Wednesday, August 31, 2011

Exclusive





pagi raya 2011..

Motif mensidai wajah polos di hari raya?? Ini adelah entry malas tapi sexcited, eh?? Jumpe lagi di lain siaran bile perlu.

Jom sambung kira duet raya nokz.. ha ha ha ha ha

Selamat hari raya semua!

Winks&smiles!

Sunday, August 28, 2011

عيد مبارك

Syawal 2010

Selamat hari raya kepada seluruh muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah. Diharap Syawal kali ini memberi seribu warna kegembiraan dan kenikmatan buat semua. Semoga segala amalan dan ibadah kita di bulan Ramadan kali ini diterima oleh Allah swt hendaknya. Mari sama sama meraikan lebaran dengan penuh kesyukuran.

Itu ucapan skema.

Sekarang ucapan yang kurang skema pulak.


Heh heh.

Haloo uols, cik puan besar nak ucapkan Eid Mubarak kepada semua di mana saje yang menyambut Aidilfitri. Maafkan sekiranya ada tersalah dan terkasar bahasa, tercarut lebih dan kurang, terkeji kadang kadang.. ha ha, sangat sangat lah tidak disengajakan. Anggap aje lah entry sebegitu adelah sekadar hiburan berprofil tinggi semata mata. Nampak aje kegediks-kan terlampau kenkadang tuh, tapi dalam hati tetap suci uolss... Ha ha.

Ramadan yang mulia pasti akan dirindui selalu, kalau diizinkanNya insyaallah akan bertemu lagi tahun hadapan. Syawal yang bakal menjelang tiba diharap membawa kenangan yang terindah di dalam hidup kita semua.

Jangan sedih sedih, hapuslah air matamu bagi yang terpaksa berkirja di pagi raya, berjauhan dengan family, yang berada di perantauan, yang terpaksa balik rumah mertua dulu.. ha ha yang takde size kasut raya dan seangkatan dengannya lah, chillax chillax okay. Semua tuh duniawi semata mata, hahahaha kalau kena batang hidung sendiri baru padan muka kan? Gurau tu gurau. Walau di mana sahaja syawal disambut kali ini, semoga bersederhana selalu dan berhati hati di jalan raya okies. Ingatlah orang orang yang tersayang!


Selamat Hari Raya Aidilfitri dan kami sekeluarga, Maaf Zahir & Batin!


Penang, 23:53 (baru lepas menganyam daun palas untuk buat ketupat esok hari. cheh.. )

Friday, August 26, 2011

Paling sedap please

Butter cornflakes Aidilfitri


Dalam banyak banyak cookies yang aku makan, mom punyer jugak yang paling bestestest. Walaupun takde bentuk bunga ke happa....tapi rasa memang tak penah berubah dari dulu dulu. Wangi, crunchy, rasa butter yang menusuk jiwa raga. Tiap tiap tahun mesti ada. Tiap tiap tahun jugak mesti kena buat lebih sebab kawan kawan semua pakat nak tapau bawak balik macam tak malu sangat. Hahahahaha. Evergreen okeh.

Sudah selamat sampai ke kampung halaman petang semalam. Jalan takde lah sesak sangat pon, sebab tu kitaorang cabut awal tak nak tunggu sampai weekend. Lagipon weekend dad sudah janji mahu membawa anak menantu men-makan besar di penang. Tradisi tiap tiap tahun di bulan puase, tapi memandangkan hujung puase baru dapat peluang berjumpa ibubapa ( sedih tapi happy bila tang ayat neh..) maka terlambat lah sikit dari biasa.

Jumpa lagi. Eh cepatnye, entry malas ke ape neh? Bila kat sini rasa masa sangat berkejar kejaran ntah kenape. Ker sebab aku yang bangun dah tengahari buta sampai tak rasa suasana pagi macam mana? Ha ha ha

Nak sambung belek kueh raya mom kejap lah :)


winks&smiles!

Monday, August 22, 2011

Only-rambang

1. Sudah mula mengemas berbag bag macam nak balik raya bertahun padahal sejemput cuma. Ha ha. Diramalkan aktiviti menyimpan dan memunggah kain baju akan berterusan sehingga ke pagi Khamis. Harap harap takde baju raya yang tercicir macam tahun sudah, kalau tidak musti sentap empat puluh lapan jam.

