Friday, April 19, 2013

My Story My Design



Of course la selain baju dan kasut, mesti nak kena beli benda merapu meraban nih, pastuh balik hotel rasa menyesal nak tumbuk orang. Tapi yang paling tak buleh tahan adelah walkers cheese n onion tu lah. Sanggup makan sehari sekeping pon takpe janji takkan habis. Awat hang sedap sangat ooi :") Aku dah nekad sekali lagi pegi mesti angkut satu luggage bawak balik. Sekali lagi, eh eh eh? :P


Hari tu mom tanya kalau dia beli bracelet, suka tak? gila tak suka hahahahaha. Pastuh dia ajak aku pegi carik kat Habib yang depan nasik kandar beratur tuh, aku cakap buat apa Habib sebab aku bukannya jenis pemakai barang kemas bagai. Gelang ngan rantai kaki hasil duit mas kawin dulu pon pakai berapa kali aje bila mai angin tak betul. Hahahahaa. Memang payah lah nak suruh aku pakai semua ni, dari dulu lagik macam gitu. Cincin kawen pon kadang2 aku bley terlupa nak sarung jugak. Pastu terus feelingfeeling single mingle jingle, tampar nak?

Tapi kalau nak beli jugak, ayuh ke Pandora aje lah senang cita.. Aku cakap macam gitu la. Dah alang alang kan. Lagipon aku dok berkenan lah jugak dengan pandora ni sebab bila pegi bangsar village sempat la aku intai intai dari luar. Gigih la kami anak beranak pegi Gurney lepas tu.

Dalam malas nak pakai tu pon kat dua jam jugak aku dok pilih charms dia. Gila rambang mata uols. Charm yang memula sekali haruslah mom yang pilih. Nama dia My Princess, yang macam crown tu. Sesuai lah dengan aku mom kata. Hahahahaa. Cute sangat. Yang lain mula lah aku dok merapu dengan color pink aje. Dah tua tua pon ada hati nak jadik gegirl sangat. Payah.


Pastuh diaorang bagi free satu charm. So aku nekad hadiahkan charm percuma tu kat mom. Hahahahahaha. Buleh la pakai kat rantai ke apa nanti kan :)

Jadik sempurnalah satu hajat di hati. 

Pastuh masa kat London hari tu sempat jugak aku menyendeng si suami suh beli perfume nih. Senyum sampai telinga I bawak balik KL. Dah lah susah payah nak pegi carik, mestilaa sayang nak pakai banyak banyak :') Memang bercita cita nak carik perfume ni dari tahun lepas pon. Kesian aku.

Wangi sexy semerbak ooi! Worth every penny uolssss..


Okay. Dah siap packing semua. Flight selasa nih. 

Halo Bandung! Halo Penang! 

Muah Muah Muah!


*Gambar besar gabak dan color seperti over eksaited sebab curik dari instagram sendiri. Sila lah add saya kalau berminat. Hahahahaha. Tetibe promosi murahan*

Friday, April 12, 2013

Chef is back!

Alahai kesian..baru masak tiga jenis lauk pauk dah teringin nak jadik chef kenkonon. Ha ha ha. Tadi sesaje nak makan nasik minyak sebab macam dah lama tak masak betul betul dalam rumah nih. Bila bukak magic fridge semua dah siap sedia, tinggal nak tumis aje apa yang patut. Maka.. layaannnn.

Sejam aje siap semua.. nasik minyak, korma daging dan sayur campur. Express? No? Hahahahaa Facetime dengan dad kat office tadi, lepas solat Jumaat mom bagitau dia suruh mom masak nasik minyak jugak esok. Tak tahan daulat la tu tengok anakanda masak, tapi tak nak bagitau kan :P


Selalunya kalau masak awal, lunch aku makan sikit aje...kira segenggam nasik campur dengan lauk pauk.  Sekadar nak test market dulu lah sebelum hubs balik keja. Tapi kali ni memang tak tahan nafsu sungguh.

Lepas masak semua, kemas kemas pastu tunggu solat dulu. Keluar dari bilik memang harum semerbak rumah bau nasik kenduri I tell you. Dari segenggam nasik, terus jadik dua penumbuk besaq uolss aku tibai. Hahahahaha..


Korma daging kali nih memang menjadi jadi kesedapannya. Mom ajar buat tumis darat. Kira bila dah hampir masak,  tumis bawang dan kengkawannya yang lain dengan minyak panas kat atas korma tadi. Pastu terus tutup. Perah lemon dan tabur daun pudina bagi wangi.

Seriously sedap. Oh yeah, rempah korma nih kitaorang beli kat Penang hari tu, memang kedai rempah otai kaw kaw punye. Kat rumah I memang banyak bekalan rempah ratus, dari penang sampailah ke pakistan. Dari ayam goreng hinggalah ke kebab semuanya ada. Hahahaha. Cuma aku aje yang malas nak memasak kenkadang tu. 

Harap harap buleh simpan sampai esok untuk breakfast pulak sebab nak cicah dengan pratha Kawan :)


Maka, kalau sang suami bawak balik sesuatu yang bercirikan pemanis molot akan bertambah seri lah hidup aku hari nih. Ayuh cuba nasib.

Nyoms nyoms!

Tuesday, April 9, 2013

Terkenang kenang!


Frutti diMare di Park Plaza hari tu. Nama sempoi bukan kepalang, sesuai lah dengan rasa dia yang memang sempoi jugak. Ade berdoyon doyon salmon, tiger prawn dan mushroom. Kalau kat Dominos buleh lah makan sorang sekotak, kat sini satu kotak pizza sila lah kongsi berdua yer jangan banyak bunyik. Makan dalam bilik aje lagiklah jimat sebab dah beli siap siap diet coke sorang sebotol. Bila hidup saling jimat menjimati maka hati pon akan lebih tenang. Hahahahaha.


