Monday, August 22, 2011

Only-rambang

1. Sudah mula mengemas berbag bag macam nak balik raya bertahun padahal sejemput cuma. Ha ha. Diramalkan aktiviti menyimpan dan memunggah kain baju akan berterusan sehingga ke pagi Khamis. Harap harap takde baju raya yang tercicir macam tahun sudah, kalau tidak musti sentap empat puluh lapan jam.

2.Petang kelak ketibaan ibubapa. Ya be da be dooo! Mahu memasak biryani lagi untuk mereka. Diaorang cakap nasi biryani saya adelah yang terbaek :) Dad suruh masak masa hari raya nanti? Mak aaihh baju raya saya berbau biryani lah dad..

3. Sangat menjadi tidak sabar menunggu kedatangan hari Khamis. Pertama adelah karena mahu pulang ke kampung halaman setelah sekian lama. Cheh. Macam berkurun tak tengok penang..walauuponnnn. Dah kedua adelah karena merupakan cycle terakhir injection yang gitu gitu. Ha ha. Tersangat gembira, teruja dan tak sangka masa begitu berterbangan laju. Semoga dipermudahkan segala gala nanti. Yeah bring it on! We are ready insyaallah :)

4. Weekend lepas darling hubby telah mengiringi saya ke masjid india yang tersangat sesak dengan mahkluk Allah sampai masing masing seakan akan bermandi peluh. Thank you bee, mana lah nak dapat suami yang paling best di dunia macam you?Terus timbul rasa terlebih sayang. Hanya berbekalkan 100 plus aje kitaorang tawaf dari Sogo sampai penghujung jalan tar. Balik singgah Insaf, tapau biryani ayam goreng yang superb itu pulak. Sampai rumah masing masing lembik dan lunyai. Tapi aku tido sambil senyum lah sebab dah dapat barang yang dihajati.

5. Ahad lepas birthday dad yang ke 62. Semoga Allah panjangkan umur dad, murahkan rezeki selalu dan lindungi dad dari keburukan dan kejahatan duniawi. Kami telah sepakat membeli hadiah yang paling lain dari yang lain, idea asal adelah dari darling hubby. Tak sabar nak bagi dad. Mesti meriah nokz. Aku pulak yang terlebih suka.

6. Balik penang aka raya nanti mahu menghadap ketupat palas yang mom buat sepuas hati sebab tersangat lembut, lemak dan sedap tak terkira dan yang penting tak ade kacang, rendang pedas daging batang pinang, ayam masak merah, dodol, wajik dan lain lain yang sewaktu dengannye. Teringat bff saya yang tibe tibe teringin akan ketupat periuk kera. Terkekeh kekeh aku ketawa sensorang bile pertama kali dengar nama ketupat cengitu. Nak nak bila buli hubby suruh sebut. Gelak guling kitaorang. Harap harap dia dapat species ketupat yang dicarik. Buleh jugak aku tumpang sekaki merasa ape yang patot nanti. Ha ha

7. I love my darling hubby so much. Dia membuatkan saya sentiasa rasa glowing setiap hari. Eh tak tanya pon? Okay. Point rambang yang bakal melalut bebila masa.

8. Mengingati hollymoon kami ke Australia telah membuatkan saya semakin gediks. Tiap tiap malam nak bincang pasal Aussie. Tiap tiap malam google kan photo photo yang mencabar diri sendiri untuk menjadi sangat sexcited. Laaaa..aktiviti hubby wifey yang sangat comel.

9. Mom tanye nak duet raya ke nak hadiah raya? Jawapan yang tak mampu lagi aku jawab hingga ke hari ini. Tension okeh tension. Terus 'pose muka tamak haloba' Ha ha ha

10. Baiklah. Terima kasih kerana bersusah payah men-log in dan membaca enty rambang jiwa dan raga ini. Jadi sebagai hadiah, hadap lah photo yang tidak wajib tayang langsung dan berisiko membawa kepada keadaan penyesalan teramat.

tragedi satu malan di bulan puasa- Suria klcc


Hati sedang berbahagia. Semoga Allah permudahkan segalanya. Amen.

3 comments:

  1. wahh sash,hati sedang berbahagia,semua nya indah belaka,..best best ...best la dpt beray asakan,mcm kami ni,hmm tunggu giliran 2014 la pulak utk beraya,..thun lepas dh dpt coti raya,thun ni dok diam buat keja je laaa huhu....sabaq je la ....best ar depa balik penang....

    ReplyDelete
  2. 2014?? lamanye. u keje mana ek? kepoh nak tau. hahahah. takde la raya sakan mana pon, kira blk kg mkn ketupat dah cukup membahagiakan jiwa raga. ha ha ha

    ReplyDelete