Monday, January 30, 2012

Ayam goreng monday blues

makan adelah kekuatan aku..



Resepi ayam goreng giler sedap!

Ayam dah tentu tentu lah kan..
1 sudu besar chili powder
1 sudu besar corriander
1/2 sudu besar serbuk jintan putih
1/2 sudu besar serbuk jintan manis
1 sudu besar serbuk kari
sedikit serbuk kunyit
1 sudu besar tepung jagung
sedikit garam
1 sudu kecil lemonade
Daun kari dan serai

Gaul semua bahan dgn ayam. Perap lebih kurang 1/2 jam.
Goreng ayam dlm minyak panas hingga garing.

Angkat dan ape lagi, ngaappp kan lah!

Thursday, January 26, 2012

Steamed bread butter pudding

Percubaan pertama puding roti kukus ku ini telah menjadi dengan bangganye. Eh macam tak sangka pulak. Syok sendiri kejap apa lah sangat di dalam belog sendiri kan. Ekceli teringin nak makan pudding nih petang tadi. Nasib baik harini hubby buat keje dari rumah, ape lagi..menggelupur lah suruh dia pegi belikan dua tiga bahan yang takde.

Saya sememangnye begitu. Kalau teringin sampai kecur air liur tidak semena mena, ribut taufan pun akan ku redah demi hajat di hati. Eh chop. Kebiasaannye sang hubby lah yang dipaksa meredah pon bukannya haku. Keji hokeh. Ha ha ha. Nasib baik dianugerahi suami yang budiman. Thank u bee. Terimalah pudding ini sebagai hadiah dariku ^_____^ Cheh.


Sangat lembut dan lemak, sebab saya lebihkan fresh milk. Walaupon rupa tak lah sehebat dekat Delicious tu, tapi hubby cakap pudding saya lagi sedaappp hoih ^____^ Terus rasa macam nak buat lagi sepuluh kali. Ha ha ha.

Kelmarin pegi makan di Bubba Gump The Curve. First time kitaorang makan kat situ. Sangat santai dan sesuai untuk pencinta udang dan seangkatan dengannye!


Lupa nama menu sebab terlampau lapar dan sedap. Ha ha ha


winks&smiles!

Wednesday, January 25, 2012

Gong Xi Gong Xi

Nasi ayam Gong Hey Fatt Choy!

Steamed bok choy with garlic mushroom. Resepi tradisi turun temurun. Xin nian kuai le semua!


winks&smiles!

Ibu Mertuaku

Okay. Mom mertua saya adelah tersangat best. Selain dari masak food yang sedap sedap (tak ubah macam mom sendiri jugak..), engkau cakap aje nak makan ape, dari biryani sampai lah ke pizza, kongsi resepi yang hebat hebat yang macam kalau dulu, bermimpi lah aku nak memasak sebegitu rupa, sedangkan masak nasik pun belum tentu menjadi rupa nasik. Dia juga sangat suka belikan saya kain baju umpama baru seminggu aku kawen dengan anak dia. Sampai saya akan menjadi malu sendiri apabila disuruh pilih itu ini.

Kalau dulu, saya bukanlah penggemar dan pemakai baju kurung, kebaya bagai neh. Kalau raya pun, setakat di pagi raya aje..lepas tuh dah berkira kira bila mahu bertukar baju. Leceh lah kakak. Tapi sejak disogokkan dengan kain kain yang sangat cantik ( di mata aku laa..) bersulam manik bagai, terus setiap tahun lahirlah baju kurung moden kadangkala sampai 2-3 pasang untuk hari raya pertama saje..

Chiffon bersulam katanye.. Yang nih takde beads, kalau tambah sikit kat bahagian bajunye mesti malatopsss nokz..


Baju kurung moden tangan besar besaran, kain kembang payung memang sesuai di pagi raya. Pakai masa kenduri kendara mesti rasa lagi meriah dan hebat.

Yang ini buat kebaya pun santeks. Tapi kalau badan dah besar gabak kang menyesal pon tak guna lagi.. Dah rupa peti berjalan lah pulak kalau berkebaya karang..Paling selamat adelah baju kurung yea puan puan..

Sangat suka please!!!

si cotton putih bersih

Dah tentu tentu nak dibuat jubah. Black and gold yang gojes sangat!


Dan ini adelah wajib. Henna/Inai untuk kuku. Merah dan tahan lama. Nak pakai pun senang sebab dalam tiub cengini, tak berlemuih. Ha ha. Bajet pengantin baru lah konon..

