Terima kasih mom sebab lahirkan aku tiga puluh dua tahun yang lalu.
Seperti hari hari yang biasa, takde lah terkinja kinja pon menanti ketibaan harijadi sendiri. Bukan sebab dah tau ade orang akan bagi hadiah, tapi lebih kepada keadaan sekeliling yang membuatkan aku jadi lebih dewasa kot, ewah.
Suami adelah sangat sibuk kebelakangan ini. Dari dulu pon memang sedia maklum dengan keje dia, tapi sekarang makin bertambah. Jadi aku mesti menjadi understanding, dah tanamkan semangat kental di jiwa kiranya kalau dia tak beli apa apa pon aku kena redha. Hahahahaha. Dan dia pon macam takde perasaan langsung pulak aku tengok, kalau dulu dia akan tanya jugak kot.
Redha Sash. Tolong redha.
_________________________________________________________________________________
Bangun pagi macam rutin selalu. Pegi kitchen nak buat breakfast. Tunggu dia bersiap nak pegi office. Dia tanya nak hadiah tak. Eh gila tak nak. Tapi macam rasa tak best pulak kali nih. Kenapa ek. Macam dia tak kisah aje? Terus makcik nak jadik emo tak tentu hala kan nokz. Hahahahaha. Pastuh takdan aku nak tanya hadiah apa, terus dia bagitau kena cepat cepat pegi office hari nih, jadik tak payah buat breakfast. Nanti petang dinner kat luar aje katanya. Ok. Fine.
Weh, where's my gift larrr? Nak aje aku telan orang pagi tuh.
Pastuh petang sebelum balik keje, husband tanya lagik.. nak pesan apa apa tak sebelum dia balik. Sebab selalunya aku akan sibok aje memesan itu ini, ice cream lah, roti lah. Dia cakap lagik, nanti balik tak tentu nak keluar pukul berape sebab ade meeting lagi. Hoh?
Nak aje aku nangis masa tu. Emosi sungguh. Sampai hati tak bawak aku makan kat luar. Dah lah harijadi kot. Hahahahahahah.
Terus rasa kalau dad ada sini mesti dah lama dia ajak aku makan kat hotel. Ya Allah. Nampak tak, hasutan syaitan-laknatullah. Nak menjahanamkan rumahtangga ke apa kau nih oooi. Terasa hati to the max masa tu.
Okay. Fine. Dia busy. Weekend kan ada. Aaaalaa ape lah sangat nak sambut tua tua macam gini. Pujuk hati sendiri lah kenkonon. Dah dah pegi mandi.
Tak sempat aku habis mandi lagi, rupanya husband dah sampai balik. Pastuh paksa aku keluar cepat cepat. Eh dia ini. Memang pantang sungguh masa aku tengah mandi nak dipaksa paksa keluar. Macam lah sebijik aje bilik mandi dalam rumah nih sibuk nak berebut dengan aku ape hal. Eh ini memang buleh mengundang marah. Hahahahahahaha. Tunggu kejap. Aku keluar kita bincang face to face.
Keluar aje dia takde. Yang sibuk dok goncang pintu macam nak rak tu apesal, poo poo dalam seluar ke apa ntah. Sabar lagi. Aku tukar baju, pastu sibok dia dok panggil aku dari luar macam kena kejar hantu dah kenape.
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
Ohemmgeee! Bee, u bought that for me? Seriously? Hahahahahaa. Berdekah dekah aku gelak bila tengok dia terkial kial ubah cake tu dari sofa ke meja sebab takut cair dengan candle bagai lagik. Patut lah beriya paksa aku takut tak sempat. Kesian.
Kecik aje ice cream cake nye. Tak payah lah tamak yer. Dua ekor orang aje pon dalam rumah nih.
And taadaaaaaaa....
30-05-2013
Muka gila sememeh. Tak sempat aku nak bedak ke apa. Dah nama pon surprise dalam keterpaksaan kan. Pastuh aku siap bebel nanti foto tak elok sebab tak pakai lipstick. Payah betui nak satisfied pompuan sorang nih kot. Hahahahahaha. Maka layan lah muka sembab bangun tido merajuk dan lepas mandi tapi gembira akhirnya ekslusif hanya dalam belog aku.
