si gadis pinky peminum mocha. Cheh. Gadis kah? hewhewhew aje lah..
Assalammualaikum!
Selamat tahun baru. Selamat datang bulan baru. Selamat datang baju baru, eh??
1. Semoga tahun ini menjadi antara yang terbaik untuk diri sendiri, suami, keluarga, mertua dan sahabat handai yang lain. Harapan yang baik pasti akan berkesudahan yang baik dengan izinNya.
2. Azam tahun baru? Oh, saya tidak mempunyai sebarang azam yang baru sebab azam saya tidak payah ditunggu setiap tahun, malah selang sehari pun saya akan mengeluarkan azam baru mengikut keperluan dan kepala sendiri. Ha ha. Jadi untuk menjawab pertanyaan berkenaan azam tahun baru adelah tidak menjadi keperluan utama kepada saya sebenarnya. Esok saya telah berazam mahu men-makan semangkok laksa yang paling sedap di Alor Setar. Mampu?
3. Sambutan tahun baru? Tidak pernah kami raikan. Cukup sekadar memerhati dari kejauhan bunga api dari Klcc dan Kl Tower kalau di rumah kami. Di penang, semalam berkesempatan pegi bersolat berjemaah sama sama di masjid, lepas tu dad ajak makan makan sambil tengok bunga api dan countdown. Ingatkan kat KL aje meriah, rupanye kat sini pon taknak kalah. Sunway telah bertukar menjadi sangat giler happening hokeh.
4. Sudah mula berkira kira mengenai perancangan penting sekitar awal tahun kelak. Mudah mudahan diberi petunjuk yang lebih jelas ke arah itu.
5.Mahu tinggal lagi sehari dua di sini, sebelum pulang ke pangkuan suami di ibukota. Baru menulis serangkap ayat cengini pun dah buleh membuatkan hati sayu. Bagaimanakah nanti? Emosi berbaiklah dengan saya selalu.
6. Mom menghadiahi saya sepasang scarf yang sangat cantik sampai terasa sayang hendak memakai. Saya memang begitu. Kalau dapat donut yang berwajah comel pon akan menjadi sayang menyayang dengan tidak semena mena. Sangat annoying lah engkau.
7. Tahun ini tidak perlu menggantikan puasa seperti selalu. Tapi mahu membanyakkan puasa sunat, Insyaallah. Raya tahun ini di mana? Tak mau bincang awal awal buleh? Ha ha ha
8. Mari sama sama renungkan dari Saidina Ali RA "Apabila kamu berasa letih kerana berbuat kebaikan maka sesungguhnya keletihan itu akan hilang dan kebaikan yang dilakukan akan terus kekal. Dan sekiranya kamu berseronok dengan dosa, maka sesungguhnya keseronokan itu akan hilang dan dosa yg dilakukan akan terus kekal"
# Jatuh cinta pandang pertama. My first twenty-twelve charm bracelet
winks$smiles!
Happy new year to you too! K salam kat parents ya :)
ReplyDeleteInsyaallah doc, see u soon :D
ReplyDeleteslmt tahun baru sash..moga terus murah rezeki dan hepi selalu yeaa
ReplyDeleteHNY to you too, Angah!
ReplyDelete