Tuesday, May 14, 2013

Its good to be home


Bila tolak campur mahu jugak dekat sebulan aku bermusafir. Hahahahaha. Tak lekat rumah langsung, maknanya kurang lah sikit pahala menjalani tanggungjawab seoarang isteri seperti membasuh pakaian suami, sediakan makanan fresh fresh buat suami supaya suami tak payah panaskan dalam microwave atau paling teruk kena hadap pelita atau bestari ( fresh bagi aku adelah masak dan hidang panas panas depan muka laki ha ha ) Kesian sang suami itu.

Banyak kejadian pahit manis berlaku sepanjang tidak menulis belog ini. Bila aku free macam nak rak dulu takde pulak jadik apa apa sampai nak carik bahan buat entry pon ala ala kegersangan kot.

1. Pergi Bandung. Balik Kl dan terus menapak ke Pantai jam tu jugak. Tak sangka kena food poisoning yang paling dasyat dalam hidup aku. Pastuh tengkuk pon sakit tak semena mena sampai tak buleh nak pusing langsung. Muntah jangan kira lah. Baru tengok makanan aje, tak makan lagi pon buleh muntah jugak. Masa tu macam sumpah taknak pegi mana mana dah. Masa tu laa. Hahahahaaha. Mahu seminggu jugak baru pulih dan buleh makan macam biasa. Kurus iolsssss kejap :))))

2. Balik penang, sibuk tengok orang berkempen siang malam untuk PRU hari tu. Tak nak cerita panjang pasal tu sebab dah jemu. Bukak fb pon macam nak sentap bila tengok gelap gelita manjanggg kekdahnya. Hidup dah elok terang benderang nak sangat gelap kelam nih, gasak engkau lah.

3. Dalam pada tu semua, abang kepada dad dan jugak adik ipar mom telah kembali ke Rahmatullah bulan lepas. Arwah pakcik kena brain stroke dan segala macam penyakit dia lagi, arwah maksu pulak thyroid cancer. Selang seminggu aje. Moga roh mereka ditempatkan dikalangan yang beriman. Ameen.

4. Pastuh ade jugak kejadian aku terlepas flight dari penang ke kl sebab silap tengok masa berlepas. Macam aku nak meroyan dalam kereta dah lah jammed teruk dari rumah nak ke epot masa tu sampai tak sempat nak makan. Tapi kejap aje, lepas dad bawak kitaorang semua makan rojak pasembur kat padang kota, okay letteww.. Hikmah kan. Duduk lah kat kampung sehari dua extra lagik.

5. Di Bandung tak shopping banyak pon, aku rasa dua tiga tahun yang lepas macam best lagi kot. Sekarang nih macam so so aje. Nak nak lepas demam muntah sakit perut bagai, confirmed aku tak jejak dah lepas nih kot. Ha ha. Yang banyak kitaorangg borong pon bukannya kain baju pon, lebih kepada brownies kukus, kerepek bayam sedap hokeh, pastuh ade lah selai dua baju yang mom belanja aku kat Rumah Mode. Rumah Mode memang worth to go la kalau korang nak pegi Bandung, yang lain tu jenguk jenguk lah kalau ade kelapangan. Hot spring, tangkuban perahu semuanya dah penah pegi dulu. Jadik bagi aku, pegi bandung kali ni hanyalah untuk makan. Entah apa yang aku bantai pon taktau padahal semua orang makan yang sama jugak. Mom cakap sebab mulut aku celupar kot. lolz


Masa nih pegi makan di Sangkuriang, Bandung. Dekat aje resto nih dengan Rumah Mode. Makanan Sunda, nak makan kena duduk bersila macam pompuan sunda dalam pondok pondok tuh. Heheheheh. Nih foto dalam Ig, tak banyak amik foto pon. Sebagai kenangan nak lah jugak aku masukkan sekeping dua dalam belog kan. Tak lah sedap sangat makanan diaorang nih, tapi murah walaupon makan macam nak rak. Tak sedapnya bila takde curry atau kuah langsung.. semua kering kontang aje. Pastuh pedas yang tak buleh nak bertoleransi sangat pun ye jugak. Balik hotel, tapau kfc baru kenyang betul betul. Kfc diaorang pon cenonet aje, macam anak ayam nokz. Hahahaa