Potong cake, tangkap gambar syok sesama sendiri, gelak gelak macam orang pagal, pastuh dia bawak keluar satu demi satu hadiah. Ya Allah. Berdosanya aku syak wasangka dengan husband sendiri. Rupanya gigih dia pegi beli hadiah aku sorok merata tempat dari office sampai ke rumah, dalam bilik ketiga bawah katil tepi kotak. Mak aaih.
Mana aku nak pegi carik sampai situ tak semena mena kot. Hahahahah. Lagipon seminggu dua yang lepas memang aku tak bape sihat sangat. Of course lah aku mintak ampun maaf dari hujung rambut sampai tumit kaki sebab takut jadik isteri derhaka kan. Huhuhuhuhu.
Malam.
Takkan nak makan cake aje kot. Friday pulak dia cuti. Aku pulak tak masak sebab merajuk pagi takdi. Hahahaha. Kitaorang pegi makan makan di Ben's Publika sebab malas nak keuar jauh jauh sebab hujan lebat. Lagipon aku tak pernah lagi pegi makan situ. Kesian tak?
Maka hari itu tidurlah aku dalam keriangan. Hadiah yang dihajati lima ratus tahun lamanya sudah digenggami. Kahkahkahkahkah
_______________________________________________________________________________
Eh dah pagi la. Harijadi dah habis. Kena tunggu tahun depan pulak. Sumpah itu yang aku fikir bila bukak mata. Hahahahaha. Keji.
Breakfast pungg pangg pungg pangg, husband cakap nak pegi solat Jumaat dekat rumah di masjid wilayah aje. Pastuh dia suruh aku siap siap nanti terus keluar lunch. Eh? Nak keluar ke kita? Selalunya kalau ke masjid wilayah aku akan suruh dia belikan aje nasik biryani gam yang sedap tepi masjid tuh. Tapi taknak katanya. Nak makan luar jugak. Dah kenapa?
Uolss
Sebab harini kan official opening di JStore Jovian Mandagie. Oooooohhhhhh. Nyumnyumnyum please.
Why so sweet? Dia tahu memang aku dah lama dok meroyan nak pegi sini.
Kitaorang lunch di Devi's aje sebab senang nak ke JStore nanti tak payah fikir panjang. Tak senang aku nak telan nasik dengan crab curry dia yang super ohhsome itu sebab asyik terfikir akan Jovian. Eh.
Sampai JStore, lega tak ramai sangat. Kalau aku pegi awal tadi, siap kena beratur luar. Buleh masuk dua puluh orang dulu. Yang lain kena tunggu.
Tadi nasib kitaorang baik sesangat ( kitaorang ke aku? hehehe ) parking pon senang. Allah makbulkan jugak doa aku :)
Dalam sibuk sibuk dok pilih baju kat tingkat atas, tetibe Jovian datang dari belakang. Melting mak nokz. Melting gila. Muahahahahahaha. Aku kan pantang begitu. ( sila rujuk gambarajah di atas sambil habiskan ayat tadi. )
Sembang sembang kejap. Jov cakap, ( cheh..dan dan panggil Jov apesal kau ) aku sesuai pakai S size aje, kalau M akan jadi seperti kelambu di awangan. Hahahahahaha
S pon S lah. I redha Jov..
Pre Order untuk Jovian Orked Raya pon dah awal awal tempah hari tu. Bulan depan baru dapat. Tak sabarnya. Ini Jovian RTW limited edition. Kalau aku tak beli yang ini entah bila lah akan berjodoh lagi. Haruslah aku tidak sesekali akan mengambil risiko akan perhubungan kecintaan ini kaaannnnnn.
Thank you darling husband :)
So malam nih, kitaorang lepak lepak kat rumah, nak masak sesama dan habiskan saki baki chocolate ice cream itu bersama sambil menonton dvd.
Alhamdulillah. Simple celebration, but big in quality. Takkan lupa sampai bebila.