Tuesday, February 25, 2014

Kari sotong in the house



I am far from perfect. Are you?

Dah lah rabun, (nasib baik braces dah bukak) nampak tak kesan kesan jerawat menggila hari tu. Ada jugak saki baki dia lagi dok berpeleseran kat dagu. Gampppp betui. Aku syak hormon tak berape nak elok kot lately. Hehehehe. Pepandai aje lah hang. Jadi aku amik vitamin E demi pemulihan abadi. Harap harap okay lah kan.

Sebab faktor memakan makanan manis yang keterlaluan jugak kot. Tetiap petang mesti kena cari cake ke donut ke kalau dapat kueh muih manis tradisi.. laaaagiii lah aku suka. Weekend hari tu pegi check kerabunan ku jugak sebab nak buat glasses baru. Nasib baik tak seteruk yang disangka.


Maka, pagi takdi bangun dan bersemangat nak masak kari sotong. Okay takde kena mengena dengan statement yang atas sebelum nih. Hahahaa. Aparar.


Sepanjang perkahwinan kami ini pertama kali aku masak kari sotong. Aku suruh hubs teka menu hari ni. Jenis muka takde perasaan pagi pagi, dia cakap mesti aku nak masak ayam goreng dengan sayur. Hahahaa. 

Amboi amboi. Mentang mentang lah aku selalu goreng ayam, sedap sedap aje dia tuduh aku begitu. Malas nak bagitau dia awal awal sebab dia nih bukan pemakan sotong yang tegar. Kang terus tak buleh focus kat tempat keje pulak kan. HEH.

Guna rempah sotong/udang. Kalau takde mom cakap buleh guna rempah kari ikan jugak. Gigihlah aku mencari hari tu. Kena tambah serbuk cili sikit sebab jenama ( wah jenama bagai.. macam nak beli handbag pulak kot) rempah tu nanti selalunya kurang pedas dan agak kuning.

Bahan bahan nak kisar dan tumis macam biasa ajerrr.


Bila dah siap kisar, sebatikan dengan rempah dan masukkan sedikit air. Biarkan mereka beramah mesra kejap. Jangan kaco. 


Tumis bahan dalam bekas biru takdi tu dulu. Biar garing sampai kau terbersin baru masukkan bahan kisar dan rempah. Faham ke tidak? Ekekekek.. bajet ade orang nak ikut recipe kau lettew...Kesian tak? LOL

Biar rempah sampai betul betul masak, pecah minyak dan masukkan air serta perasa semua. Kalau nak kuah lebih masukkan lah lebih air..Aku suka sedang sedang aje, pastu nak pekat sikit sebab sedap kalau cicah dengan roti canai. Oh yeah aku punya versi kari sotong ni takde nak letak santan ye. Ni penang style mari punya. Ha ha ha

Bila kuah dah hampir masak dan mendidih, masukkan sedikit air asam jawa. Tak payah susah payah kau nak pegi genyeh asam bagai, guna paste adabi aje. Setengah sudu teh, tambah setengah cawan air. Lepas tu baru masukkan sotong. Jangan masukkan awal awal macam buat kari ayam tu, kang dia jadi liat nak mampss. 

Lebih kurang 5-6 minit aje dah cukup masak dah. Baru lembut dan sedap lain macam bila makan.


Nampak tak nampak tak kari sotong saya yang terbest dalam dunia. Hahahaha. Pedas, rasa manis manis sotong tu memang buleh bawak bertambah dua pinggan easily. Matiii laaaa. 

Kalau tak nak letak ubi, buleh jugak letak kacang panjang ke, bendi ke, terung pun buleh jugak.. Ikut lah apa yang ada dalam rumah masing masing. Kalau kosong aje dah togel pulak kari kau nanti. HEH.


Sayur kobis tumis air. Fishball pon ada jugak. Blurp blurrp blurrpp.




Ni weekend lepas sebab teringin nak makan chicken chipotle tak semena mena. Lepas makan pegi cari glasses pulak. Esoknya baru beli groceries macam mak mak orang. HEH. 

Friday, February 21, 2014

Honey what's for dinner?


..Kalau nasi goreng tak lah aku bersungguh sangat nak jawab selalunya :)) 


Wajib test-market dulu sebelum suami pulang. Nampak macam banyak kan.. nampak aje tu. Separuh nasik, seketul drumstick dan acar timun. Dia punya kenyang buleh bawa sampai ke malam kalau takde orang goda aku dengan manis manisan petang nanti. 


