Thursday, May 19, 2011

Wifey's baked rice

Sadis kan. Rice tak nampak wajah pon, yang jelas kelihatan hanyalah ayam ayam dan ayam ayam sahaja. Selain dari itu, terdapat juga holland potato, carrot, raisins dan lemond di dalamnya. Tapi harus sabar mencari, sebab mereka pasti tersembunyi di sebalik ayam ayam berkenaan juga. Ha ha ha. Hubby semestinya sangat suka lah kalau menu cengini.

Sepatutnye ade cheese topping, tapi memandangkan ini adelah recipe terdesak oleh wifey yang juga terdesak untuk memasak cepat cepat, maka letak lah ape saja yang ada dan boleh dicapai dalam fridge itu. Hujung minggu kiter cari lain. Lagipun, tak larat lah nak berdiri lama lama. Tanda tanda berat semakin menjunam naik kot? Heh ape kau merapu ni? Ha ha

Makan bersama garden salad dan juga yogurt. Kalau rajin buat lah salsa salad. Aku malas. So tak payah bincang panjang.

Okay weekend kelak nak buat apa? Saya teringin nak men-tonton Nur Kasih The Movie. Dulu sangat rajin mengikut drama tersebut sambil memasak untuk berbuka puasa. Harap harap ada english subtitles, so senang nak ajak hubby hadap movie nih sekali. Kalau takde, hadap gambar aje lah disamping sekerat dua ayat yang dia faham. Ha ha ha.

Oh ya saya juga telah men-tonton Insidious. Gile gerun punye movie. Betul tak tipu. Bukan sebab aku penakut, tapi hakikatnye memang meremang segala gala. Tak rugi rasa beli Dvd nih. Selalunye kalau movie lain, mesti aku rasa macam menyesal lepas tengok. Tapi ini tidak. Perasaan yang boleh dibawa sampai ke tido. Berani? Sumpah aku tak tengok kalau sensorang kat rumah.


Minggu depan ibu bapa nak berkunjung. Yay tak sabar yay! Boleh kirim jeruk buah salak dan acar buah. Tekak sangat teringin nak makan woo!

winks&smiles!

No comments:

Post a Comment