Tuesday, January 28, 2014

Glowing seperti bunga


Sejak sejak akhir ini, saya rasa.. saya adalah kelihatan sedikit glowing. Glowing saya bukan calang calang lagi, glowing saya adalah sangat luarbiasa. KahkahKah. * ayat mintak penampar sangat*

Yeay confirmed Yeay!!

The Other Half itu telah membawakan perkabaran yang mengujakan untuk saya. Pada satu malam ketika aku memang dah nak tertido sangat sangat dah, sebab tunggu dia habis meeting lama sangat.. Tetiba terdengar macam..

'Hun, Where should we go on holiday this time?' 

I was like.. 'Eh eh betul ke dia nih?? Eh eh? ' 

Gila nak sambung tido kot lepas tu. Hahahaha Haruslah melilau mata aku cari phone nak tengok calendar. Hahahahaha. Seriously. Menonong aku bangun terus, padahal tadi punya mengantuk yang amat. 

DRAMA sangat uolss.

Haaaishhh. How can I not love you la my darling husband. 

Tak sangka seminggu dua sebelum tu sebenarnya ada lah juga aku bincang manja manja aje dengan dia pasal sesuatu itu. Tapi masa tu dia cakap macam tak penting, kita buat yang penting dulu. Lagipon dia ada bussiness trip ke NL lagi la, team meeting la.. dan bla bla bla. Terus keesokkan harinya aku kena sleep paralysis. Hahahahahaha. 

Stress lettewww khennn..

Thank u sayangku sebab menjadikan i tak senang duduk sambil menghitung hari dan bulan nak hollymoon dengan you lagi. Ewah. Kalau I tau you ini senang dipengaruhi, lagi jauh I ajak pegi, detik hati tamakku lepas tu. HEH HEH HEH. *devil's laugh*


Gurau tu gurau.


Okay lah. I Sangat excited tak tentu hala. Kenapa? Kerana I adalah gedik. Walaupon beberapa bulan lagi, tapi haruslah kena lah buat homework dari sekarang kan. 

Hotel, flight, visa untuk dia lagi, dia ni kalau nak pi mana mana pun memang kena pakai visa. Walaupon dah dapat PR, tapi tang visa tetap kena tempek juga dalam buku merah itu. Tak apa lah, untuk kebahagian kita bersama kan? Gituuuu :) 

Tripadvisor sangat membantu dalam setiap percutian kami. Dekat ke jauh ke, wajib bukak tripadvisor okay. Semua tu memang aku yang kena buat. Si suami itu dah awal awal cakap, dia memang busy takde masa sangat nak tengok tengok benda nih semua, jadi dia suruh aku pilih yang mana elok, sesuai dan bagitau dia secepat mungkin. Sebab nanti tix mahal pulak kalau lambat lambat karang.

Baiklah daku menurut perintah ;)


Akibat kegembiraan berpanjangan itu ( syukur Alhamdulillah ) saya telah nekad untuk memasak yang best untuk makan malam semalam. Pilaf rice bersama salad. Okay what? He he Tetapi pilaf rice ku itu menjadi sedikit hot akibat tengah berangan masa memasak, maka spices dia pon aku tak ingat berapa sudu yang aku curah.

Dia punya pedas masih boleh ditoleransikan. Suami itu makan sampai dua pinggan sebab macam terlampau sedap. Syok sendiri, no?

Baiklah. Dari sekarang diharapkan lebih bersedia dengan sebarang kemungkinan entry syok sendiri berkilo kilo lepas nih. Kalau tak daya menanggung derita sebegitu, maafkan lah saya. HEH


When one door closes, the other one opens :)

Wednesday, January 22, 2014

Sleep Paralysis


Sebenarnya ini adalah kali pertama untuk tahun ni, dan dua tiga kali jugak dalam tahun lepas pernah terjadi. Dah pernah baca pasal sleep paralysis nih dulu, bila dah jadi banyak kali dia kira macam alah bisa tegal biasa lah kot. Ha ha

Memula tu ngeri lah jugak.

Pernah tak rasa bila nak bangun dari tido, tetiba rasa macam badan jadi berat dan mengantuk yang amat.. rasa sedar tak sedar gitu?
Rasa macam dah buka mata tapi tak buleh pulak bergerak?
Rasa macam dah buka mata, dah bergerak angkat tangan ke kaki, tengok persekitaran bilik tapi rupanya masih dalam mimpi? Antara sedar tak sedar?

