, April 25, 2011

Kl, am home!

Assalammualaikum

Selamat petang Kuala Lumpur. Kita bernafas di GMT yang sama.

Back to square one. Eh takpe. Hati bahagia. Bila berjauhan membuatkan saya rindu dan sayang lebih. Walau hakikatnye tak pernah kurang dari dulu dulu pon.

Weekend dipenuhi aktiviti berunsur wifey lindungan bulan. Mengemas kain baju, cuci rumahtangga, beli barang dapur di carrefour macam mak mak orang dan memasak untuk keluarga kecil saya. Pheww. Upah jangan bayar lambat okeh, bulan nih keja lebih masa. Kahkahkah!


Dah lama tak memasak di rumah. Sejak balik dari london sampai lah ke hari ini, baru dapat peluang memegang tefal dan vision dengan bangganya. Motif nak promote barang dapur kat sini? Heh heh. Bukan takde peluang sebenarnya masa yang tak membenarkan saya memasak bagai. Kat penang lagi lagi lah melampau kau.


Bila balik ke sini kena agak agak lah kalau nak bergoyang kaki tangan kan. Kesian cinta hati saya nanti.


Teka apekah? Bukan. Bukan ayam masak merah. Ini adalah Chicken Masala.Yums!


simple and healthy

Dalam beberape minggu ini aktiviti berjalan sesuka hati mengikut kepala sendiri harus dan terpaksa dikurangkan atas sebab keletihan dan pelbagai. Eh kalau tak bersebab apa pon memang rasanya nak rehat banyak banyak sebab tersangatlah letih terkejar ke sana sini. Sampai kurus sudah saya. Cheh.

Selain itu, saya terpaksa juga menghabiskan dose antibiotics untuk tonsils yang sakit macam tak payah nak sebut. Doctor cakap saya kena rehat banyak, kalau pegi bercuti lagi bagus. Eh?? Bukan saya cakap doctor yang tak bersalah itu yang cakap. Kahkahkah!


mom yang suka memasak dan membuatkan saya gemoks!

Bulan depan insyaallah dapat jumpe ibubapa lagi. Mereka nak datang ke kl masa birthday saya. Weehooo. Best naa. Boley saya bawa jalan jalan macam pelancong yer. Oh rindu terus!

Lagi beberape minggu jugak, birthday si suami. Wifey nak bagi hadiah ape? Jeng je jeng. Saya sudah beli yay! Tapi kena sorok di tempat yang pelik pelik dulu sebab dia nih rajin memunggah. Jadi kebarangkalian untuk dia terjumpa awal adalah sangat tinggi. Walaupun nilai tidaklah seberapa macam hadiah kota London yang dia dah beri untuk saya hari tuh, tapi saya tahu dia mesti suka. Berani tak suka. Hahahahaha. Gurau tu gurau.

Baiklah. nasi dan ayam masala bukan masalah tau, tengah memanggil saya.

Jumpa lagi bila ada masa dan mood nak menconteng blog kelak.


-wifey kecoh signed out-

Thursday, April 21, 2011

Exclusive



Baby Alaanis Humaira


I wuv you laah!