Thursday, June 27, 2013

No catchy title

Sakit kepala dan sangat menjadi tidak suka kepada apa apa. 

Tapi kalau tetiap hari dapat makan cake yang dipenuhi cream bersama ( bersama lagi? ) keju,  mampu lagi untuk menjadi kanak kanak riang yeay!

Gemok.


:)

Monday, June 24, 2013

Random sebelum puasa



Bahan ilmu pertama bulan nih. Dalam banyak banyak yang aku nak beli, ini antara yang paling berguna di masa hadapan kelak InsyaaAllah. Niat dah ada, belum mendaftar lagi tapi dah risik risik apa yang perlu, masih dalam proses perbincangan seisi keluarga mengenai tarikh dan sebagainya. Bukan tahun nih, tapi bagi I yang belum pernah menjejak kan kaki ke tanah suci, elok lah cari ilmu awal awal secukupnya dulu kan. Moga Allah permudahkan segala urusan kami. Doa doa doa :)

Ooh Hai semua!  

1. Jerebu teruk sesangat dari kemarin. Nak keluar sidai baju pon buleh jadi stress. Balcony macam dah seratus tahun dah bercuci. Eeee geram pulak aku tengoknye. Lagi stress bila dapat tahu baju Jovian yang sepatutnya aku pegi amik minggu lepas tuh tak siap siap lagi. Sehari dua nak puasa baru buleh dapat. Dah dua kali tunda. Nak marah, tak sampai hati :))))) stress sikit takpe la. Dush! Dush! 

2. Lagi berapa hari aje dah nak masuk bulan Ramadan, maka makin gigih lah kena bersiap sedia mental fizikal. Tahun nih tak dapat pulang menyambut puasa di kampung halaman, TAPI takpe. Tak sedih sangat pon sebab seminggu sebelum raya aku akan pastikan kami pulang berkampung dengan jayanya sampai habis Syawal. Hahahahah

3. Tahun ni Eid akan jadi extra meriah. InsyaaAllah. Keluarga mertua akan datang berpuasa dan beraya di sini jugak. Lama tak jumpa diaorang semua, walaupon selalu skype, tapi mana nak sama duduk bertepuk tampar sekali kan. Seronok lah ramai ramai macam gitu nanti.

4.Tapi yang paling penting, dad dah janji dengan aku nak shopping raya kat sini minggu depan. Maka yang lain tu dah turun carta kurang berkepentingan lah. Hahahahaha. Bukan lah nak beli apa pon, saje aje nak bawak diaorang jalan jalan kat sini, pastu I pon dapatlah habuan apa yang patut.

5.Antara usaha terakhir sebelum Ramadan jugak, jumpa gynae. Well, tell us something new sash. Heh :P

6.Biasa lah kan dah nak puasa raya nih. Aku memang bajet ramai yang bertandang kat rumah macam selalu. Maka banyaklah soalan soalan yang nak kena aku telan sampai keluar air mata. Sekarang pon dah ada jugak dengar sikit sikit. Yeah aku kawin dah lama. Tapi kau bukan tahu segala gala? Aku tak pregnant, yang engkau terguris sangat dah kenapa?  :) 

Yes, i am hormonal so don't mess with me kelak bakal membawa susah. Bersyukur lah.

7.Memang sengaja kalau buleh aku tak nak bukak braces lagi, senang dengan adanya braces aku tak payah banyak sembang dengan orang, buleh aje pura pura sakit gigi. Ha ha. Hambek kau kena sakit betul betul karang, hilang seri Aidilfitri aku +___+ 
Hujung minggu kena jumpa ortho, tengok lah dia nak cakap macam mana.

8.Persiapan sambut puasa takde apa apa lah sangat. Cuma dah mula mengaji dengan gigih dari biasa, ada masa terluang baca lah sikit sikit pon takpe. Dalam hati sebenarnya aku sangat berbangga dapat suami yang buleh mengajar, menegur aku bila lambat solat, bila tak pegang Quran. 
Persiapan lain, takde apa apa pon. Nak berhias bagai rumahtangga tak lah jugak sebab kami bukannya beraya di sini kan, tapi setakat nak salin langsir baru buleh lah kot? Alaaaa..curtain rumah kami buatan Ikea aje. Yang mahal mahal tak mampu kot lagi. Lain la ibubapa berhajat nak menaja? Heh. 

