What I’ve been up to lately
- Mempunyai hobi baru, iaitu mencabut gigi. Kawan kawan sekalian, marilah kita sama sama berkongsi hobi baru ini demi untuk kebahagiaan abadi. Eh apa kau merapu nih sash? Adelah menjadi rutin dari minggu lepas bahawasanye kewujudan hari isnin dan khamis adelah untuk pergi berjumpa dengan encik ortho dan men-extract gigi comel ku. Minggu ini adelah yang terakhir dan saya menjadi sangat sedih akibat tidak lagi dapat membuat aktiviti yang mengketagihkan itu. Kahkahkah.
- Menjaga rumahtangga dengan hati yang tulus gembira. Kehidupan yang sederhana bersama sama orang orang tersayang adelah satu anugerah terindah dalam kehidupan saya.
- Mencintai dan dicintai oleh suami kesayangan. Itu pon satu aktiviti penting dan kewajipan mutlak nokzz. Tambah tambah bila kedatangan hari isnin dan khamis itu. Kasih sayang menjadi agak banyak seperti painkiller lah juga.
- Men-sibukkan diri dengan membuat itinerary jalan jalan november ini. Yeay. Itu pon salah satu hobi saya. Selagi termampu kekdahnye. Ha ha ha.
- Men-minum milo sejok setiap malam untuk membina kekuatan gigi dan tulang. "Milo.. dengar tidak, saya sedang melakukan promosi untuk kamu.."
- Mengikuti nasihat ibubapa dan suami supaya men-makan banyak banyak supaya tidak mengalami penyusutan terlampau. Apekan daya, hanya soft diet yang mampu ku hadap buat masa sekarang. Tapi soft diet pon aku bantai makan umpama tiada hari esok. Gile tak lapar.
- Adele adelah kecintaan terbaru saya. Kalau tak percaya cuba dengar caller ringtone baru saya itu. Macam best habis. Tak buleh blah sangat lagu perempuan debab nih. Syok tangkap cintan okeh.
- Makanan pertama yang akan saya hadap bila dah buleh makan seperti manusia manusia yang lain adelah ayam goreng kfc drumstick. Hahahahaha. Gelak dalam sedih sebenarnya.
Masa masa kelapangan dari hari men-extract gigi, saya dan suami telah ke Ketam Village untuk melunaskan tekak demi tomyam steamboat yang paling super best iteww!
No comments:
Post a Comment