So sape cakap menantu perempuan dan mertua susah nak ngam kalau duduk sekali? Ataupun ibu mertua yang sangat garang macam ibu mertua Kassim Selamat itu?

Eh tu tersangat horror please.



Cuba contohi si sabariah ini yang pandai mengambil hati ibu mertua nye.. Tak giteww?


Thank you ma!! I love you :D

Friday, January 20, 2012

Thursday, January 19, 2012

Tuesday, January 17, 2012

Kebabs paling sedap di dunia



Ha ha ha tajuk entry memang mengundang padah. Bajet hebat tak mahu kalah sape lagi kan?

Halo semua!

Cik puan chef kembali lagi. Yo yo yo. Seminggu sakit tonsils, demam, ulcer kiri kanan memang sungguh mencabar diri sendiri mahupun suami. Thank u suami sebab jaga i siang malam. Tapi dia cakap macam best gile masa tu sebab bila kena ulcer i tak buleh cakap langsung ( sebab terlampau sakit ). Jadi, ape lagi bersenang lenang lah dia berparty menyepahkan sana sini dengan hati yang besar. Amboi banyak cantik.

Okay itu cerita minggu lepas. Takde kena mengena dengan entry. Dah engkau menceceh macam karangan budak sekolah apesal pulak?

Hari nih nak ajar menu lama tapi baru tau sedap. Nak ajar? Buleh percaya ke recipe dia nih? Ha ha ha. Hey tak kenal maka tak cinta hokek. Kalau setakat rebus maggi tak main lah masuk entry. Hahahahaha. Penampar nak?

Shami Kebabs ( sham means evening dalam bahasa hindi. mungkin dia nak maksudkan di sini kebabs yang sedap di petang hari..maybe? ) recipe mom in law saya.

Minced meat - kalau malas pegi wet market, kat carrefour pun banyak.
Yellow lentils
Onion - medium size sudah
Chili powder - 1 tablespoon
Kebab Masala powder - 1 tablespoon
Green chili, corriander - agak agak kalau nak pedas lebihkan aje.
Lemond juice - 2 teaspoon
Egg - 1
Salt- according to taste

Rebus semua ingredients tadi, kecuali telur, corriander dan lemond juice dengan 3-4 cawan air mutlak. Ha ha. Boleh tambah air lagi, tertakluk pada keadaan. Jangan ragu ragu.
.
Pastikan bahan rebusan nih masak sehingga air betul betul kering. Kalau tak masak tambah air, kalau dah masak, masaklah sampai kering. Ade paham?

Blend mixture tadi. Masukkan telur, corriander dan lemond juice. Hmmm.. gile wangi masa nih!


Suka hati nak shape kan kebabs nih macam mana. Saya buat cengini aje. Janji senang masuk mulut dan ngappp! Buat banyak banyak simpan dalam freezer.

Goreng dengan minyak yang betul betul panas. Kalau tidak memang hancur lah kebabs engkau labu..


Boleh dicicah dengan mint chutney/mint sauce ini. Nak buat camner? Yang ini lagi lagi lah senang aje. Sambil gelek gerudi aje, tau tau dah siap.

Mint chutney

Green chili
Corriander
Mint- kalau takde memang sia sia aje kau hadap recipe nih.
Salt, black pepper - according to taste masing masing
1 cup of yogurt- wajib!

Put all the ingredients kecuali yogurt, grind sampai sebati, masukkan yogurt and mix nicely. Letak fridge dulu lagi nyaman, lepas tu cicah dengan kebabs tadi. Mak aiih terbaik nokz!


Tapi si Sabariah ini tetap mahukan nasi tak kira masa..


Wednesday, January 11, 2012

Bitter Truth

garden kecil kecilan :)


Our minds speak lies. They tell us what we want to see, what we most desire. Our hearts, however, speaks nothing but sometimes Bitter Truth..

Monday, January 9, 2012

Nikmat stress

#meratah Nutella semasa stress adelah nikmat.


#Sakit tonsils macam gile perit tak buleh makan nasi banyak banyak.

#Sakit jiwa bila antibiotic itu merampas nikmat rasa untuk sekian kali.

#Sakit gigi pasang powerchain baru macam rasa nak pijak orang.

#Sakit kepala bersamaan flu dan seangkatan dengannye.

#Sakit badan sebab menyimpan rumah yang berminggu ditinggalkan, nak maid segera buleh?


Baik sekarang tersangat stress, daripada mengeluh banyak baik makan nutella lagi baguih.