6. Kat penang, panas sepanas panansnya. Nak aje aku letak muka lama lama bila bukak fridge. Menambahkan kepanasan lagik bila tiap tiap malam dad bawak menjelajah nasik kandar tak pon nasi dalca. Haaissshhhhhh. Dah terlelap pon aku sanggup celik luas luas uolsss.


Kali nih memang sengaja tak nak upload gambar nasik kandaq sebab dah jemu nengok nye. Tapi lempeng nih seribu kali makan pon sanggupppp. Satu pagi tu, mom buat lempeng kelapa muda cicah dengan sambal sotong pedas. Ya Allah sedap sungguh, dah bertaun tak makan lempeng. Mulai hari tu, selang sehari suruh dad pegi carik kelapa muda nak buat lempeng. Memang mintak lempang sesangat kan? Ha ha. Kat Kl jangan harap lah dapat merasa, nak buat cekodok pon aku terkial kial. Sadis tak? 

7. Balik KL kali ni rasanya tak pegi mana mana dah kot. Nak mengabdikan diri pada rumahtangga kejap. Kurang kurang pon sampai puasa. Yer lah nak puasa pon tak lama kan. Sekarang dah Rejab. Sehari dua nanti baru buleh mula berpuasa sunat..InsyaaAllah.

8. Rumah pulak takdelah bersepah sangat cuma berhabuk luar dalam. Memang lagi teruk lah aku kena kerah tenaga dan mencuci sekarang. Macam nak nangis pon ada bila tengok rumah tak terurus, kain baju bertimbun.. gila stress kot. Tapi dah siap semua house chores tadi, sebab tu dapat jenguk belog dan main fb kejap. Lega dalam kepenatan.

9. Dah siap jugak buat chapli kebab. Half cooked aje, masuk magic fridge goreng aje bila perlu. Tahan lah seminggu dua rasanya nih, buat bekalan berbuka puasa dan sahur kelak. Kitaorang kalau lauk berbuka nih memang lebih kepada ayam dan daging and of course naaaaaaaaaaaasik. Simple pon takpe janji naaaassiiiik. Hahahaha.


10. Chapli kebab ni sangat femes dan meriah kalau di Pakistan dan Afghan. Dalam dia ade minced meat, paprika, cili padi, capsicum, lemon, tomatoes, bawang, coriander dan sedikit rempah. Sepatutnya dibuat besar besar telapak tangan aku, tapi aku sengaja buat kecik kecik aje sebab bagi nampak banyak. Ha ha ha. Menjadi sungguh kebab kali nih, wangi, rangup dan terasa rempah ratus dia, cicah dengan mint sauce dan yogurt. Tapi aku harus lah makan dengan nasik saje :)


Baiklah sekian dulu laporan bulanan saya. Ada cerita baru kita kasi bahan lagik ;)

3 comments:

  1. Welcome home! Wa....seronok bcuti eh...caner bleh trlepas flight tu? Huhuhuhu.... :-)

    ReplyDelete
  2. waoo byknye kisah,....mcm cerpen pulak,,haha...mana resepi chapli kebab nyaaa..huhu comei2 pulak tgk bila buat kecik2 cmtu...

    ReplyDelete
  3. Kak Nina, itu laaa hormone changes kot hahahaha..tah apa apa alasan. Sehari semalam kena bising ngan hubs ;)

    Angah recipe macam biasa tak sempat nak karang kena tunggu free sket, kain baju pon tak menang tangan lagik! Lol

    ReplyDelete