Eh eh.. tak sangka laa hari nih buleh bukak belog dan bermain sedikit facebook dan Ig macam tak sebok langsung. Mesti ade yang musykil kan, dia ni bukannya bekerja pon, tapi asyik dok bebel busy memanjang. Kau buat apa sebenarnya kat rumah nih, sash? Memang nak makan penampar sulong aku lah sangat kalau berani tanya soklan macam tu kot.

Ntah lah sejak dua menjak nih aku pon heran apesal keja rumah tak penah selesai. Hari ni basuh sebakul baju, esok lusa ade lagi dua bakul pastu yang nak simpan dalam closet tak masuk campur lagi. Stressed ooi stressed. Memang lah orang cakap jangan terlampau susah hati hal duniawi, banyakkan beramal untuk bekalan akhirat tapi kadang kadang mana buleh pejam mata aje kan tengok rumah lintang pukang. Tak gitu dahhlinggss? 

Hidup masih berjalan seperti biasa. Takde apa yang baru, takde apa yang nak dikecohkan satu dunia pon hahahahaha, melainkan aku memang letih yang teramat dua tiga hari ni. Sampai nak makan pon macam tak selera (eh biar betul) yer lah sebab aku yang masak, cuba kalau makan luar atau mom kat sini, laju lah aku bertambah. Tapi makan tetap makan, tak pernah lagi tinggal..


Ayam tumis campak campak. Sumpah tak tahu nama apa menu ni. Sebab masak pon dah lewat, The Other Half cakap tak sempat nak keluar dinner malam ni jadik nak tak nak, memang aku kena masak lah sebab minggu ni memang dia tak nak makan fast food katanya. Jadik ade bawang dan seangkatan dengannya, ade rempah biryani, ade rempah kari, ade tomato puree jadik siap dinner yang penuh kasih sayang. Kalau tak sayang jugak taktau lah nak cakap apa lagi.. hahahahah

Banyak post yang tertunggak masa ke London hari tu, dah basi baru nak cerita kot. Takpe, janji hadddoo. Ekceli takde lah pegi tempat yang special special pon dari selalu, sebab kebanyakkan masanya memang ke high street aje aku..

Kali ni sempat singgah jenguk M&M World di Leicester. Tak rancang pon sebenarnya sebab kitaorang pegi jalan jalan ke Leicester sebelum ke Oxford, pastu tetiba ternampak M&M yang besaq gabak nih.. apa lagi...


Muka eksaited macam tak penah peluk bantal seumur hidup. Kesian aku..


Banyaknye cekelat mak ooi.. Hahahahahaha. Jakun please. Aku kagum bukan sebab M&M pon sebenarnya, tapi kagum sebab tengok pastel color yang comel comel MasyaAllah. Geram sangat, kalau dapat hias macam nih dalam bilik kitaorang mesti aku lah wanita yang paling bahagia dalam duniya. Bangun tido aje tarik satu balang, nak tido hadap satu balang lagik. Haaaaihhhhhh duniawi..


Tangan tu sepantas kilat nak capai aje. Maklum lah hati tengah bahagia. Hahahahaha. Keji.



Kat sana jalan seret kaki sampai kejung pon tak rasa penat, tak kecoh tak bising langsung.. balik rumah angkat bakul baju dari laundry room ke balcony aku bebel sampai ke malam. Hahahahahahaha. Sabarlah sabariyaaahhh.


Minggu depan ibubapa datang yeay please!

Thursday, April 4, 2013

Kl am back!


Halo semua orang!! rindu I tak? Ha ha. Kali ni rasa betul betul lama tak bukak belog. Jangan kan belog sendiri, belog kenkawan pon tak sempat nak jenguk jenguk. Pastuh macam tak semena mena pulak letak foto syok sendiri sebagai mukadimah entry dah kenapa?

Saya adalah telah kembali ke pangkal jalan sehari lepas. Sebulan dua nih rasa macam tak lekat di rumah langsung, dah bukan lagi seperti suri-rum yang tegar. Maka bila jejak aje kaki ke pangkuan rumah sendiri, hari ni bermula lah kembali rutin rutin semulajadi wifey. Punye lah malas nak bangun dari katil pepagi buta, maklumlah kat penang aku tido goyang kaki siang malam macam keji sangat. Hahahahaa.

Baru kemas kemas rumah, basuh baju macam nak rak, masak ape yang patut badan dan sengal sengal lain macam. Bestnya kalau duduk dekat dengan ibubapa. Mesti hidup aku akan jadi lagi bermakna. Hahahahaha.

Yeah saya masih merindui bilik bujang di penang. Mom tak pernah ubah sikit pon benda dalam bilik tu :) Setiap kali nak balik kl aje, hati rasa sayu dan berat sangat. Bukan tak seronok kat sini, cuma bila dah lama kat kampung halaman emosi pon dah bertukar serba sedikit kan.

Tadi sempat masak stew meatballs makan dengan baby spinach salad. Cukup lah rezeki untuk hari ni, tak payah pikir panjang panjang sebab itu aje yang ada pon. Esok makan luar, hujung minggu pon dah cadang awal awal nak makan luar jugak. Sehari dua ni nak mengemas rumah dan kain baju aje lah kekdahnya.. Eeee sangat tidak suka tapi saya mesti tabah ha ha :"(


Haruslah gigih  menapak ke nasik kandar beratur malam malam buta bila kat sana. Cholesterol? What cholesterol? :"( :"(