2.Petang kelak ketibaan ibubapa. Ya be da be dooo! Mahu memasak biryani lagi untuk mereka. Diaorang cakap nasi biryani saya adelah yang terbaek :) Dad suruh masak masa hari raya nanti? Mak aaihh baju raya saya berbau biryani lah dad..

3. Sangat menjadi tidak sabar menunggu kedatangan hari Khamis. Pertama adelah karena mahu pulang ke kampung halaman setelah sekian lama. Cheh. Macam berkurun tak tengok penang..walauuponnnn. Dah kedua adelah karena merupakan cycle terakhir injection yang gitu gitu. Ha ha. Tersangat gembira, teruja dan tak sangka masa begitu berterbangan laju. Semoga dipermudahkan segala gala nanti. Yeah bring it on! We are ready insyaallah :)

4. Weekend lepas darling hubby telah mengiringi saya ke masjid india yang tersangat sesak dengan mahkluk Allah sampai masing masing seakan akan bermandi peluh. Thank you bee, mana lah nak dapat suami yang paling best di dunia macam you?Terus timbul rasa terlebih sayang. Hanya berbekalkan 100 plus aje kitaorang tawaf dari Sogo sampai penghujung jalan tar. Balik singgah Insaf, tapau biryani ayam goreng yang superb itu pulak. Sampai rumah masing masing lembik dan lunyai. Tapi aku tido sambil senyum lah sebab dah dapat barang yang dihajati.

5. Ahad lepas birthday dad yang ke 62. Semoga Allah panjangkan umur dad, murahkan rezeki selalu dan lindungi dad dari keburukan dan kejahatan duniawi. Kami telah sepakat membeli hadiah yang paling lain dari yang lain, idea asal adelah dari darling hubby. Tak sabar nak bagi dad. Mesti meriah nokz. Aku pulak yang terlebih suka.

6. Balik penang aka raya nanti mahu menghadap ketupat palas yang mom buat sepuas hati sebab tersangat lembut, lemak dan sedap tak terkira dan yang penting tak ade kacang, rendang pedas daging batang pinang, ayam masak merah, dodol, wajik dan lain lain yang sewaktu dengannye. Teringat bff saya yang tibe tibe teringin akan ketupat periuk kera. Terkekeh kekeh aku ketawa sensorang bile pertama kali dengar nama ketupat cengitu. Nak nak bila buli hubby suruh sebut. Gelak guling kitaorang. Harap harap dia dapat species ketupat yang dicarik. Buleh jugak aku tumpang sekaki merasa ape yang patot nanti. Ha ha

7. I love my darling hubby so much. Dia membuatkan saya sentiasa rasa glowing setiap hari. Eh tak tanya pon? Okay. Point rambang yang bakal melalut bebila masa.

8. Mengingati hollymoon kami ke Australia telah membuatkan saya semakin gediks. Tiap tiap malam nak bincang pasal Aussie. Tiap tiap malam google kan photo photo yang mencabar diri sendiri untuk menjadi sangat sexcited. Laaaa..aktiviti hubby wifey yang sangat comel.

9. Mom tanye nak duet raya ke nak hadiah raya? Jawapan yang tak mampu lagi aku jawab hingga ke hari ini. Tension okeh tension. Terus 'pose muka tamak haloba' Ha ha ha

10. Baiklah. Terima kasih kerana bersusah payah men-log in dan membaca enty rambang jiwa dan raga ini. Jadi sebagai hadiah, hadap lah photo yang tidak wajib tayang langsung dan berisiko membawa kepada keadaan penyesalan teramat.

tragedi satu malan di bulan puasa- Suria klcc


Hati sedang berbahagia. Semoga Allah permudahkan segalanya. Amen.

Friday, August 19, 2011

Kueh raya wifey

Ha ha ha, nak jugak tempek kueh raya okeh. Asyik asyik tengok kueh raya orang aje, kiter pon nak ler jugak merasa kenekmatan tempek gambar cengini. Meriah uols, first time membeli kueh raya di rumah sendiri. Selalunye angkut balik dari kampung halaman. Kali neh saje nak jeng je jeng kan ibubapa, suami dan para tetamu nanti.

