Sejak sejak akhir ini, saya rasa.. saya adalah kelihatan sedikit glowing. Glowing saya bukan calang calang lagi, glowing saya adalah sangat luarbiasa. KahkahKah. * ayat mintak penampar sangat*
Yeay confirmed Yeay!!
The Other Half itu telah membawakan perkabaran yang mengujakan untuk saya. Pada satu malam ketika aku memang dah nak tertido sangat sangat dah, sebab tunggu dia habis meeting lama sangat.. Tetiba terdengar macam..
'Hun, Where should we go on holiday this time?'
I was like.. 'Eh eh betul ke dia nih?? Eh eh? '
Gila nak sambung tido kot lepas tu. Hahahaha Haruslah melilau mata aku cari phone nak tengok calendar. Hahahahaha. Seriously. Menonong aku bangun terus, padahal tadi punya mengantuk yang amat.
DRAMA sangat uolss.
Haaaishhh. How can I not love you la my darling husband.
Tak sangka seminggu dua sebelum tu sebenarnya ada lah juga aku bincang manja manja aje dengan dia pasal sesuatu itu. Tapi masa tu dia cakap macam tak penting, kita buat yang penting dulu. Lagipon dia ada bussiness trip ke NL lagi la, team meeting la.. dan bla bla bla. Terus keesokkan harinya aku kena sleep paralysis. Hahahahahaha.
Stress lettewww khennn..
Thank u sayangku sebab menjadikan i tak senang duduk sambil menghitung hari dan bulan nak hollymoon dengan you lagi. Ewah. Kalau I tau you ini senang dipengaruhi, lagi jauh I ajak pegi, detik hati tamakku lepas tu. HEH HEH HEH. *devil's laugh*
Gurau tu gurau.
Okay lah. I Sangat excited tak tentu hala. Kenapa? Kerana I adalah gedik. Walaupon beberapa bulan lagi, tapi haruslah kena lah buat homework dari sekarang kan.
Hotel, flight, visa untuk dia lagi, dia ni kalau nak pi mana mana pun memang kena pakai visa. Walaupon dah dapat PR, tapi tang visa tetap kena tempek juga dalam buku merah itu. Tak apa lah, untuk kebahagian kita bersama kan? Gituuuu :)
Tripadvisor sangat membantu dalam setiap percutian kami. Dekat ke jauh ke, wajib bukak tripadvisor okay. Semua tu memang aku yang kena buat. Si suami itu dah awal awal cakap, dia memang busy takde masa sangat nak tengok tengok benda nih semua, jadi dia suruh aku pilih yang mana elok, sesuai dan bagitau dia secepat mungkin. Sebab nanti tix mahal pulak kalau lambat lambat karang.
Baiklah daku menurut perintah ;)
Akibat kegembiraan berpanjangan itu ( syukur Alhamdulillah ) saya telah nekad untuk memasak yang best untuk makan malam semalam. Pilaf rice bersama salad. Okay what? He he Tetapi pilaf rice ku itu menjadi sedikit hot akibat tengah berangan masa memasak, maka spices dia pon aku tak ingat berapa sudu yang aku curah.
Dia punya pedas masih boleh ditoleransikan. Suami itu makan sampai dua pinggan sebab macam terlampau sedap. Syok sendiri, no?
Baiklah. Dari sekarang diharapkan lebih bersedia dengan sebarang kemungkinan entry syok sendiri berkilo kilo lepas nih. Kalau tak daya menanggung derita sebegitu, maafkan lah saya. HEH
When one door closes, the other one opens :)
Hmmm... dah ku agak dah. Dimanjakan betul anak tunggal orang ni :)
ReplyDeleteHahahaa.. Tak luak pon kan.. kan.. kan.. :P
ReplyDelete