Sekian.

Friday, January 6, 2012

Melayu Islam by Dr M

1. Sepatutnya orang Melayu tidak bermasaalah berkenaan agama mereka. Semua orang Melayu beragama Islam. Sejak sebelum merdeka lagi, dimasa penjajahan oleh British pun mereka semua beragama Islam. Jika mereka tidak beragama Islam maka mereka tidak diiktiraf sebagai orang Melayu. Apabila Malaysia merdeka, Perlembagaan negara menentukan bahawa walaupun mereka berbahasa Melayu dan beradat-istiadat Melayu, tetapi jika tidak beragama Islam, mereka bukan Melayu.


2. Perjanjian dengan British oleh Raja-Raja Melayu mengandungi larangan terhadap pendakwah Kristian mengkristiankan orang Melayu. Justeru itu tidak ada orang Melayu yang beragama Kristian dan hilang identiti sebagai Melayu.


3. Mungkin dari segi pengetahuan dan amalan, ramai orang Melayu tidak mencerminkan peribadi Islam sepenuhnya tetapi mereka tetap mempertahankan keislaman mereka. Bahkan mereka akan marah jika mana-mana pihak berkata mereka tidak Islam.


4. Orang Melayu juga tidak menghadapi masaalah kelainan mazhab. Mereka semua adalah dari kumpulan Sunni atau Ahli Sunnah Wal Jamaah, berimam dengan Imam Shafie. Dengan itu tidak ada perbezaan fahaman agama yang boleh memecahbelahkan mereka. Perpecahan dan permusuhan seperti yang terdapat di antara Sunni dan Syiah tidak terdapat dikalangan orang Melayu. Sudah tentu tidak berlaku bunuh-membunuh kerana kelainan mazhab antara mereka seperti yang berlaku di Iraq, Pakistan dan beberapa negara Arab.


5. Sesungguhnya orang Melayu amatlah bahagia kerana menikmati Islam yang tidak berbeza-beza. Apabila seruan dibuat supaya orang Melayu bersatu untuk menentang Malayan Union, dengan mudahnya mereka menyahut seruan, mereka bersatu tanpa mengambilkira dari negeri mana mereka datang.


6. Tetapi sekarang orang Melayu Islam di Malaysia sudah berpecah dan bermusuh-musuhan dengan teruknya sesama mereka. Agama yang satu, mazhab yang sama tidak terdaya menangkis serangan oleh ahli politik yang menciptakan syarat-syarat baru bagi agama Islam demi politik duniawi yang dikejar oleh mereka ini.

7. Oleh kerana syarat dan tafsiran-tafsiran ini tidak terdapat dalam Al-Quran atau hadith-hadith yang sahih atau dalam mana-mana kitab tulisan ulama-ulama silam yang muktabar, maka majoriti daripada orang Melayu Islam menolak syarat-syarat ciptaan mereka yang berkepentingan ini. Dengan itu berpecahlah orang Melayu Islam kepada dua kumpulan yang saling bermusuh antara satu sama lain.


8. Hasil dari perpecahan ini maka berlakulah sembahyang dua imam, larangan perkahwinan antara ahli dan penyokong parti yang tidak terima syarat-syarat ciptaan pemimpin parti dan perkuburan berasingan antara yang tidak terima dengan yang terima.


9. Yang lebih buruk lagi ialah ketaksuban pengikut kepada pemimpin sudah sampai kepada tahap menghalalkan apa sahaja yang dilakukan atau diperkatakan oleh pimpimpin. Apabila pemimpin berkata orang Islam boleh mencarut, kerana Tuhan juga kononnya mencarut, tidak ada sesiapa daripada anak buah pemimpin yang membantah, atau menegur pemimpin berkenaan. Demikianlah apabila pengikut yang taksub dengan pemimpin mendakwa bahawa pemimpin mereka adalah sama dengan nabi, tidak ada pembetulan atau bantahan daripada pemimpin berkenaan dan penyokong-penyokongnya.


10. Agama Islam di Malaysia sudah banyak tercemar dan pegangan kepada ajarannya sudah menjadi luntur kerana Islam diperalatkan untuk kepentingan politik duniawi. Orang Melayu yang bahagia kerana bangsa mereka dikait secara langsung dengan agama Islam, sudah hilang nikmat yang datang dari ikatan ini. Hasilnya ialah perpecahan, kelemahan dan kehinaan. Hasilnya ialah mereka menjadi pengemis di negara sendiri, pengemis yang meminta-minta sokongan dari orang lain. Mereka yang mengemis tetap akan menjadi orang suruhan kepada yang membantu mereka.