9. Tema raya dah ditetapkan oleh aku. Hahahahah. Tapi last last nanti suma bawa halatuju masing masing jugak. Sadis.

10.Selamat berpuasa sunat di bulan yang mulia ini dan selamat menyambut Ramadan Al Mubarak untuk semua muslimin dan muslimat. Semoga ibadah dan doa kita semua mendapat keredhaan Allah SWT. 


Wednesday, June 12, 2013

Squid in black ink pulak, kegilaan apekah ini?


Dah berape hari punya menggila nak makan sotong hitam legam yang dimasak dengan ink dia tahu tidak?

Rasa rasa dah dekat seploh taun tak pernah makan macam gini hahahahaha. Tetibe dok teringat siang malam. Aku kan begitu. Selagi tak dapat, layan aje lah.

Pegi Tesco last week, buleh pulak takde sotong hari tu, kalau tidak berlonggok longgok pulak aku tengok. Kecik hati aku. Hampa okay.

Lalu untuk mengubat kehampaan seperti itu, maka menonong kami pegi makan sotong goreng kat Nirwana siap nasik daun pisang tambah curry lebih, eh. Sepinggan aku belasah sensorang sebab The Other Half itu memang penggeli sotong. Dia memang tak makan species mak nenek sotong nih dari dulu. Ade sejarah hitam ape kebenda pon tak tau lah.

Lepas makan baru teringat result cholesterol aku dulu tuh. Keji. Hahahahahaha. Balik rumah telan lemonade segelas. Kurang sikit rasa bersalah. Ye. Aku memang begitu. T____T



Tapi kejap aje pon. Esoknye terpegi Jusco. Jumpe banyak sotong sotongan. Teruja kejap macam tak penah makan sotong seumur hidup kot.

Balik rumah, tanya mom malam tu jugak macam mana nak masak sotong yang hitam pekat macam dulu dulu dok makan tu. Rupanya senang giiiilaaaaaaaaaa aje. 

Sebab mood aku tersangat lah baik hari ni, naahh aku bagi percuma recipe nih. Hahahahahah. Marilah membina badan bersama. 

Bahan bahannye uolss

1.Harusah sotong takkan kuda laut pulak
2.Sedikit garam
3.Serbuk cili & kunyit
4.Lada hijau, aku guna jalapeno- hiris nipis
5.Bawang besar-hiris nipis
6.Serai

Sila kisar ;

1.Bawang merah
2.Cili padi. Terletak extra sebab dasar kuat pedas.
3.Bawang putih
4.Halia
5.Satu sudu teh lada hitam. 

Senang aje nak masak dia ini. Bersihkan sotong tadi, perap kejap dengan kunyit dan serbuk cili sebab nak bagi wangi. Panaskan minyak, tumis bahan kisar dan yang dipotong nipis tadi. Tak payah masukkan air banyak sangat sebab sotong nih memang akan keluarkan air nanti.

Pastu masukkan bahagian yang ada ink dia tu. Masukkan dua-tiga ketul pon dah cukup. Pastuh bila dah naik warna dan wangi dia menusuk kalbu, masukkan sotong. Goreng kejap aje, garam gula secukup rasa taaadaaaa siap.

Aroma sekali bergabung dengan rasa dia... MasyaAllah memang sempoi habis. Tak dapat digambarkan dengan kata kata uolsss. Ada rasa pedas, manis manis kat hujung. Nyomsss.


Sedikit sayur sayuran untuk kurangkan rasa bersalah dan mengaburi mata sang suami juga. Untuk dia, aku kena goreng ayam kejap lagi. Sah sah memang dia tak makan macam gitu kan. Silap silap jatuh fengsan tengok muka sotong hitam legam begitu. Hahahahaha.  Rugi lah wahai manusia yang tak makan squid in black ink aku nih. 

