Bila wifey menjadi rajin berkobar kobar, maka terhasil lah nasi goreng butter dan daging di satu pagi yang indah. Dari malam lagi dah bersemangat nak memakan nasi goreng buatan tangan sendiri.
Selepas kejadian nasi goreng di pagi hari, maka wifey memasak lagi untuk makan tengahari pulak sebab terasa sangat malas mahu bersantap dan berjalan jalan di luar. Hoh? Apakah sihat wifey waktu itu? Suami berasa sangat luar biasa bila wifey tiba tiba menjadi malas untuk berkeluar-keluaran di kala hujung minggu.
Maka masak-lah wifey itu dengan juadah juadah yang senang senang dan sedap sedap belaka. Cheh. Bila terdengar juadah juadah, terasa bagai 14 jenis hidangan padahal boley dikira sambil tutup mata aje pon. Kecoh lebih kan maklumlah mood memasak mengatasi segala gala. Kau ada?


Ini adelah minggu yang penting dalam fasa kehidupan saya. Minggu depan juga. Minggu yang akan datang juga. Minggu akhir itu pon juga. Wow.Wow. May adelah sangat memberi makna kepada saya tahun ini. Semoga dipermudahkan segala gala. Amen.
Selamat datang May bulan chinta.
No comments:
Post a Comment