Seruan shopping minggu lepas. Membeli belah adelah kehebatan aku ^___^
-Iklan-
Halo semua!
Cik puan chef is in the house todaayy! Cheh cheh. Hari nih mood mahu memasak mengatasi bershopping. Hey memang patut pun, itu aje yang engkau buleh buat di awal awal minggu cengini. Suami mengerah tenaga di cyberjaya selama dua hari, malam malam karang baru buleh menghadap muka isteri. Sadis sangat. Tapi tak mengapa, cepat lah balik wahai suami kesayangan, i masak nasi biryani macam mom you ajar. Menantu tak nak kalah, asyik asyik mahu memasak cara sendiri, bila dah boring masak cara malaya, baru mahu skype dengan mertua tanya macam mana nak masak biryani, bajet baru seminggu kawen.
Begitu lah menantu terpilih.
Kalau kau berani sangat masak nasi biryani huplod lah cara cara kat sini. Kalau kau terlebih berani huplod saje di youtube. Hey sorryy saya bukan gadis youtube seperti najwa latif itu. Eh apesal kena bagi contoh najwa latif bersamaan dengan nasi biryani pakistan engkau pulak? Ini yang malas nak baca blog tak keruan cengini.
Baiklah, bersiap sedia dengan senjata memasak masing masing. Here we go!
1. Ini adelah ayam bukan peha aku yea. Ha ha ha. Cuci dan bersihkan dan potong sederhana besar.
2. Rendamkan beras sekurang kurangnye setengah jam sebelum memasak. Akibat stok basmathi sudah kehabisan, saya gantikan dengan herbal ponni taj mahal. Sebab tu comel comel aje, rendam kasi lama dari biasa supaya dia cepat membesar luarbiasa.
3. Natural low fat yogurt dan rempah biryani bersama bay leaves kering. Rempah biryani nih adelah gabungan pelbagai garam masala dan rempah ratus yang lain. Tapi kalau engkau malas nak mencari satu persatu cengini, beli aje yang dah siap sedia. Saya punye made in pakistan, asli you. Hujung tahun nih dapat lagi stock rempah ratus masakan. Yeah!
4. Bawang sederhana besar dan seangkatan dengannye untuk ditumis. Halia dan bawang putih perlu dibuat paste terlebih dahulu.
Cara memasak nasi. Alaa takkan tak tahu kot? Cara memasak nih adelah yang penting dalam memasak nasi biryani kali ni. Kalau nak lulus kena baca habis. Jangan main banyak.
1. Masukkan beras yang siap dicuci ke dalam dua-tiga cawan air panas. Jangan lupa daun pandan dan bunga cengkih dan secubit garam. Masak sampai didih. Lepas dah berkobar kobar nampak dia mendidih bagai nak rak, toskan beras yang separa masak tadi hingga kering kontang. Asingkan seperti di atas. Rehatkan sebentar tangan yang letih mengangkat periuk nasi tadi, kemudian kerahkan tenaga kembali.
2. Dalam kuali tefal kau tu, masukkan minyak olive dan panaskan.
3. Mula mula masukkan bawang besar yang dihiris nipis, goreng sampai hampir garing, masukkan kawan kawannye yang lain di kemudian hari, eh? Biar mereka berkasih sayang sementara. Bila dah sehati, baru masukkan ginger dan garlic paste itu.
4. Masak sehingga masing masing menjadi garing dan engkau pun terbersin seketika. Kalau tak bersin, jangan berhenti kacau. Ha ha Eh acah aje. Biar betul betul garing cengini kekdahnye.
5. Bila rumah pun sudah menjadi wangi seperti rumah tukang masak nasik kenduri, maka masukkan lah ayam tadi. Kalau pencinta kambing buleh lah masukkan kambing ikut citarasa tekak sendiri. Gaul kiri kanan sambil sambil bernyanyi kecil di dalam hati, biarkan ayam seketika masak bersama bahan tadi hingga hampir kering. Jangan terlampau kering pulak. Agak agak lah kan, kau ni pun.
6. Sampai jadi begini, masukkan yogurt lebih kurang lima camca besar.
7. Masak ayam bersama rempah dan yogurt sehingga pecah minyak. Nak jelas ape maksud pecah minyak memang payah sebab aku pun tak paham apesal mom selalu sebut macam tu, cuma buleh gambarkan seperti kat atas nih. Maksudnye minyak dah buleh kelihatan sedikit di atas bahan tadi. Kalau tak pecah minyak, masakan korang akan kelihatan sebam dan tidak cantik menawan macam aku. Kahkahkah. Serious tak tipu. Okeh, bila dah masak cengini.. cepat cepat asingkan dan bawa ke sebelah nasi yang dah siap tadi.
8. Di dalam rice cooker, lapiskan yang pertama dengan beras, ratakan keseluruhan periuk tapi kau jangan pandai pandai lenyekkan macam kuih keria pulak. Taburkan aje macam nak merenjis pengantin. Lepas tu renjiskan safron kasi color cantik tapi jangan banyak sangat.
9. Lapisan kedua, masukkan ayam tadi sebegini rupa.
10. Lapisan akhir masukkan beras untuk menutupi ayam tadi.
Masak nasi biryani kamu seperti biasa. Bila dah masak, baru kacau perlahan lahan gabungan tenaga ayam bersama rakan rakannye itu. Wow masa nih aroma nye menusuk sungguh qolbu jiran tetangga. Jangan terlebih kacau ibarat melanyakkan nasi tu pulak yea.
Tadaaa.. nasi biryani rumah kenduri kawen sudah siap!! Sekarang ade berani memasak nasik biryani seperti saya ?