Itu semua antara ciri ciri sleep paralysis. 

Memang lah dengar macam menakutkan, tapi dia ni takde apa apa pon.. tak payah risau nak pegi carik ubat ke tok bomoh ke apa.

Kemarin aku kena lagi. Selalunya aku akan kena macam ni bila tido siang lama lama. Dua tiga hari lepas badan sakit sakit, kaki semua jadi sengal sengal sebab panahan cinta aunty flow. Selalunya dia akan bagi intro sebegitu lah dulu dua tiga hari kan. Terus aku rasa down gila. Down sampai rasa nak pegi Sushi King makan salmon-maki empat pinggan. Kahkahkah.

Tapi kemarin paling keletihan yang amat. Maka tidor lah aku dari pukul 3 sampai nak dekat pukul 5. Ekceli sebelum tu aku dah terjaga kot. Mata bukak.. tapi rasa macam di awang awangan gituuu.  Aku dapat tengok tv yang depan katil nih, buleh tengok pintu bilik terbukak, lepas tu aku rasa macam nak cari phone sebab nak call husband suruh tapau makan malam. Tapi....

Jeng je jenggg

Masa nih lah aku sedar yang diri tak berdaya. Hahahaha. Seriously. 

Rupa rupanya aku masih dalam tido. Semuanya yang aku nampak dan rasa tadi macam dalam mimpi aku aje. Hakikatnya aku masih tido dan tidak bergerak langsung. Tangan aku masih bawah bantal.. so what the heck nya yang kau nak gagau cari phone pesan dinner bagai? Phone pulak kat meja sebelah.

Panic kejap lima saat. Cuba dua tiga kali nak buka mata tapi rasa mengantuk yang amat. Macam tak buleh bukak langsung. Macam dah diberi ubat tido. Nasib baik aku menjadi sedikit bijak masa tu. Hahahaha. Sebab pernah terbaca dulu, kalau jadi macam gini cuba gerakkan kaki ke tangan ke dan rasai keadaaan sekeliling macam tilam, bantal dll. Aku gerakkan kaki kuat kuat. Memula rasa macam dalam mimpi gak. Dua kali aku cuba kot rasanya. Baru terjaga. Terus istighfar banyak kali. Sepantas kilat aku capai phone kat meja. Hahahahah.

Aku bangun menonong pegi basuh muka dengan air sejuk, sebab nak pastikan aku tak tertido ke apa kan. 

Itulah pengalaman sleep paralysis aku :'( Sesetengah orang percaya macam kena 'himpit' dengan 'sesuatu' ke apa kan.. tapi aku bukanlah nak riak tak percaya benda tu semua.. tapi aku rasa tak berkaitan kot..
Lagipon aku tak rasa dihimpit.. cuma rasa macam lain aje.

Takpe lah as long as bukan sesuatu yang serious ataupon perlukan rawatan ke apa.. kira aku takde lah risau sangat. Cuma sehari dua nih, sumpah aku tak berani nak tido siang dah. Jangan kata siang, nak tido malam pon aku tak berapa nak berani. Hahahaha. Tapi semalam nyenyak jugak sebab telan sebijik paracetamol. Lena sampai pagi.


Bukan tetiap hari aku kena macam gini, sekali dua setahun ada lah jugak. Itupon kalau aku tak berapa nak sihat, kurang tido, sedikit stress dan yang pastinya waktu tido siang yang tidak semena mena.

Tak pernah lagi aku cerita dengan doctor ke apa pasal ni, nak tergelak pon ada.. Husband cakap aku banyak berfikir sebab tu tido pon tak tenang. Pastuh dia cakap lagi, mungkin jugak aku tak pernah mintak maaf dengan dia sebelum tido. Hahahahaha. Ni paling lawak. Macam banyak sangat aku buat salah tiap tiap hari kot? Ini tak termasuk pendapat mak bapak aku lagi. EEEeee tak payah lah, itu lagi macam macam nanti. HEH.


Alhamdulillah. Dah selesai ganti puasa! Sekarang buleh focus puasa sunat lah pulak ye. Jangan nak ngelat ngelat. Lagipon kalau puasa, cakap aje nak makan apa.. dalam ribut taufan pon suami aku pegi carik jugak.  Kekekeke.

Sayang lelaki itu sampai mati.