Wednesday, November 23, 2011

Diari Isteri, musim ke 6


Alololo kecik kecik dan pandai sisir fringe ke tepi bajet ayu giteww...Mom cakap jangan lupa bawah gambar nanti tulis, saya adelah budak yang luarbiasa degil ya rabbi masa kecik. Hahahahahaha. Mother! Mom cakap lagi, masa ambik gambar tu pun baru lepas nangis sebab nak berlari naked dalam rumah umpama tiada hari esok. Sebab tu lah photo di-edit-kan hanya di paras dada. Harap maklum.

Adekah nanti........??? Apekah nanti.....??? Ya Allah takutnye aku nak fikir hari hari yang mendatang kelak. Ha ha ha ha. Semoga saya menjadi mummy yang paling baik dan sweet di dunia ini. Adeh.

Eh eh mana datang diari isteri, musim ke 6 nih? Yang kedua pun belum tentu wujud kan. Saje la nak test market kejap. Engkau ingat Twilight Saga aje yang ade banyak siri. Aku pun tak nak kalah jugak kan.

1. Menguruskan rumah yang tidak bertangga adelah bukan kerja yang mudah. Kalau ade banyak tangga lagi lah mengundang padah. Akibat lama berfoya ke sana sini mengikut hati, maka bila pulang ke rumah sendiri rasa macam nak nanges sangat sangat. Banyak nye kain baju nak kena bercuci, lipat, nak hantar ke dobby pun dah sebakul jugak (takpe pegi dobby adelah kerja sang suami.. ha ha padan muka). Mana nak mengemas rumah, mengemop lantai luar dalam, cuci balcony yang berhabuk macam nak terbersin sangat sangat kalau berdiri di luar, membeli groceries macam mak mak orang, dan macam macam lagi. Dan akhirnya saya berjaya melakukan semua itu dengan rasminye. Dalam dua hari aje, rumahtangga kembali seperti sedia asal. Suami pulang dari kerja, senyum memanjang bila tengok dapur dah berasap dan rumah dah berkilat seperti berpenghuni. Phewww..tiup rambut sendiri.

2. Semalam telah berjaya mendapatkan ticket Breaking Dawn itu. Tidak mahu menjadi seperti tahun lepas (Eclipse), pada minggu kedua tayangan baru saya dapat beli ticket sebab fulled house. Rasa sangat ketinggalan dan tidak best. Kali nih baru buleh tengok dengan puas hati hujung minggu kelak. Walaupun tayangan exclusive nye esok, tetapi akibat suami terpaksa mengerah tenaga mencari rezeki hingga ke malam hari demi isteri yang suka berfoya foya itu, maka weekend menjadi pilihan untuk kami berlibur bersama sang puntianak. Eh berani kau.

3. Sedang bercita cita tinggi mahu membuat trifle pudding edisi senang senang punye. Kalau mom punyer version sangat leceh membuat walaupun menang memakan adelah tidak sesuai dibuat oleh wifey yang tak pernah lulus kalau bab membina pudding nih dari dulu lagi.

4. Minggu depan temujanji dengan encik ortho untuk kali kedua. Ape lagi kalau bukan tukar wire dan ketatkan ape yang patut. Dioarang cakap selalunye bulan kedua dah kurang sakit macam mula mula pakai. Alaah.. kalau kau tak tahan sakit macam nih apesal gatal nak pakai jugak? Macam nak penampar free aje kalau dengar orang cakap macam tu. Nak nak kalau time dengar tu tengah sengal sengal gigi nak mampus tak buleh kunyah. Harus rasa macam nak pijak sungguh. Motto diri sendiri, bertabahlah demi kecantikan yang abadi. Cantik ke? Ha ha ha

5. Tak sabar nak balik penang lagi. Yabedabedooo. Kau nih tak ada kerja lain kah selain pulang ke kampung halaman? Kalau penang tu dekat shah alam aje, tiap tiap malam aku wajib pulang men-makan malam kat sana tau. Selagi termampu membahagiakan ibubapa, itu yang sedaya upaya kami lakukan. Sedangkan yang duduk jauh beribu batu pun selalu menjenguk, inikan pula aku yang tak ada komitmen apa apa langsung.

Bila dah selesai mengemas itu ini, sempat memasak chicken stew untuk makan malam. Lagipun stew tak susah nak buat, cuma tunggu masa nak renehkan aje semua bahan sekali. Tapi stew kali nih terkurang bahan. Sepatutnye ade tuscan mushroom dan thyme, yang ada cuma bay leaves keseorangan. Tapi yang nih pun okay lah jugak, sapu bersih daripada takde apa langsung. Ha ha

Sebelum tido, jangan lupa tenangkan diri masing masing dengan nikmat chocolate ini. Sumpah sangat sedap tak tipu.


Entry tamat. Tepuk tangan.


winks&smiles!

3 comments:

  1. semoga terus berjaya dlm urusetia pengurusan rumahtangga hehe..lama tk mai jengok sash...

    ReplyDelete
  2. sudah jugak bejaya followwww.....hehe

    ReplyDelete