Maka lengkap lah lunch dan jugak merangkap dinner untuk hari nih. Esok kita kais lagi rezeki ape yang ada.

Seperti tetiap tahun, I tak penah ketinggalan beli Rasa edisi Ramadan & Syawal. Setahun dua kali aje beli dia nih. Okay laa tuu, semangat puasa dan lebaran nokz. Minggu depan satu lagi baju raya dah siap. Eh?

Tak sabaaqqq habaqq hangggg ;)

Thursday, June 6, 2013

Chuka Idako, haik!


Sekarang kalau mahukan takoyaki adelah sudah tidak menjadi masalah negara untuk bersesak sesak ke midvalley tak tentu hala. 

Ayuh ke Publika aje sebab dah ada TamaYaki di situ. 

Yang menjadi kegemaran dari dulu adelah semestinya chuka idako (seasoned baby octopus) takoyaki. Besar gabak, tak kedekut octopus dan sauce yang malaatopsss pop pop pop pop I tell ya..

Nyoms! 

Kalau petang petang tengah lapar, dua kotak pon I buleh telan baby nih sambil mentonton teduhan kasih.


Kotak dia pon comel pinky pinky gitu. Sesuai sangat dengan jiwa remaja mokcik. Yo!


Sudah dua hari saya memilih untuk tidak memasak dan bergoyang kaki dengan membaca dan menonton movie sampai puas hati. Bed rest bagai engkau nih apesal pulak dah? Hahahahaha

Fikiran kurang senang sejak dua menjak. 

Banyak benda yang aku nak kejar lately, pehtu rasa penat sendiri.

Baru aje aku nak duduk bernafas dengan senang lenang, semalam ternampak web-promo yang tak sepatutnya aku tengok kurang kurang pon sampai hujung taun ke apa kan.

Kahkahkahkahkah

Ape lagik, nak tido pon dah tak senang sekarang. Keinginan melebihi kesanggupan, eh camne tuh makcik. 

Malas nak bawak berbincang awal awal dengan sang suami itu, kang tak pasal dia tolak mentah mentah proposal aku, mesti kecik hati to the max lagi dan bermula lah kembali drama swasta yada yada yada. Strategi itu penting uolss. Lol


Hormonesssss. Bluerhhgg. Sabarlah Saabaariaah. 

Friday, May 31, 2013

32 tahun


Terima kasih mom sebab lahirkan aku tiga puluh dua tahun yang lalu. 

Seperti hari hari yang biasa, takde lah terkinja kinja pon menanti ketibaan harijadi sendiri. Bukan sebab dah tau ade orang akan bagi hadiah, tapi lebih kepada keadaan sekeliling yang membuatkan aku jadi lebih dewasa kot, ewah. 

Suami adelah sangat sibuk kebelakangan ini. Dari dulu pon memang sedia maklum dengan keje dia, tapi sekarang makin bertambah. Jadi aku mesti menjadi understanding, dah tanamkan semangat kental di jiwa kiranya kalau dia tak beli apa apa pon aku kena redha. Hahahahaha. Dan dia pon macam takde perasaan langsung pulak aku tengok, kalau dulu dia akan tanya jugak kot.

Redha Sash. Tolong redha.

_________________________________________________________________________________

Bangun pagi macam rutin selalu. Pegi kitchen nak buat breakfast. Tunggu dia bersiap nak pegi office. Dia tanya nak hadiah tak. Eh gila tak nak. Tapi macam rasa tak best pulak kali nih. Kenapa ek. Macam dia tak kisah aje? Terus makcik nak jadik emo tak tentu hala kan nokz. Hahahahaha. Pastuh takdan aku nak tanya hadiah apa, terus dia bagitau kena cepat cepat pegi office hari nih, jadik tak payah buat breakfast. Nanti petang dinner kat luar aje katanya. Ok. Fine.

