Wednesday, June 20, 2012

Can't think of a catchy title

Assalammualaikum

Halo dahhlingg suma! Meh sini, cikgu nak bagi recipe lagi. Ececeh. Seperti biasa kalau mood tengah baik maka hati pon akan turut menjadi baik lalu mahu mengajar memasak lagi dan lagi, dengan tidak semena mena. Ekceli kalau mood tak berapa nak elok pon hati tetap bajet baik punye lah kalau cakap pasal makan. Ha ha ha. 

Ade kawan bertanya, belog engkau nih bercirikan apa sash? Kadang kadang tiap tiap hari asyik makaaan manjang, kadang kadang jalaaaan manjang. Baiklah, belog aku ini memang tak bercirikan apa apa buat masa sekarang, sebab aku memang layan entry apa sahaje. Santai hokey santai. Kalau esok esok nanti tak tahulah kan, mungkin akan bercirikan keibubapaan ke, atau ke-baby baby-an ke. Fitrah lah hati dan minda manusia kadang kadang berubah ubah :)) Tapi buat masa sekarang layan lah dulu apa yang haddooo..

Baik.

First time dalam sejarah perkahwinan, cik puan besaq baru nak belajar masak kari ikan. Orang utara cakap masak gulai. Sama aje, kalau jadi.... sedap lah kari engkau, kalau tak jadi... gasaklah curi curi buang ikut pintu belakang. Hahahaha

Recipe turun temurun keluarga. Arwah nenek memang pandai masak, recipe nih tak penah luput sampailah ke generasi kami. Harap harap dapatlah belajar banyak lagi dengan mom nanti. Memang banyak recipe dengan dia, cuma aku ajar pemalas tak buleh blah bila balik penang. Meraaayaaap aje kejenye.

Kari Ikan ala Penang terbaik punye. cheh cheh. kasi up sket.

*Bawang merah- 3ulas
*Bawang putih - 2 ulas
*Halba campur- 1 sudu
*Daun kari
Curry powder
Santan 1/2 kotak tambah sedikit air, jadikan satu cawan.
Cili hijau-2 biji
Cili padi-4 biji
Tomato- separuh biji, dihiris nipis. Masukkan dalam 3-4 hirisan sahaja.
Asam jawa paste, tambahkan sedikit air.

Bahan kisar
Bawang merah - 2 ulas
Bawang putih- 2 ulas

Curry paste
Bahan kisar+ Rempah kari+Cili hijau dipatahkan+Cili padi+Tomato dihiris nipis


Tumis bahan * dengan minyak panas hingga garing. Bila dah agak agak nak terbersin kelak, masukkan pula curry paste tadi. Masak hingga pecah minyak, kiranye konsep di sini mahukan curry paste tadi betul betul masak kalau tak nanti kari engkau akan berbau pahit rempah pulak. Nak masak, biar bersungguh jangan nak ngelat banyak. Tumis hingga pecah minyak seperti di atas :)

Masukkan santan, biarkan sekali mendidih dan masukkan ikan yang masing masing kepingin nak makan. Aku guna ikan kerapu kali nih. Nak kepala bapak ikan pon tak jadi masalah, buleh aje guna recipe yang sama. Lagi malaatopss periuk belanga uols nokzz

Lepas semua dah sebati, curahkan pulak air asam jawa. Kalau di penang, kari ikan selalunye akan rasa masam masam dan pedas. Baru kick hokek. Nak pulak esoknye bila dah panaskan balik, mahu satu rumah engkau berbau kari macam tak buleh blah sangat.. Hahahaaa


Bila dan agak agak nak masak ikan tuh, masukkan garam dan gula secukup rasa. Jangan dilupakan si cili hijau, bendi dan sedikit daun kari bagi memeriah dan mewangikan suasana..


Taadaaaaaaaaaa..siap! Sape cakap susah nak masak, kalau hati nak belajar semua menjadi senang. Nak pulak dah ade orang nak tolong ngajar kan. Contohnye macam sape? Jawah betul dapat hadiah. Heeee publisiti murahan nampak? Ha ha ha ha

Maka, adelah tidak lengkap kalau mahu menmakan kari ini semata mata, jadik mestilah di combokan juga dengan menu menu lain sebagai penambah rasa jiwa dan raga, tak gitu nokz. Sambal belacan ulam kacang botol, masak lemak labu manis dan ikan goreng panas panas.

Tahukan kamu, khususnye kepada para ttcian, makanan yang berkhaziat dan berprotein tinggi adelah penting untuk pembesaran ovum untuk menghadapi minggu ovulasi. Eh eh eh apesal tak semena mena nih? Keluarengkausekarang

Mentang mentang esok nak balik rumah jumpe laki kaaaaaaannnnn... hahahahahaaa















Nih pinggan cik puan besaq yang konon nak makan acah acah aje. Bertambah sampai dua kali setengah sape nak jawah pulak tu?



Selamat memasak dahhlingg ku semua!

Love
-Sash

2 comments:

  1. sgt x tahan dgn kari kepala ikan itu...tp bila tringat masakn aunty mesti tringat trufel dia yg best tu!

    ReplyDelete
  2. Along!! heh hehe. Trifle tu makan masa buka puasa, sejuk tekak kaaann :))

    ReplyDelete