Wednesday, August 3, 2011

Kitchen here i come

Halo!

Selamat berpuasa semua!

Puasa tidak puasa tidak? Heh! Saya?? Of cozzzzzzzz. Puase penuh -bernyanyi girang-

Saya telah men-masak dan menghadap kitchen tiap tiap hari dari memula berpuasa. Bila waktu nak tido, baru terasa lenguh lenguh badan dan memerlukan perhatian suami 101%. Kalau tidak saya mahu merajuk dan berasa tersangat sedih. Terus rasa macam tidak best.

Maka hari ini emosi menjadi upside down dan mahu men-makan di luar. Akibat dose nasi yang berlebihan kah? Jadi hari ini kami sepakat tidak mahu men-tengok nasi langsung. Maafkan kami nasi. Esok aku makan engkau lagi.

Ini adelah menu menu buatan tangan sendiri kecuali tepung pelita. Tiap tiap tahun mesti beli, letak dalam fridge, malam malam baru makan. Wah gile sejok tekak nokz rasa masa tu. Sedap, manis! Wifey suka sangat.

Tomato rice

wet butter chicken

Homemade grilled beef kofta , baby carrot, tuscan mushroom, baby capsicum dan tomato. Senang aje nak buat beef kofta. Buleh buat siap siap, letak dalam freezer, tahan lama. Bila nak makan, grill aje atau goreng.

Masak lemak udang. Tapi letak susu Ideal sebab takut cholesterol nokz :)

Ayam goreng cili kering

Sejak beli Grilla Ikea itu, tiap tiap hari semangat nak grill memanjang. Ape saja dalam fridge aku rasa nak grill. Nak nak kalau lepas tengok Licence to Grill by Rob Rainford itu. Terus mak perasan jadi Nigella kejaps uols. Kahkahkah.

Kecintaan saya sehingga setiap hari saya buleh makan tanpa berasa boring.Wah, nekmat uols. Tiap tiap tahun aku pegi carik mokcik tu kat bazar. Dia memang jual ini aje.


Baiklah. Tahukah kamu bahawa menggantung curtain sambil mendengar lagu raya menghasilkan satu perasaan gembira lain macam, Masyaallah.

Takde kena mengena dengan tajuk entry langsung.

Jumpa lagi.

No comments:

Post a Comment