Wednesday, June 29, 2011

Day Six

First day in pantai. Chocolate chip aje yang membuka selera. Sebab senang minum, tak payah nak kunyah lama lama. Masa neh semua rasa sakit dan sangat tidak selesa.



1. Semalam akhirnye dapat juga keluar pegi makan chicken mandy di Hadramawt. Best. Walaupun tak habis licin macam selalu, tapi dapat jugak bertukar selera.

2. Sudah boley ber-catwalk dengan bangganye sekeliling rumah macam selalu selalu.

3. Rasa rasanye dah boley drive jugak kot. Nanti petang nak test market lah. Heh heh.

4. Perot dah boley diisi dengan makanan yang sedap. Walaupun tak boley makan banyak banyak lagi sebab cepat rasa penuh dan padat lain macam.

5. Esok first appointment after op. Teruja lain macam sebab dah lama tak keluar jauh jauh. Walaupun ke pantai pon dah boley membuatkan hati aku menjadi girang! Kah kah kah.

6. Masih tidak berhenti berharap agar dapat memakai semula jegging Levi's size 28 itu. Insyaallah soooooon.

7. Seronok sebab dapat luangkan banyak masa dengan orang orang yang saya sayang di rumah.

8. Teringin nak makan curry mee di Lil'Penang. Tapi agak mustahil sebab banyak sangat pantang larang mak mak orang neh. Haaaihh.

9. Tak perlukan painkiller lagi. Bangga wehh!

10. Sangat sangat bersyukur. Bersusah susah dahulu, moga dapat bersenang senangan di kemudian hari :)




winks&smiles!

Monday, June 27, 2011

Day Four

June 23rd. Akan saya ingat sampai bila bila :)



Sudah boley berjalan cepat cepat.

Sudah boley tido mengiring ke kanan dan kiri.

Sudah boley bangun sendiri tanpa bantuan suami dan mom.

Sudah boley makan nasi hampir separuh.

Sudah rasa segar. Leher, bahu, pinggang, tekak dah okay sangat. Macam magic.

Sudah boley mencuci rambut sendiri dengan syampoo kesukaan.

Sudah boley tido lambat dan bangun awal dan tidak lagi memerlukan tido di petang hari.

Sudah boley pakai lipstick dan foundation. wow!

Sudah boley membuat minuman untuk diri sendiri.

Sudah boley mengemas sedikit dan melipat baju :)

Sudah boley duduk dan berdiri dengan tegak.

Sudah boley berblog dan berfb.

Sudah boley minum petang di bangsar village tadi. Heh heh.

..
..
..

Sudah mula berfikir untuk berfoya foya.. eh..??


Okay lah itu aje untuk hari keempat. Bersambung bile perlu kelak.




winks&smiles!

Wednesday, June 22, 2011

Bittersweet

Dear Allah, please give me strength both spiritually and physically to do this.

Will be away for a few days, insyaallah panjang umur dan ader rezeki jumpe lagi. Doakan yang terbaik :)





-wifey-

Monday, June 13, 2011

Welcome back


Sedang sakit melawan kesakitan. Welcome back fever and tonsillitis. I hate chu badly! Baring pun sakit, tak baring lagi sakit. Semua sistem badan dah macam tak berfungsi dengan normal. Semalam tak boley tido bila rasa nak demam tiba tiba. Mula mula sakit tekak sikit aje, lepas tuh batuk batuk, nah akhir sekali satu package aku dapat. Lepas balik clinic, macam tak sabar sabar nak telan aje semua ubat yang doctor bagi. Baru dua bulan lepas saya pegi jumpa dia. Iyer masalah yang sama. Dia cakap kalau jadi lagi tiap tiap bulan boleh lah seriously consider untuk buang aje tonsils tu. Tak guna simpan kalau menjadi beban kekdahnya.

Sanggup ke kakak? Macam macam surgery tengah menanti neh. Haaih. Ya Allah, kuatkan lah hambamu ini. Jangan lah Kau beri aku dugaan yang tidak mampu untuk dipikul.

Itu adalah luahan hati lepas makan ubat. Baiklah. Sekarang boley mula menangis.

