Tuesday, February 11, 2014

Weekend food



Sekali sekala macam takde selera nak beli barang dapur di Jusco macam kebiasaan. Sebab hampir setiap minggu kitaorang menapak ke MidV. Memang la tak jauh, tapi aku cepat rasa bosan. Kadang kadang ada jugak pegi Tesco. Kali nih tak pegi jauh mana, Publika aje sebab dekat dengan rumah. Selalunya nge-teh kat Bestari tu atau pegi makan ice cream. Takde benda pon nak membeli belah kat situ sebenarnya. 

Jadi minggu nih kitaorang pegi beli grocs di BIG. Senang, tak ramai sangat tak payah bersesak sesak macam kat Jusco sebab sempit kan. He he. Sini luas tak payah berebut trolley pon. Harga barang pon tak mahal, aku rasa lagi murah kalau nak dibandingkan dari Cold Storage tu. Lebih kurang dengan Jusco jugak. Seafood pon sangat fresh sebab dari Pulau Ketam. Okay la kan.. Bukannya nak beli banyak sangat pon, selalunya stok barang untuk seminggu aje.

Baiklah.

Ini adalah bihun sup pertama pada tahun 2014. Dah lama nak makan, tapi asyik malas nak renyah. Sebab aku kalau nak makan bihun sup kena siap ada macam macam rencah dia. Kalau setakat nak celur bihun letak isi ayam ke daging macam tak lalu kot? Baik hang pi makan indomee. Hahahaha

Jadi pada satu weekend tu sampai lah jugak seru memasak bihun sup sempoi punya. Lagipon mood tengah baik kot. Bangun awal, laundry semua dah siap.. apa lagi terkocoh kocoh ( macam annoying kan perkataan tu? ) la kat dapur. HEH


Inilah yang dinamakan kerajinan yang dijana oleh sesuatu :))

I buat bergedil goreng, dua biji ubi aje pon dapat 8 ketul gemok gemok.. sedaaaaappp you. Rangup lain macam. Letak cili padi, daun sup, minced meat sikit aje sebab tinggal saki baki hari tu.

Nampak tak isi ayam yang diracik racik tu? Rajin gilaaaaa. Bini sapa taktau?? HEH

Dan tak dilupakan sambal goreng warisan turun temurun. Kalau takde sambal nih, sia sia lah aku buat bihun sup. Sebab sup memang dah tak pedas, bila letak sambal ni, makan sampai mencurah curah peluh tumpah ke bumi. Baru kebabommm gitu.



Makan tengahari, makan petang sampai ke malam menu kami hanyalah bihun sup :) Tak kisah makan berapa kali pon janji bukan nasik. Kalau nasik sedap macam mana pon, tak berani lah aku nak tibai sesungguh hati begitu.


Flight booked. Yeay! * gelek perut sikit*


Lepas makan sedap sedap semua kan, kena la buat extra homework kot. Gigih encik husband godek carik ilmu lettew. Hew Hew.

2 comments:

  1. Aish...lama x makan bihun sup utara....dah dapat destinasi percutian?? gi mana sash? heheheheh ;-)

    ReplyDelete
  2. Giving ourselves a teenie weenie break kak. Stessss ni stress. Destinasi yg gitu gitu aje. Nantikan sambungan cerekarama nanti. Hahahahah :P

    ReplyDelete