Tuesday, June 19, 2012

Selamat petang menu sihat!


Menu penutup segala entry balik kampung. Bihun hailam campak campak. Bangun tido rasa lapar, selongkar fridge ibubapa, tengok suma buleh kawtim ajak mom buat semangkok bihun hailam nih. Kalau letak lagi banyak sayur lagi sedap, tapi ini aje yang haddoo, jadik lah kan dari tak dapat merasa langsung kalau dah balik Kl nanti.

Petang nih nak pegi carik tudung lagi, nak diangkut balik sana. Lagi banyak aku tengok si bawal tuh, lagi geram rasanye pulak. Selain dari tudung, mom jugak nak bekalkan frozen beef samosa, fruit cake, dan rempah ratus untuk dibuat memasak semasa bulan Ramadan nanti. Ini dah kira macam bekal pre ramadan aje kot. Sebabnye sebelum puasa memang kami akan balik sini lagi untuk sama sama memeriahkan suasana gitteww :))


Breakfast pagi tadik yang membawa kenyang dan tido berkali kali. Nasi lemak, daging masak kicap, sambal udang, telur dadar. Sempurna untuk si gemuk ini. Hahahahahahaa


Jumpa lagi Penang. Halo Kuala Lumpur. 


Hujung minggu depan langkah panjang lagi lah haku Yeahoooo :)))

No comments:

Post a Comment