Weh, where's my gift larrr? Nak aje aku telan orang pagi tuh. 

Pastuh petang sebelum balik keje, husband tanya lagik.. nak pesan apa apa tak sebelum dia balik. Sebab selalunya aku akan sibok aje memesan itu ini, ice cream lah, roti lah. Dia cakap lagik, nanti balik tak tentu nak keluar pukul berape sebab ade meeting lagi. Hoh?

Nak aje aku nangis masa tu. Emosi sungguh. Sampai hati tak bawak aku makan kat luar. Dah lah harijadi kot. Hahahahahahah. 

Terus rasa kalau dad ada sini mesti dah lama dia ajak aku makan kat hotel. Ya Allah. Nampak tak, hasutan syaitan-laknatullah. Nak menjahanamkan rumahtangga ke apa kau nih oooi. Terasa hati to the max masa tu.

Okay. Fine. Dia busy. Weekend kan ada. Aaaalaa ape lah sangat nak sambut tua tua macam gini. Pujuk hati sendiri lah kenkonon. Dah dah pegi mandi.

Tak sempat aku habis mandi lagi, rupanya husband dah sampai balik. Pastuh paksa aku keluar cepat cepat. Eh dia ini. Memang pantang sungguh masa aku tengah mandi nak dipaksa paksa keluar. Macam lah sebijik aje bilik mandi dalam rumah nih sibuk nak berebut dengan aku ape hal. Eh ini memang buleh mengundang marah. Hahahahahahaha. Tunggu kejap. Aku keluar kita bincang face to face. 

Keluar aje dia takde. Yang sibuk dok goncang pintu macam nak rak tu apesal, poo poo dalam seluar ke apa ntah. Sabar lagi. Aku tukar baju, pastu sibok dia dok panggil aku dari luar macam kena kejar hantu dah kenape.

"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"



Ohemmgeee! Bee, u bought that for me? Seriously? Hahahahahaa. Berdekah dekah aku gelak bila tengok dia terkial kial ubah cake tu dari sofa ke meja sebab takut cair dengan candle bagai lagik. Patut lah beriya paksa aku takut tak sempat. Kesian.

Kecik aje ice cream cake nye. Tak payah lah tamak yer. Dua ekor orang aje pon dalam rumah nih.
 
And taadaaaaaaa....


30-05-2013

Muka gila sememeh. Tak sempat aku nak bedak ke apa. Dah nama pon surprise dalam keterpaksaan kan. Pastuh aku siap bebel nanti foto tak elok sebab tak pakai lipstick. Payah betui nak satisfied pompuan sorang nih kot. Hahahahahaha. Maka layan lah muka sembab bangun tido merajuk dan lepas mandi tapi gembira akhirnya ekslusif hanya dalam belog aku.

Potong cake, tangkap gambar syok sesama sendiri, gelak gelak macam orang pagal, pastuh dia bawak keluar satu demi satu hadiah. Ya Allah. Berdosanya aku syak wasangka dengan husband sendiri. Rupanya gigih dia pegi beli hadiah aku sorok merata tempat dari office sampai ke rumah, dalam bilik ketiga bawah katil tepi kotak. Mak aaih.

Mana aku nak pegi carik sampai situ tak semena mena kot. Hahahahah. Lagipon seminggu dua yang lepas memang aku tak bape sihat sangat. Of course lah aku mintak ampun maaf dari hujung rambut sampai tumit kaki sebab takut jadik isteri derhaka kan. Huhuhuhuhu. 

Malam.

Takkan nak makan cake aje kot. Friday pulak dia cuti. Aku pulak tak masak sebab merajuk pagi takdi. Hahahaha. Kitaorang pegi makan makan di Ben's Publika sebab malas nak keuar jauh jauh sebab hujan lebat. Lagipon aku tak pernah lagi pegi makan situ. Kesian tak?  

