Monday, April 14, 2014

No catchy title (lagi)


1. Akhirnya cuti yang lama dan mentenangkan jiwa daku sudah berakhir. (Akhirnya) Okay sila bersedih sekarang.

2. Sumpah takde mood nak buat apa apapon lagi masa minggu lepas. Sebab tersangat rindu pada ibubapa. Rasa sunyi sebab hubs pon dah mula masuk office. Dua minggu aku kat sana, dia ada business trip pastu balik baru Penang seminggu. Memang sempat lah kami membina badan bersama sama dengan jayanya. Kalau aku sorang aje gemuk tak aci laaa. Biar buruk sama sama lah kot? HEH.


Dua tiga hari lepas masak moi berlauk, paling simpe dan senang dengan kehendak diri yang tak berapa hendak nak memasak. Ha ha. Daging goreng kunyit cilipadi, ikan bilis all the way dari penang semestinya goreng cili bawang dan teloq dadar. Siap! 


3.Sebelum balik kampung hari tu, kitaorang pon tak terkecuali dengan catuan air. Tapi Ahamdulillah tak lama, kira pagi dalam pukul 8 dah takde pastuh pukul 5 lebih dah ada air balik. Tengahari tu terkocoh kocoh la kami pegi mencari bucket yang besar besaran nak simpan air. Beli kat MidV, dapat la 4 bijik. Tup tup balik rumah tengok dah ada air petang tu. Lepas tu sampai hari ni memang ada dan mencukupi. Alhamdulillah. Tak tahu lah kot kot masa kami takde kat Kl memang terjejas jugak.

Harap harap tak teruk lah macam tempat yang lain, kesian diaorang hari hari pegi tadah air. Memang guna air sekarang ni dengan sangat berjimat, mop rumah pon dah seminggu sekali aje.

4. Terimalah foto makanan yang tak semena mena sekarang sebagai pen-kuat semangat di hari Isnin.


Macam biasa mom mesti masak mee bandung daging untuk kami. Paling sedap di duniaaaaa :)


Tak lupa jugak pegi makan cucur udang dengan ais tingkap lepas tu malam lepas ambik husband kat airport terus bawak dia pekena nasik kandar Beratur. Lama sungguh tak pegi makan sini, kali terakhir masa lepas raya dulu. Perghhh manttoppp. 


Roti bakar cicah gulai ayam kampung. Depan sekolah Convent aku dulu di Butterworth. Dia nih petang aje dari pukul 4 sampai 7 macam tuh. Memang terrbaaahikkkk.



Selalunya kalau di Penang, bila breakfast memang macam macam la aku mengatur nak makan. Sebab senang nak pegi beli dan sangat sedap. Ni antara yang famous kalau pegi pasar Seberang Jaya, mesti tapau koey teow kerang dengan nasi lemuni sambal sotong. Lama giler tak makan nasi lemuni tu, rasa dia macam nasik lemak sikit tapi lagi wangi dan sedap tanpa santan. Dulu arwah tok selalu buat sebab ada pokok lemuni depan rumah dia, main petik aje kau. Ha ha

5. Minggu aku nekad nak mulakan eat-clean-diet semula. Semalam dah siap pegi beli brown rice dan yang seangkatan dengannya. Nak sangat cari quinoa, tapi takde lah pulak.. jadi dapat brown rice pon okay lah jugak kan. Maknanya minggu ni takde curry, takde masak lemak, takde nasi tomato bagai. Sudah sudah lah tu, 3 kilo extra yang engkau jana kat penang tu sila la bawak berinsaf sikit. Ha ha. 

6. Masih berdua. Takde kejadian special sepanjang aku tak berbelog ini :) Doa dan terus berdoa. Allah Maha Mendengar kan. 
Nih tengah cuba monopod yang aku baru beli. Hehehehe. Dasar gile selfie. Payah!

2 comments:

  1. Cuba enlighten lagi amende ais tingkap dan lemuni ni? I tak pernah dengar sebelum ni. Btw, rindu kat u n your blog :)

    ReplyDelete
  2. Ha ha ais tingkap - window sherbet. Dia ni macam cooling drink ada air kelapa muda+isinya, selasih, campur rose flavor. Jadi macam ice blended gitu. Nasi lemuni pulak macam nasi lemak cuma gantikan santan dengan pati daun lemuni tu. Rasa dia mesti laa sedap dan wangi. Makan dengan sambal tumis pedas pedas. Kat KL tak pernah jumpe lagi so u tak payah la nak mengidam makan pulak nanti. Hahaha :P

    Rindu u jugak nantikan kemunculan i kat clinic lepas balik hollymoon nanti ( klu u pon ade jugak larr) .. Heeee :) *peluk*

    ReplyDelete