Melayu tak akan hilang di dunia. Tapi sayang Melayu mudah lupa. Maka yang bongok akan terus menjadi bongok la dengan membuta tuli mencampur adukkan politik dan agama untuk menjadikannya satu fahaman dan dengan buta tulinya juga pengikut yang taksub ini menggadaikan maruah Islam demi politik kotor mereka.

Ya Allah selamatkan lah tanahair kami. Tak mahu menjadi pecacai di tanah sendiri.



Tuesday, January 3, 2012

Selamat pagi menu sihat, please!

Bangun Bangun Bangun!

Tarik nafas.. Lari setempat.. Gelek gerudi lebih kurang.

Hokeh.. sekarang engkau boley pegi makan.

Nasi lemak paling sedap. Nanges lah nak carik kat KL macam nih. Masak sendiri? Bila kali terakhir aku masuk kitchen ek?

Sambal sotong cicah roti adelah hobi di kala boring.

Ayam masak Preggo. Nak tapau balik KL nanti.

Kalau mom goreng telur pun sedap :)
.
.
.
.
.

..dan akhirnye.. habuan tekak sesudah subuh. Lepas tu tido balik. Lepas tu bangun, sambung makan lagi dan tido kembali. Hoih! macam tak ade masa depan sungguh. Nasib baik sudah berumahtangga dengan lelaki charming itu..


Sabarlah Sabariah.......

Sunday, January 1, 2012

Halo si manis 2012!

si gadis pinky peminum mocha. Cheh. Gadis kah? hewhewhew aje lah..


Assalammualaikum!

Selamat tahun baru. Selamat datang bulan baru. Selamat datang baju baru, eh??

Selamat datang January 2012 untuk semua!

1. Semoga tahun ini menjadi antara yang terbaik untuk diri sendiri, suami, keluarga, mertua dan sahabat handai yang lain. Harapan yang baik pasti akan berkesudahan yang baik dengan izinNya.

2. Azam tahun baru? Oh, saya tidak mempunyai sebarang azam yang baru sebab azam saya tidak payah ditunggu setiap tahun, malah selang sehari pun saya akan mengeluarkan azam baru mengikut keperluan dan kepala sendiri. Ha ha. Jadi untuk menjawab pertanyaan berkenaan azam tahun baru adelah tidak menjadi keperluan utama kepada saya sebenarnya. Esok saya telah berazam mahu men-makan semangkok laksa yang paling sedap di Alor Setar. Mampu?

3. Sambutan tahun baru? Tidak pernah kami raikan. Cukup sekadar memerhati dari kejauhan bunga api dari Klcc dan Kl Tower kalau di rumah kami. Di penang, semalam berkesempatan pegi bersolat berjemaah sama sama di masjid, lepas tu dad ajak makan makan sambil tengok bunga api dan countdown. Ingatkan kat KL aje meriah, rupanye kat sini pon taknak kalah. Sunway telah bertukar menjadi sangat giler happening hokeh.

4. Sudah mula berkira kira mengenai perancangan penting sekitar awal tahun kelak. Mudah mudahan diberi petunjuk yang lebih jelas ke arah itu.

5.Mahu tinggal lagi sehari dua di sini, sebelum pulang ke pangkuan suami di ibukota. Baru menulis serangkap ayat cengini pun dah buleh membuatkan hati sayu. Bagaimanakah nanti? Emosi berbaiklah dengan saya selalu.

6. Mom menghadiahi saya sepasang scarf yang sangat cantik sampai terasa sayang hendak memakai. Saya memang begitu. Kalau dapat donut yang berwajah comel pon akan menjadi sayang menyayang dengan tidak semena mena. Sangat annoying lah engkau.

7. Tahun ini tidak perlu menggantikan puasa seperti selalu. Tapi mahu membanyakkan puasa sunat, Insyaallah. Raya tahun ini di mana? Tak mau bincang awal awal buleh? Ha ha ha

8. Mari sama sama renungkan dari Saidina Ali RA "Apabila kamu berasa letih kerana berbuat kebaikan maka sesungguhnya keletihan itu akan hilang dan kebaikan yang dilakukan akan terus kekal. Dan sekiranya kamu berseronok dengan dosa, maka sesungguhnya keseronokan itu akan hilang dan dosa yg dilakukan akan terus kekal"


# Jatuh cinta pandang pertama. My first twenty-twelve charm bracelet


winks$smiles!