Maka hari itu tidurlah aku dalam keriangan. Hadiah yang dihajati lima ratus tahun lamanya sudah digenggami. Kahkahkahkahkah

_______________________________________________________________________________

Eh dah pagi la. Harijadi dah habis. Kena tunggu tahun depan pulak. Sumpah itu yang aku fikir bila bukak mata. Hahahahaha. Keji.

Breakfast pungg pangg pungg pangg, husband cakap nak pegi solat Jumaat dekat rumah di masjid wilayah aje. Pastuh dia suruh aku siap siap nanti terus keluar lunch. Eh? Nak keluar ke kita? Selalunya kalau ke masjid wilayah aku akan suruh dia belikan aje nasik biryani gam yang sedap tepi masjid tuh. Tapi taknak katanya. Nak makan luar jugak. Dah kenapa?

Uolss

Sebab harini kan official opening di JStore Jovian Mandagie. Oooooohhhhhh. Nyumnyumnyum please.

Why so sweet? Dia tahu memang aku dah lama dok meroyan nak pegi sini.

Kitaorang lunch di Devi's aje sebab senang nak ke JStore nanti tak payah fikir panjang. Tak senang aku nak telan nasik dengan crab curry dia yang super ohhsome itu sebab asyik terfikir akan Jovian. Eh.


Sampai JStore, lega tak ramai sangat. Kalau aku pegi awal tadi, siap kena beratur luar. Buleh masuk dua puluh orang dulu. Yang lain kena tunggu. 

Tadi nasib kitaorang baik sesangat ( kitaorang ke aku? hehehe ) parking pon senang. Allah makbulkan jugak doa aku  :)

Dalam sibuk sibuk dok pilih baju kat tingkat atas, tetibe Jovian datang dari belakang. Melting mak nokz.  Melting gila. Muahahahahahaha. Aku kan pantang begitu. ( sila rujuk gambarajah di atas sambil habiskan ayat tadi. )

Sembang sembang kejap. Jov cakap, ( cheh..dan dan panggil Jov apesal kau ) aku sesuai pakai S size aje, kalau M akan jadi seperti kelambu di awangan. Hahahahahaha

S pon S lah. I redha Jov..

Pre Order untuk Jovian Orked Raya pon dah awal awal tempah hari tu. Bulan depan baru dapat. Tak sabarnya. Ini Jovian RTW limited edition. Kalau aku tak beli yang ini entah bila lah akan berjodoh lagi. Haruslah aku tidak sesekali akan mengambil risiko akan perhubungan kecintaan ini kaaannnnnn.



Thank you darling husband :)


So malam nih, kitaorang lepak lepak kat rumah, nak masak sesama dan habiskan saki baki chocolate ice cream itu bersama sambil menonton dvd. 


Alhamdulillah. Simple celebration, but big in quality. Takkan lupa sampai bebila.


Tuesday, May 28, 2013

Mengidam tak tentu hala


I memang pantang..

Pantang terdengar makanan yang lama tak makan, jam itu jugak rasa nak lompat pegi carik. 
Kalau hormone tengah betul, memang akan masak sedaya upaya lah ye. 

Kalau mai hormone tak seimbang rasa nak makan orang, jangan harap lah nak masak tetiap hari.
Bergulung aku atas katil sambil sapu minyak panas atas perut. 

Kesian kot?

Nak nak lagi, kalau kat KL nak makan itu ini, gasak masak sendiri lah yer. Jangan nak overrrr please.

Maka satu hari pada minggu lalu, terjadi lah kejadian nak memakan curry mee sesangat. Selalunya kitaorang akan ke Little Penang aje. Tapi hari itu, aku agak menjadi ganjil tak semena mena tak nak pegi pulak. Hahahaha..

Maka, masak lah kami curry mee seadanya kat rumah.

Dan dan itu jugak ajak sang suami carik barang kat Tesco sebab nak masak tak sabar sabar.. Sebenarnya tak lah susah mana nak masak dia nih. Barang barang pon yang simple simple aje.

Yang penting kena ada rempah kari, fishcake, fishball, isi ayam, udang, tofu kering, bokchoy, taugeh dua dua nih kena celur aje.. Pastuh cili kering yang digoreng untuk sambal dia.. Taaadaaaa siap I tell you..