Setiap Friday di rumah saya akan seperti rumah kenduri. Setiap Friday mesti kena masak yang paling terbest. Nasi biryani ke, nasi minyak ke, nasi tomato ke yeah contohnya macam gitu lah. Sorry..nasi goreng tak tercalon dalam kategori itu. Dia dikategorikan seperti masak segan tapi nak hidup kena lah jugak makan. Ha ha ha


Tak tahu berapa kali dah setahun aku akan masak nasi tomato. Ada kawan aku cakap yang dia masak nasi macam gini pada musim musim perayaan sahaja. Ikutlah keperluan masing masing kan. Kitaorang yang jenis pemakan nasi begini, nangis lah kalau tak pelbagaikan menu nasi setiap minggu. 


Ayam kapitan ala penang mari punya. Paling senang dan yang penting mesti lah sedap. Cara dia masak macam ayam rose, bukan ariana rose ye ha ha ha cuma masukkan satu sudu rempah kari ayam. Tumiskan macam biasa. Jangan lupa goreng sedikit ayam terlebih dahulu. Sempoi aje kan? 


Dah alang alang dok eksyen dengan menu tengahari dan makan malam, alangkah baiknya kalau aku tempekkan sekali sarapan pagi tadi. He he he. 

Pasta goreng ayam fishball udang apa adanya.

Tengah kemas kemas kitchen tadi pastuh nampak spaghetti tinggal separuh balang, udang dengan isi ayam pon tinggal saki baki aje.. rimas pulak tengok separuh separuh tertinggal macam gitu kot. 

Masukkan semua yang ada, MAKAN! Sebab tu masak lunch lambat sikit tadi, sempat lah aku pegi main facebook dulu. HEH.


Esok suami cuti yeay. Dalam erti kata lain kitchen tetutup. Sekian.

Thursday, February 20, 2014

Kau rasa?



Hahahahaha.. silap haribulan lebih dari raksaksa aku buleh jadi jugak. Hahahaha T___T

Bawak bawak lah berSabariaaahh.


Monday, February 17, 2014

Macam macam hal



Rutin setiap minggu. Tanpa jemu. Kalau jemu pon kena jugak. Lain la kalau kat Penang, bangun tido turun makan aje. Best nya. Hati daku sudah due rasanya untuk pulang ke sana. Ha ha

Minggu nih beli grocs semua kat TMC. Hari tu pegi ushar ushar line, sebab kalau tak best, susah nak carik barang memang terpaksa lah pegi Jusco/Tesco aje sebab macam macam ada kat sana. Rupanya TMC pon best jugak. Dan tak memenatkan nak menapak jauh jauh. Semua barang yang aku nak..memang ada dan senang cari. Okay la tu. Lagipon dekat dengan Mahbub..lepas beli belah, jalan aje pegi makan nasik bukhara lamb shank nyum nyum nyum. I loikeee.

Minggu nih dah sematkan dalam diri tak nak makan merapu meraban.. nak kurangkan nasi dan lebihkan yang lain lain. Hahahahah. Lain lain tu macam apa ye sash??? Takde maknanya kalau kurangkan nasik tapi hang pegi belasah mee bandung segala bagai kot.


Minggu lepas tu gila gila punya teringin nak makan masak assam dengan telur kicap. I buat salmon masak assam. Sedap luarbiasa. Paling senang masak assam ni rupanya ooi. Letak cili kering goreng dengan bawang lepas tu masukkan air asam jawa. Pergggghh dia punya masam masam pedas sangat manntoppp.

Telur kicap lagi lah lama tak makan. Tapi sang suami itu tak berapa nak berkenan, sebab dia kata dah telur pastuh letak kicap lagi. Tapi makan jugak kot. Ha ha ha. Sedap lettew.. 

Goreng telur mata, pastu letak tepi. Goreng bawang putih, bawang merah, masukkan kicap manis, sos tiram dan sedikit air. Pastuh bila dah didih letak suhun dan daun sup. MAKAN! Sedap sangat.


Ni jugak antara menu yang luarbiasa I masak minggu lepas. Sup udang dan Paprik campur. What??

Selalunya udang kalau tak goreng dengan kunyit, akan daku buat sambal tumis aje. Kalau rajin masak lah jugak gulai udang. Tapi jarang sangat lah sebab selalunya aku goreng aje sebab senang. Hari tu tetiba teringat nak buat sup, sama mcam sup ketam.. letak serai dan cili padi jugak. 

Paprik campur memang tak pernah masak langsung sebelum ni. Kisar bawang merah, bawang putih dan cili lepas tu tumis. Masukkan satu sudu tomyam paste jugak. Kicap, sos tomato dan sedikit sos ikan. Kalau nak pekat pon buleh.. tapi aku suka berkuah sikit baru sedap makan dengan nasi. Bahan bahan dia tertakluk kepada kegemaran tekak masing masing. Memasak ni senang aje uolss.. tak payah risau nak ikut seketul seketul recipe orang. Buatlah sesuka hati takde sapa kisah pon. Ha ha ha

Okay ini cerekarama horror.