Tulips tart okeh bukan fart. Ha ha ha. Potong betul lah dia neh. Nama pon dah meriah apatah lagi rasanye. Sebelum neh slalu makan tart yang bulat bulat itu aje. Bila kawan promo, terus teruja bagai nak order dengan dia. Terus mak feeling feeling berada di holland lagi nokz. Ha ha ha. Dah berkuntum kuntum aku telan sebelom tido.Patut lah bertenaga lain macam sejak dua menjak. Sangat ringan, gebu dan pecah di dalam mulut. Kalau nak rasa kena lah datang beraya rumah cik puan. Waah.

Blueberry macaroon. Sekali cuba mesti nak berkali kali sampai rasa tak payah nak menghadap macaroon yang fofular di klcc itu. Harga sama, tapi yang ini buleh dapat berbiji biji dan lebih bercirikan tekak malaya macam saya. Kalau Taylor Swift makan pon dia akan bernyanyi nyanyi suka jugak. Nak jadi macam Taylor Swift? Eh itu takde kena mengena dengan men-makan kueh raya saya.

Sugee salju yang sangat gebu. Hubby dan dad sangat suka cookies yang bercirikan sugee. Maka anakanda ini gigih lah mencari sampai jumpa akhirnye. Sekali tengok nampak comel, dua kali tengok macam nak ngapp aje terus sebab terlampau comel. Ha ha.

Neh yang paling best. Ce teka apekah?? Ini lah kueh batang buruk sabah. Beli dengan Ako. Iyer Ako yang berlakon drama tuh. Paling suka drama dia Dalam Hati Ada Cinta. Terus teringat zaman kiter bercinta cintaan. Rasa kueh neh lain dari batang buruk yang penah kiter makan. Buruk bukan sebarang buruk uols.. Nih buruk buruk sedap. Hahahaha. Wangi, ranggup dan manis macam cik puan :S Beli dua balang, satu balang dah habis licin, satu lagi dah bernyawa nyawa sotong. Ha ha ha

Esok suami berjanji janji mahu menemani saya ke masjid India dan jalan tar. Dah berkali kali cik puan nak pegi sendiri tapi tidak mendapat kelulusan perjalanan. Kali neh dengan muka terpaksa dia nak temankan saya ( hubby memang sangat sangat tidak suka ke situ sbb sesak dgn manusia, nak nak pegi waktu tengahari buta pulak kan.. ha ha ) Bukan nak membeli belah ape pon sangat, saja nak jejak jugak kat sana sebab orang lain buleh pegi kan, aku pon nak le jugak merasa. Ha ha ha. Sifat yang sangat annoying.

11.45 malam, hujan lebat di kuala lumpur. Masa yang sesuai untuk tido rapat rapat sekarang. Eh..??

Merapu esok esok pulak.

Selamat malam centa!

Raikan cinta

Aku ingin kau menjadi perlindungku selalu, tempatku mengadu dan berteduh dari fitnah dan kejahatan dunia ~ wifey


Wow.. ape neh? ape neh? tajuk entry tak buleh blah sangat. Sekali kuar intro terus mencengkam jiwa. Halaamaak wifey siapekah itu? Siap berbaju kuning bagai, mak aaih.

-iklan kejap-

Halo uolss! 19 hari sudah kiter berpuasa. Ker dah tinggal separuh jalan? Ha ha. Tak lama lagi nak raya dah kan. Kejap aje rasa dah nak habis Ramadan yang mulia. Dah siap sedia kah semua? Saya macam gitu gitu aje, maklum lah bulan neh sungguh men-sakitkan purse sendiri. Dalam sibuk sibuk nak beli baju raya, semalam sampai pulak catalog Ikea2012 nokz. Macam dah tak cukup tabung nak pecah aje rasa * lap peluh*

Naseb baik, persiapan kat rumah semua dah hampir beres. Kueh raya pon dah letak dalam bekas siap siap. Curtain pon dah gantung awal awal. Lagu raya pon dah berkumandang macam takde hala tuju. Kueh raya takde la banyak sangat buat. Cheh. Percayakah rupa gini nak membakar kueh? Aku tak penah lulus buat cookies raya dari azali lagi. Balik penang, tolong makan cookies yang mom buat ade lah.

Tapi ini tahun kiter mahu kasi jeng je jeng. Saya dah order cookies secara diam diam, nanti ibubapa datang melawat minggu depan mesti tak sangka rumah saya sudah ade kueh raya sendiri unlike tahun tahun lepas semua angkut balik dari kampung halaman. Ha ha. Alaaa, aku pon nak le jugak hias hias balang kueh raya macam rumah orang lain nokz. Tapi bezanye, aku yang hias aku jugak lah yang perabiskan nanti. Tak sampai seminggu dah susut nilai tak hengat.