Dapat makan sorang dua kali, memang masak sikit aje sebab nak test market dulu kot. Naseb baik memang mejadik. Kalau tidak, siap kena tadah telinga seminggu. Dah laa orang tu pon bukan pemakan mee yang tegar kan. Hahahahaha..

Yang penting, sangat senang dan tak leceh.. Pudding pon sama. Masak, simpan fridge bagi sejuk..pastu cedok masuk molot masing masing. 

Masa tengah puasa hari tu tak teringat nak buat pulak. Tapi kalau puasa, mee memang kurang lah kot ye? Nasik jugak yang menjadi dambaan qolbu. Tapi pudding memang wajib haddooo :)

Uolss..


Baju di pagi Syawal bertema apa tahun nih? Hahahahaha. Mentang mentang dia dah siap beli kot?


Jeng je jenggg sangat..

Friday, May 17, 2013

Somewhere over the rainbow..

..someday i'll wish upon a star
And wake up where the clouds are far
Behind me.
Where troubles melts like lemon drops
Away above the chimney tops
That's where you'll find me.

Ewah T__T


Kalau hari hari bekerja memang jaranglah dapat berbuka puasa kat luar. Tapi semalam saya adalah lucky. Habis hati lah dapat makan rainbow cake nih. Dari tengahari dah bercita cita nak makan cake masa berbuka nanti. Nasik memang dah tak buleh jalan laa. Lagipon sebab awal awal The other Half itu dah cakap dia  tak busy bila petang, jadik buleh la buka puasa luar. Maka lagi tinggi lah aku membina cita cita.

Tapi kami tak pegi jauh sangat pon, ke Wondermilk Publika belakang rumah saje. Selain dari dapat makan cuppies yang sedap sedap, dapat jugak kami belasah burger dia yang heaaavennnnn itu. Baru tiga kali aje aku pegi wondermilk nih walaupon dekat dengan rumah. Itu pon bila mai angin tak betul menggelupur nak makan cake dalam jar. Sakai.


Kami berbuka dengan super cheese burger, ultimate burger, sebalang cake dan empat biji cuppies yang tak sempat nak tangkap gambar sebab kecik kecik aje sekali aku telan dah habis langsai segala. Ha ha ha. Cuppies dia memang comel comel dan manis cukup sempurna untuk tekak aku. Beef patties dia pulak sedap, padat, rasa daging dengan herbs yang sangat fresh, dan garing luarbiasa disamping cheese yang melimpah ruah dan roti yang dibakar. Haaisshhhh. Licin aku sapu semuanya lepas tuh baru teringat nak hitung calories. Dah takde maknanya ooi. Dusshhhh! Yang tinggal hanyalah sedikit fries dan saki baki iced mocha itupon sebab dah takde ruang nak disumbat. 


Nih ultimate super burger sang suami. Dia cakap sedap jugak. Tapi aku rasa best lagi cheese burger aku sebab patties dia macam ada extra herbs yang sedap dan wangi. Yang penting cheese dia memang sempoi habis. 

Hari ni ada satu balang lagi rainbow cake untuk dibelasah. Tapi masih tak masak jugak, sebab sedang sibuk dengan laundry yang tak berkesudahan. Closet pon lagi sikit dah nak rupa sundel bolong nokz. Hahahaahaha. Jadi hari ni kena siapkan kain baju tuh. Minggu depan buleh fokus bab masak memasak nih dengan hati yang tenang sambil merancang masa depan :) 

Masih takde idea nak berbuka apa petang nih. Kebab pon banyak dalam freezer sebab makan waktu sahur aje. 


Terus teringat lamb shawarma yang kitaorang tapau masa kat Mornington Crescent dulu. Okay. Tetibe.


Ikut hati dapat sedas burger lagi pon takpe. Tapi takmau ikut hati lah kan. Kesian aku. Nak makan pon buleh jadik stress kot.


Okay. Dah.