Friday, June 10, 2011

cerita orang pulau

.. from Venice with love, eh silap from padang kota aje nokz. tersasasasul okeh. Ape kabar Venice agaknye? Salah satu kenangan terindah kami jugak :)


Assalammualaikum

Halo Malaysia!

Halo everybody!

Hoih lamanye tak ber-blog panjang. Asyik asyik tempek gambar. Asyik asyik gambar hollymoon. Hep??

Tak ke mana mana pon, balik kampung pun berape hari kerat aje. Tapi letih ya rabbi. Apsal ramai sangat rakyat jelata neh? Tak semena mena dari Kl ke penang sampai 5 jam aku dalam kereta sampai fening. Naseb baik balik dari sana naik flight, kalau tak mesti meroyan jiwa lagi. Memang tak sanggup, lain lah kalau bercuti lama kat sana. Sempat jugak hilang penat. Cheh. Macam lah ape sangat, 5 jam pon kau nak kecoh. Mahu tak hangin, aku jarang balik naik kereta. Sekali sesak teruk cengitu. Nak ke tandas pun jangan harap boley sewenang wenangnya. Naseb baik tak cherry berry nokz. Ha ha ha.

Tapi memandangkan kat kampung halaman dapat hadap makan yang sedap sedap, terus saya menjadi alpa. Bukan selalu kan. Sampai sana dah lewat petang, terus dad bawak pegi makan nasi kandar beratur di bagan. Tido sambil senyum lah kami malam tuh.

Salak gula batu. Gila lama tak makan makcik neh.


Ini lah penyebab aku menonong balik 4 hari aje ke penang dengan ibubapa hari tuh. Kecur air liur tiap tiap hari kalau fikir pasal jeruk. Kat kl pernah beli sekali aje, rasa memang lain sesangat, tak sempat habis dah tersedak sedak cik puan sampai keluar air mata. Yang di kampung halaman memang tak sama, sebab diaorang jerukkan dengan gula batu. Cengitu lah yang menawan hati saya. Ratah sampai lupa diri pun boley. Kau kesah?

Dan ini pula? Tak payah lah cerita. Unsur unsur kegembiraan suami isteri. Heh heh.

Insyaallah sebelum ramadan nanti nak balik lagi. Boleh lama lama siket. Sebab hujung hujung puasa baru nak balik beraya terus kan. Eh, dah tak lama rupanya nak sambut puasa lagi? Rasa macam baru aje sibuk memasak bagai nak berbuka. Pastu kejar kejar pegi bazar ramadan cari nasi kerabu. -Senyum sorang sorang-

Puasa pun tak habis berbayar lagi. Baju raya sudah sudah siap kah? Kah kah kah. Kan dah kecoh. Saya dah pilih warna tema tahun neh. Warna apa? Biarlah roohsiaa gitu.

Baiklah tak mahu melalut panjang panjang kelak merugikan masa. Mari mensidai pakaian sekarang. Lepas tuh boley mimpi yang indah indah belaka.


winks&smiles!

Monday, June 6, 2011

September 2011



Apa neh? Ape neh? Apsal cik puan besar telah kembali gumbira bagai sejak dua menjak? Motif sangatkan. Tetap nak hadap jugak dalam blog walaupun lambat lagi. Kau ade?? Okeh, mesti rasa macam nak log off pastu terus berperasaan tak mau baca kan. Kah kah kah!! Gurau tu gurau. Takpe, nanti kita boleh bincang. Alaah, macam kau tak biasa. Nak nak kalau pasal tempat aku tak penah pegi. Lagi panjang lebar alkisahnye. Sabar aje nokz.

Eh tapikan, memang sexcited, woops??? sangat bila saya fikir fikir pasal september. Sumpah tak penah jejak ke situ lagi seumur hidup.

Insyaallah, september nanti akan menjadi saksi satu lagi kisah cinta kami di situ. Ececeh ;)


-wifey polos signed out-

Friday, June 3, 2011

ikea.com

satu petang di Ikano sebelum pulang ke kampung halaman. yay!


winks&smiles!