Okay la okay lah itu cerita nak raya. Tajuk entry macam dah tersasar ke mana mana aje kan. Semalam, hubby bawak cik puan besar makan makan, jalan jalan dan menyambut hari kecintaan kami di Marriott. Dia tolong bawak aje, aku yang tukang pilih tempat. Ha ha ha

Buffet buka puasa di poolside. Banyak sampai tak terhabis nak makan. So kami makan ape yang patot aje. Menu menunye juga lebih baik dan sedap dari tahun lepas. Itu kira pendapat peribadi tekak aku lah.

Wajib setiap tahun! Mana lah reti nak buat sendiri si kambeng neh kan, sekali sekala teringin kena tunggu buffet bulan puase aje lah.

Sumpah sangat luarbiasa sedap! Cicah dengan mint sauce. Marbelesss okeh. Asyik ratah cengini sampai berkali kali. Balik rumah mulalah rasa mendidih didih lain macam. Sampai pukul 2 pagi aku dok terkebil kebil lagi tak buleh nak tido sebab hyper seakan luar biasa.

The bestest bread butter pudding on earth! Sedap sikit aje dari yang haku buat hari tu. Hahahaha. Takde takde, serious sangat sedap. Kegebuan sangat melampau. Siram pulak dengan cream dan vanilla yang mencurah curah itu.. Awww..

Menu manja manja cik puan ^___^

Maigod. Diva sesat manekah itu?? Adekah jelmaan Taylor Swift? Hahahahahaha. Cepat larik hambek guitar.

Ekceli macam macam yang disumbat dalam perot kecil ku itu semalam. Sebelum pegi turun 2kg, balik makan naik balik 1kg. Sentap semalaman.

Hari ini saya didera untuk memasak di rumah pulak. Cheh. Baru masak setelah sekian lama berani isytiharkan diri didera nokz. Heh heh.

Sebenarnye, hari ini saje saje menjemput rakan rakan seperjuangan suamiku berbuka di rumah. Bertungkus lumus lah cik puan besaq bersilat di dapur tadi. Kalau ade maid kan senang? Wah, berangan kejap* Dah siap sedia semuanya untuk lima orang makan. Menu ape ek? Okeh, hari nih saya masak, Chicken biryani sesuci lebaran, lamb masak rempah dari jauh ku pohon maaf, achari chicken dendang perantau, salad aidilfitri, fried lemonade prawn indahnya beraya di desa. Haruslah mood raya uolss...

Tak sabar menunggu kedatangan ayahanda dan bonda ke sini minggu depan. Buleh bawak diaorang shopping shopping, kot kot lah mendapat habuan seperti magic lagi? Ha ha ha


winks&smiles!

18-08

18th August 2011, JW Marriott KL


Happy 5th anniversary to the kindest, loving and most down to earth man i know. My darling husband and my best friend!

Thanks for always being there for me and I will always be, your very special, loving wife, Sash-


I love you!

Tuesday, August 16, 2011

wet popiah TTDI

Bersiap sedia lah kamu wahai popiah, kejap lagi cik puan besar mahu menterjah kamu dan rakan rakan kamu itu.


*Eh macam mana selama ini aku buleh terlepas pandang makanan sedap neh? Ha ha ha

Monday, August 15, 2011

Iftar day 14

Ini adelah entry yang kurang hala tuju tapi lebih ke arah mengkecur kan air liur diri sendiri di tengahari yang hening ini. Ooh la la selamat menghadap nokz.


tempat santek, makan sedap, keluar aje buleh shopping raya terus. Eh kegemaran cik puan sangat okeh.

Lamb meatballs yang super best! Saya cicah dengan cheese pita berkali kali. Lepas terasa boring, ratah cengitu aje. Lepas boring lagi, saya akan men-makan dengan biryani pulak :)

Suka nasi arab? Suka kambing arab, eh ape kau merapu neh? Ha ha. Makan lah sepuas hati uols. Tulang rusuk kambing pon kau buleh hadap macam tiada hari esok lagi.