Seminggu dua yang lepas adelah sedikit stress. Stress dengan jerawat. Tetiap hari aku bangun tido mesti kena kira jerawat. Ada aje jerawat baru yang nak naik. Haisshhhh tak pernah pernah pulak jadik macam gini. Memang lah muka aku senang nak naik jerawat sebab jenis yang oily bak sang rembulan kesiangan  (sedar diri okay), tapi takde lah teruk tetiap hari macam ni kot.

Semuanya naik kat area dagu kiri kanan tengah :(((( 

Sampai si suami  cakap dah macam army berderet deret keluar. Amboi kalau mengata aku laju aje dia nih. Masa dia cakap aku diam aje lah. Lepas tu, bertubi tubi aku hentam dia dalam whatsapp sampai puas hati. Hahahahah. Don't mess with hormonal wifey.

Selidik punya selidik aku pon tak tahu apa yang tak kena. Check dengan doc Google ( aku kan kaki google, jadik tak hairan lah kalau benda ni pon aku godek carik ) jerawat yang naik kat dagu tu ada berkaitan dengan reproductive system dan hormonal imbalance. Mak aaih lagi lah aku stress kot. Orang kalau nak ovulate muka glowing bagai aku dah terbalik, apehal pulak dah ni. 

Tapi melihat kepada fertility chart aku, so far takde lah yang pelik pelik.. Alhamdulillah ovulated seperti cycle cycle yang lepas jugak.. cuma awal sehari. Okay lah tu :) 

Hari ni dah okay. Dalam pada tu macam macam lah aku tempek nak bagi hilang cepat kan. Legaaa. Cuma tinggal parut dia sikit sikit. Jenuh nak tenyeh dengan scrub bagi hilang pasnih. Harap harap bukan tetiap bulan la. 


Ke sebab aku dok hadap benda alah ni tetiap hari? Sedap gila caramel dia. Manis nak mampos. Puas hati lah jugak kalau jerawat keluar sebab nih. Hehehehe. * gelek bahu kiri kanan tiga kali please*

Tuesday, February 11, 2014

Weekend food



Sekali sekala macam takde selera nak beli barang dapur di Jusco macam kebiasaan. Sebab hampir setiap minggu kitaorang menapak ke MidV. Memang la tak jauh, tapi aku cepat rasa bosan. Kadang kadang ada jugak pegi Tesco. Kali nih tak pegi jauh mana, Publika aje sebab dekat dengan rumah. Selalunya nge-teh kat Bestari tu atau pegi makan ice cream. Takde benda pon nak membeli belah kat situ sebenarnya. 

Jadi minggu nih kitaorang pegi beli grocs di BIG. Senang, tak ramai sangat tak payah bersesak sesak macam kat Jusco sebab sempit kan. He he. Sini luas tak payah berebut trolley pon. Harga barang pon tak mahal, aku rasa lagi murah kalau nak dibandingkan dari Cold Storage tu. Lebih kurang dengan Jusco jugak. Seafood pon sangat fresh sebab dari Pulau Ketam. Okay la kan.. Bukannya nak beli banyak sangat pon, selalunya stok barang untuk seminggu aje.

Baiklah.

Ini adalah bihun sup pertama pada tahun 2014. Dah lama nak makan, tapi asyik malas nak renyah. Sebab aku kalau nak makan bihun sup kena siap ada macam macam rencah dia. Kalau setakat nak celur bihun letak isi ayam ke daging macam tak lalu kot? Baik hang pi makan indomee. Hahahaha

Jadi pada satu weekend tu sampai lah jugak seru memasak bihun sup sempoi punya. Lagipon mood tengah baik kot. Bangun awal, laundry semua dah siap.. apa lagi terkocoh kocoh ( macam annoying kan perkataan tu? ) la kat dapur. HEH


Inilah yang dinamakan kerajinan yang dijana oleh sesuatu :))

I buat bergedil goreng, dua biji ubi aje pon dapat 8 ketul gemok gemok.. sedaaaaappp you. Rangup lain macam. Letak cili padi, daun sup, minced meat sikit aje sebab tinggal saki baki hari tu.

Nampak tak isi ayam yang diracik racik tu? Rajin gilaaaaa. Bini sapa taktau?? HEH

Dan tak dilupakan sambal goreng warisan turun temurun. Kalau takde sambal nih, sia sia lah aku buat bihun sup. Sebab sup memang dah tak pedas, bila letak sambal ni, makan sampai mencurah curah peluh tumpah ke bumi. Baru kebabommm gitu.



Makan tengahari, makan petang sampai ke malam menu kami hanyalah bihun sup :) Tak kisah makan berapa kali pon janji bukan nasik. Kalau nasik sedap macam mana pon, tak berani lah aku nak tibai sesungguh hati begitu.


Flight booked. Yeay! * gelek perut sikit*


Lepas makan sedap sedap semua kan, kena la buat extra homework kot. Gigih encik husband godek carik ilmu lettew. Hew Hew.