Friday, June 10, 2011

cerita orang pulau

.. from Venice with love, eh silap from padang kota aje nokz. tersasasasul okeh. Ape kabar Venice agaknye? Salah satu kenangan terindah kami jugak :)


Assalammualaikum

Halo Malaysia!

Halo everybody!

Hoih lamanye tak ber-blog panjang. Asyik asyik tempek gambar. Asyik asyik gambar hollymoon. Hep??

Tak ke mana mana pon, balik kampung pun berape hari kerat aje. Tapi letih ya rabbi. Apsal ramai sangat rakyat jelata neh? Tak semena mena dari Kl ke penang sampai 5 jam aku dalam kereta sampai fening. Naseb baik balik dari sana naik flight, kalau tak mesti meroyan jiwa lagi. Memang tak sanggup, lain lah kalau bercuti lama kat sana. Sempat jugak hilang penat. Cheh. Macam lah ape sangat, 5 jam pon kau nak kecoh. Mahu tak hangin, aku jarang balik naik kereta. Sekali sesak teruk cengitu. Nak ke tandas pun jangan harap boley sewenang wenangnya. Naseb baik tak cherry berry nokz. Ha ha ha.

Tapi memandangkan kat kampung halaman dapat hadap makan yang sedap sedap, terus saya menjadi alpa. Bukan selalu kan. Sampai sana dah lewat petang, terus dad bawak pegi makan nasi kandar beratur di bagan. Tido sambil senyum lah kami malam tuh.

Salak gula batu. Gila lama tak makan makcik neh.


Ini lah penyebab aku menonong balik 4 hari aje ke penang dengan ibubapa hari tuh. Kecur air liur tiap tiap hari kalau fikir pasal jeruk. Kat kl pernah beli sekali aje, rasa memang lain sesangat, tak sempat habis dah tersedak sedak cik puan sampai keluar air mata. Yang di kampung halaman memang tak sama, sebab diaorang jerukkan dengan gula batu. Cengitu lah yang menawan hati saya. Ratah sampai lupa diri pun boley. Kau kesah?

Dan ini pula? Tak payah lah cerita. Unsur unsur kegembiraan suami isteri. Heh heh.

Insyaallah sebelum ramadan nanti nak balik lagi. Boleh lama lama siket. Sebab hujung hujung puasa baru nak balik beraya terus kan. Eh, dah tak lama rupanya nak sambut puasa lagi? Rasa macam baru aje sibuk memasak bagai nak berbuka. Pastu kejar kejar pegi bazar ramadan cari nasi kerabu. -Senyum sorang sorang-

Puasa pun tak habis berbayar lagi. Baju raya sudah sudah siap kah? Kah kah kah. Kan dah kecoh. Saya dah pilih warna tema tahun neh. Warna apa? Biarlah roohsiaa gitu.

Baiklah tak mahu melalut panjang panjang kelak merugikan masa. Mari mensidai pakaian sekarang. Lepas tuh boley mimpi yang indah indah belaka.


winks&smiles!

No comments:

Post a Comment