Sheeh kebabs. Apesal sedap sangat neh? Hubby suka lah makanan tekak dia :)

Tak ingat nama che adik neh

Chicken biryani pon ade jugak menampilkan diri

Banyak lagi makanan sedap sedap kat sini. Buffet yang tidak akan dilepaskan tiap tiap tahun di bulan puase maklum lah masing masing kan pemakan tegar middle east cuisine neh. Lepas makan jangan lupa minum mint tea dia eh, sebab engkau akan menjadi segar bugar sampai timbul rasa kasih sayang yang melimpah ruah. Atau pon buleh jugak cuba yang perempuan jelita malaya (kau ade..?) di bawah ini sedang pegang..... Heh heh heh

Ade berani lepas berbuka....?

Hari ini aku akan menjadi sepi dan sendiri kerana suami terpaksa bertugas di perbatasan. Cheh. Apesal rasa macam bersuamikan army yang sedang berjuang menentang pengganas pulak neh?? Hahahahaha. Emosi tak stabil okeh tapi aku redha. Hahahahaha.

Suami balik lewat dua jam pon terus menjadi kecoh. First time berbuka puasa sensorang. Sadis nokz. Menu pon macam sadis sadis aje.

1. Sambal telor
2. Baby bilis goreng cili padi


Wahai suami dambaan hati idaman qolbu, esok lusa mesti makan luar...!!!!!!!!


winks&smiles!

Thursday, August 11, 2011

Nasi arab mood Ostolia

Thank you Dr Nicole ( bukan nama sebenar ) for this yummylicious recipe. Setiap kali masak dan makan, mesti akan keluar nama doc. Ha ha. Sangat comel. Cuma tak pernah masak lagi dengan lamb. Nanti nanti lah bila mood rajin luarbiasa datang lagi, akan ku melawat wet market ttdi itu untuk mencari daging kambing. Mesti hubby akan terkesima kalau dengar saya sebut wet market di pagi hari plus weekend.


Maka makan lah kami berdua duaan pada iftar semalam :)

My first round.. laaaa sejemput aje nasi? Heh heh

And the second round.. taadaaaaa

Wajib ade. Takkan nak buat sambal belacan pulak kot

Simple yogurt cucumber salad


Encik suami telah pulang dari embassy tadi, dan dapat lah kami visa untuk setahun. Maknenya nanti kalau mood rasa down buleh senang senang ler pegi mendamaikan jiwa raga di ostolia ek? Ha ha ha ha. Nak paanggg sangat kan.

Walaupon idea asal sepatutnye pegi 18/08, tapi memandangkan bulan puasa maka tak sesuailah berjalan jauh dan berholly-moon bagai. Sebab tu kiter pegi sambut raya kat sana aje. Cheh. Raya di rantau sangat kan. Lepas balik penang, kite balik Aussie pulak. Wah sangat berbaur klasik nokz. Macam best aje. ^__________^

Hari nih iftar di luar . Cik puan besaq tengah goyang kaki dan sudah mula bermimpi berkejar kejaran dengan kangaroo. Ker kangaroo yang mengejar hakuu?? Hahahahahah.


Sekian. Terima kasih daun keladi, kalau tak boring esok singgah lagi :)


winks&smile!

Wednesday, August 10, 2011

Chef jadian datang lagi!

Anda suka makan? sambil anda berjalan jalan macam cik puan besar? Anda mahu menjadi seperti saya? Cheh. Ha ha ha. Maka mari lengkapkan diri masing masing dengan bahan ilmiah JJCM ini. Saya sudah beli, anda bila lagi? Cepat, jangan biarkan hidupmu di dalam kerugian. Zaaassss. Hahahahahah!! *keluarkauskrangsash*

Assalammualaikum semua :)

Wah apekah punye tajuk tu? Iklan pon sangat luarbiasa. Saje saje nak test market kejap. Baiklah. Baiklah. Akibat perbuatan tidak memasak sudah begitu lama, maka semalam semangat chef jadian telah datang kembali. Bagus. Bagus. Wifey siapekah itu? Nanti kiter bincang sesama.


Beef pasta. ditambah tokok dengan tuscan mushroom bersama baby capsicum dan lain lain. Ciri penting adelah olive oil aka minyak che eton. Ha ha ha. Sumpah annoying kan. Memula niat di hati mahu membuat mac&cheese okeh, wah apekah taste matsalls sesangat tekak cik puan sejak dua menjak neh?? apekah?? namun akibat kekurangan stock cheese di rumah, terpaksa lah menukar haluan traffic. And taadaaa jadilah yummylicious beef pasta cik puan besaq :)

Pastu saya menjadi rajin dan rajin lagi. Pasta tu nak dibuat acah acah makan aje nokz. Lepas solat kena makan nasik pulak. Ha ha. Jadi ini adelah kawan kepada nasi kami semalam. Memperkenalkan buat julung julung kalinye, Ayam Masak Merah Cik Puan Besar. Dah lama tak masak cengini uolss. Kiter guna versi tumis serai kali neh. Wanginyeee.. rumah sape lah tu kan?

