Friday, April 12, 2013

Chef is back!

Alahai kesian..baru masak tiga jenis lauk pauk dah teringin nak jadik chef kenkonon. Ha ha ha. Tadi sesaje nak makan nasik minyak sebab macam dah lama tak masak betul betul dalam rumah nih. Bila bukak magic fridge semua dah siap sedia, tinggal nak tumis aje apa yang patut. Maka.. layaannnn.

Sejam aje siap semua.. nasik minyak, korma daging dan sayur campur. Express? No? Hahahahaa Facetime dengan dad kat office tadi, lepas solat Jumaat mom bagitau dia suruh mom masak nasik minyak jugak esok. Tak tahan daulat la tu tengok anakanda masak, tapi tak nak bagitau kan :P


Selalunya kalau masak awal, lunch aku makan sikit aje...kira segenggam nasik campur dengan lauk pauk.  Sekadar nak test market dulu lah sebelum hubs balik keja. Tapi kali ni memang tak tahan nafsu sungguh.

Lepas masak semua, kemas kemas pastu tunggu solat dulu. Keluar dari bilik memang harum semerbak rumah bau nasik kenduri I tell you. Dari segenggam nasik, terus jadik dua penumbuk besaq uolss aku tibai. Hahahahaha..


Korma daging kali nih memang menjadi jadi kesedapannya. Mom ajar buat tumis darat. Kira bila dah hampir masak,  tumis bawang dan kengkawannya yang lain dengan minyak panas kat atas korma tadi. Pastu terus tutup. Perah lemon dan tabur daun pudina bagi wangi.

Seriously sedap. Oh yeah, rempah korma nih kitaorang beli kat Penang hari tu, memang kedai rempah otai kaw kaw punye. Kat rumah I memang banyak bekalan rempah ratus, dari penang sampailah ke pakistan. Dari ayam goreng hinggalah ke kebab semuanya ada. Hahahaha. Cuma aku aje yang malas nak memasak kenkadang tu. 

Harap harap buleh simpan sampai esok untuk breakfast pulak sebab nak cicah dengan pratha Kawan :)


Maka, kalau sang suami bawak balik sesuatu yang bercirikan pemanis molot akan bertambah seri lah hidup aku hari nih. Ayuh cuba nasib.

Nyoms nyoms!

2 comments:

  1. Tiba tiba rasa nak masak nasik minyak untuk dinner mlm ni....eh.... Terpengaruh sudah.... Hahahahha :-)

    ReplyDelete
  2. Bestnya nampak, terus lapar balik ni. Hari ni baru I tahu apa maknanya tumis darat. Haha, dah lebih 40thn baru tahu....

    ReplyDelete