Monday, August 8, 2011

10 days to go

during our wedding reception, Sunway Hotel


1.Saya akan kembali mengingati sesuatu yang tak pernah saya lupakan sampai bila bila.

2.Saya akan kembali merasakan menjadi pengantin baru semalam. wah??

3.Eh kurusnye saya masa neh? Maaf lah muka terpaksa di-edit bersesuaian dengan faktor peribadi dan sekeliling :)

4. Tema masa tu adelah royal gold. Saya bagi penghargaan special untuk dad sebab dia tersangatlah suka akan warna nih walaupon hakikatnye saya kurang menggemari-nye. Jadi kerana kasih sayang yang melimpah ruah, saya mahu menjadi puteri yang paling cantik di mata daddy pada hari tersebut. Dad sangat gembira sampai nanges :) Yang paling penting, hajat nak pakai veil panjang tetap tercapai nokz. Ha ha ha.

5. Resepsi perkahwinan kami diadakan sehari selepas majlis nikah, dua hari selepas majlis berinai dan beberape hari sebelum Siti dan Dato K pulak naik pelamin.

6. Kami selamat dinikahkan sehari sebelum resepsi, pukul 5 petang waktu penang tempatan. Ha ha. Bersesak sesak jugak sedara mara dan kawan kawan yang datang, sebab kebanyakkannye pertama kali mahu melihat wajah si putera yang berjaya menambat hati puteri tunggal itu. Cheh. Ayat tak buleh blah.

Sekali lafaz :)

7. Hantaran perkahwinan RM10,000 dengan mas kahwin RM1111.11 bersama sebentuk cincin dan persalinan, berserta 7 dulang berbalas 9 bekas hantaran. Takde simbolik ape ape bagi saya, cuma itu adelah pemberian pertama dari suami.

8. Lafaz nikah dalam bahasa melayu, walaupun diberi pilihan masa tu, buleh dalam English jugak. Tapi dengan terer-nye, si suami nekad nak jugak bahasa melayu. Naseb baik senafas. Kalau tak, cair make up wifey dalam bilik nokz. Ha ha ha

9. Kami berkenalan pada May 2003, masa di uni. Takde tunang tunang, lepas dapat green light, dad suruh kawen kalau berani. Hahahahaha! Hubby melamar saya di hadapan ibubapa masa makan malam 14th February di Equatorial, penang dengan sebentuk cincin. Terer kan dia?? :D

10. Sekarang saya tengah menghitung hari mahu menyambut kedatangan hari bahagia itu lagi. Alhamdulillah. Syukur.

I love you bee!

2 comments:

  1. cepatnya masa brlalu kan sha..moga kekal bahagia hingga akhir hayat n brtambah berseri dgn "org baru" cepat2 ya

    ReplyDelete