Iftar-8 kami di Nirvana sebab teringin ingin nak makan sotong goreng dengan banana leaf rice. Sampai tido malam pon buleh kecur air liur. Mak aaihh, itu adelah saya sangat.

Jangan terpedaya dengan aktiviti camera ini. Nasi tu memang nampak macam besar besaran bagai, tapi hakikatnye separuh aje. Ha ha. Yang lain kiter ratah sampai licin. Okeh mari kiter bincang ape yang ade dalam daun pisang itu. Dari kiri, fried bitter gourd, chicken 65, sekelumit nasi.. hahahaha, dari kanan atas sekali rasam, sotong goreng, yogurt cucumber dan di bawah adelah acar.

Fried spicy squid perah limau. Meleetoppsss okeh!

Chicken 65 yang tersangat sedap dan sentiasa menjadi favourite dish kalau ke sini.


Semalam visa encik hubby ke Ostolia sudah siap. Lama jugak, nak dekat dua minggu. Dalam masa menunggu tuh, dia buleh cuit cuit saya cakap kalau tak dapat visa macam mana. Hoih. Meroyan i uolss Ha ha ha. Tix dah beli awal awal, hotel pon dah booked, itinerary pon i dah dok siap list out, tup tup dia buleh tanya cengitu. Sentap okeh sentap. Tapi syukur semua dah siap. Sekarang tinggal aku punyer visa aje yang kena apply online katanye. Yang itu kacang puteh sangat. Heh.

Wah, keterujaan pegi Ostolia telah melebihi hari raya neh. Kedengaran jakun tidak? Hahahahah. Okay la okay la i tak penah pegi. Naseb baik dapat suami budiman nak bawak wifey pegi dan merasa hidup di negara kangaroo. Cheh. Macam nak pegi bertahun.

Lagi kurang lebih dua minggu mahu pulang beraya di kampung halaman. Sempat jenguk jenguk bazar ramadan kat sana pulak. Nak buat kueh raya dengan mom lah nanti.

Yeay!


Entry-tamat.

Monday, August 8, 2011

10 days to go

during our wedding reception, Sunway Hotel


1.Saya akan kembali mengingati sesuatu yang tak pernah saya lupakan sampai bila bila.

2.Saya akan kembali merasakan menjadi pengantin baru semalam. wah??

3.Eh kurusnye saya masa neh? Maaf lah muka terpaksa di-edit bersesuaian dengan faktor peribadi dan sekeliling :)

4. Tema masa tu adelah royal gold. Saya bagi penghargaan special untuk dad sebab dia tersangatlah suka akan warna nih walaupon hakikatnye saya kurang menggemari-nye. Jadi kerana kasih sayang yang melimpah ruah, saya mahu menjadi puteri yang paling cantik di mata daddy pada hari tersebut. Dad sangat gembira sampai nanges :) Yang paling penting, hajat nak pakai veil panjang tetap tercapai nokz. Ha ha ha.

5. Resepsi perkahwinan kami diadakan sehari selepas majlis nikah, dua hari selepas majlis berinai dan beberape hari sebelum Siti dan Dato K pulak naik pelamin.

6. Kami selamat dinikahkan sehari sebelum resepsi, pukul 5 petang waktu penang tempatan. Ha ha. Bersesak sesak jugak sedara mara dan kawan kawan yang datang, sebab kebanyakkannye pertama kali mahu melihat wajah si putera yang berjaya menambat hati puteri tunggal itu. Cheh. Ayat tak buleh blah.

Sekali lafaz :)

7. Hantaran perkahwinan RM10,000 dengan mas kahwin RM1111.11 bersama sebentuk cincin dan persalinan, berserta 7 dulang berbalas 9 bekas hantaran. Takde simbolik ape ape bagi saya, cuma itu adelah pemberian pertama dari suami.

8. Lafaz nikah dalam bahasa melayu, walaupun diberi pilihan masa tu, buleh dalam English jugak. Tapi dengan terer-nye, si suami nekad nak jugak bahasa melayu. Naseb baik senafas. Kalau tak, cair make up wifey dalam bilik nokz. Ha ha ha

9. Kami berkenalan pada May 2003, masa di uni. Takde tunang tunang, lepas dapat green light, dad suruh kawen kalau berani. Hahahahaha! Hubby melamar saya di hadapan ibubapa masa makan malam 14th February di Equatorial, penang dengan sebentuk cincin. Terer kan dia?? :D

10. Sekarang saya tengah menghitung hari mahu menyambut kedatangan hari bahagia itu lagi. Alhamdulillah. Syukur.

I love you bee!

Al-kisah-Al-makan

Lokasi : Rebung Restaurant, Bangsar

Pelakon utama : Cik puan besar, suami dan makanan

Penerbit : Cik puan besar.com

Penaja : Suami cik puan besar


Ini adelah makanan dan si pemakan aka sang suami. Ape ke pelik nye sash kau panggil sang suami? Ha ha ha.

Sampai sampai aje wajib pose maut gitu. Naseb baik kiter booking awal awal, dapat lah tempat yang menarik dan senang nak hadap makanan lama lama. Jangan risau, makan di Rebung adelah macam suasana makan di rumah aje. Surau, toilet, tempat rehat lepas makan semua siap sedia. Cuma bawak perot dan tekak aje kasi kawtim. Ha ha ha. Harga buffet ramadan di sini adelah RM60 per head. Kalau hari hari biasa murah sikit. Bezanye adelah pada menu menu yang disajikan bulan puasa nih. Meletopsss okeh.

Sambal, kerabu, ulam, nasi, lauk pauk macam macam jenis. Cakap aje nak makan yang mana.. macam magic semua ada. Semuanye sangat taste tekak melayu nokz.

Wajib sedut okeh! sampai tersedak sedak kiter makan. Naseb baik dah habis segala pantang larang, kalau tidak men-tengok aje lah kekdahnye..


First round kami yang penuh keterujaan

Inilah punca dan penyebab kami ke sini. Masak lemak cili padi daging salai. Senyum sampai telinga lepas makan. Eh tipu lah. Mana buleh aku senyum sampai ke telinga, mesti buruk aje rupa cengitu kan. Ha ha ha ha

Roti jala. Orang penang cakap roti sorai. Orang spore cakap roti kirai. Orang pakistan langsung tak penah tengok. Ha ha. Sama macam mom selalu buat. Lembut, lemak, pastu cicah dengan kari ayam. Sluurpp abis!
Nasi ulam. Tiap tiap tahun wajib makan nih sebab bulan puasa aje chef buat. Hubby yang tak reti makan memula pon menjadi sangat suka. Jangan suruh aku buat lepas nih sudah la. Jenuh mengigil carik recipe karang.

Lompat tikam!!! Lamanye tak makan. Dan sangat bewarna warni nokz. Sumpah sedap tak hengat!! Lembut, segar, sejuk dan manis. Puas rasa gula melaka dia. Sekali cedok mahu tiga empat bijik. Berkali kali cedok sebelom balik uolss.. Ha ha

Cucur udang chef! Nampak simple kan. Tapi ce cuba rasa sekali. Crunchy sangat, cicah cicah manja dengan sauce itu. Sure nak amik berkali kali. Chef nih masak ape pon sedap. Meh lah duduk sebelah rumah saya, kan senang keje.

Pinggan pertama wifey. Maknenya ade lagi berpinggan pinggan lah kan kau hadap. Nasi ulam, daging salai, paru berempah, sambal belacan, kerabu mangga. Sedap hoih sedap! Sebelah tu ade roti jala. Tak dan nak zoom. Ha ha ha

Pengat durian. Hubby tambah sampai dua kali. Pandai dia makan eh. Aku suka pengat pisang.

Ape lagi.. laksa penang lah kan. Hilang idam-mengidam bagai. Tak payah makan setahun laksa pon takpe dah nokz.


Baiklah. Itu aje. Takde ape ape pon. Apesal kau kecoh? Mari kembali ke dunia dan bentuk asal masing masing. Jom mengemas rumahtangga sekarang. Alaaaaaaa.. boring. Nak goyang kaki macam madam besar sambil mengait baju sejok buleh? Tingg!


winks&smiles!