Tuesday, December 23, 2014

Terbest dan yang tak terbest 2014


Halo!

Lagi berapa kerat hari aje dah nak masuk 2015. Seperti biasa dan seperti tetiap hari macam takde yang luar biasa pon, akan daku intai intai balik foto foto sepanjang taun nih. Yang macam syok sendiri memang banyaaakk dan tidak dilupakan juga yang macam sadis giler (semesti nye lah yang begitu takkan daku bawak masuk ke sini kan) 

Sepanjang taun ni, mesti lah ada bulan bulan yang macam Eh best nyaaaa.. ada jugak yang macam Eeeee nyampahh hakuu, dan ada jugak yang macam macam lah.

Mesti suma orang begitu jugak kan. Takkan lah asyik gembira lompat ke bintang kejora aje setiap hari kot? Tak meriah lah hidup hang nanti. Biar lah segala kenangan pahit mematangkan hidup kita. Gitu. HEH.

Okay.

Yang terbest sangat sepanjang taun nih, ekceli ada lah lagi kot mungkin daku terlepas pandang, tapi yang ini jua lah asyik menarik perhatian daku. Ewah gedik lettew :P


Tolak campur segala kejadian di tahun 2014 nih, ini kira layak ku Instagram kan jugak. Segala penat lelah dan stress ditemuduga bagai, haruslah kenangan yang tidak ku lupakan. Walaupon dapat 5 tahun sahaja, mungkin kategori visa kami ni sedikit 'special' tapi bersyukur lah dikau. HA HA.

Aku dengar cerita ade yang dapat 2 minggu aje. Seriously. Segala process dan mak nenek yang diaorang mintak walaupon lepas ditemuduga sangat men-lecehkan. Tapi Alhamdulillah dapat jugak dan sangat berbaloi. 

Sekarang bila kita nak pegi duhai darling buah hati pengarang jantung belahan jiwa adinda? HAHAHAHA.

Ade rezeki awal, awal lah kami pegi :)

In between, sempat lagi daku dok bodek bodek dia ngajak pegi London taun depan. Dah lama kot tak masuk Primark. Dia cakap, banyak sangat ke duit tabung aku? Hutang dengan dia pon dah keliling pinggang kot.

DUSH sebijik rasa tersirap kena jantung. Amboi. 

Fuuhh kiri fuuhh kanan. Menjadik lah dikau kali ini. HAHA. Keji sangat kau Sash.


 Gone Girl

Please go and watch this movie. Whoever doesn't give at least 8/10, has no SOUL. HA HA HA.

Tolong lah. Movie yang terbest tahun ni dari Ben Affleck. Kalau yang dah baca novel dia, pon wajib pegi nonton jugak tau. Nak nak kalau jenis wanita berhormon dan suka mensaiko si suami, lagi layak lah dikau pegi tengok. HAHAHA.


Dan yeah, daku juga telah berjaya menggantikan puasa yang ditinggalkan pada bulan Ramadan lepas. Walaupon lapan hari sahaja, tapi punya lah rasa bebanan yang lama, maklum lah kita ini berhutang dengan Allah SWT kan. Risau sangat. Buat sedaya dan sebanyak yang mampu dalam sebulan dua yang lepas. 

Alhamdulillah selesai jugak akhirnya.

Sebagai penutup, daku pon masak lah best sikit pada hari Jumaat yang barakah lepas. Nasi lemak, sambal tumis ayam ( yer betul sambal tumis, bukan ayam masak merah sebab kiter teringin begitu ), tak dilupakan juga bergedil kentang bersama daging, ikan bilis, telor goreng dan karipap daging. 

Karipap frozen nih emak bekalkan dari Penang tempoh hari, letak dalam freezer memang tahan lah jugak. Bebila lapar, buleh aje goreng. Lagipon kami memang hantu karipap. HEHE.

Meriah kitaorang makan petang tu, kenyang sampai esok pagi sebab tengah malam pon bantai nasik lemak lagik sebelum tido. 

Lepas makan, dua ekor ikan buntal pon tido kekenyangan.

Dalam banyak banyak kejadian tahun ini, yang terpaling tak syok dan men-stress kan daku adelah, JERAWAT. 

Memang sumpah tak buleh blah jerawat yang naik 2-3 bulan yang lepas. Sebelum nih memang lah jenis muka senang dihinggapi jerawat, sebab kulit berminyak dan suka pulak pakai foundation, tapi takde lah se-over ni, jerawat nak naik kot.

Penuh kiri kanan dagu ku naik saban hari. Setiap hari bangun tido mesti ada jerawat baru yang naik. 

Hilang satu, naik dua konsep nya. Mak aaihhhh. Ini sudah over kau???

Memang tak semena mena sangat masa tu. Aku pon ikhtiarkan lah ape yang mampu, macam macam krim aku beli, dari mahal sampai kan yang RM20 punya pon ada jugak.


Terbeli di Ben's. Nyommmss.

Alhamdulillah, kini semua dah hilang macam magic. Tinggal saki baki parut nya aje. Alaah, itu kacang putih. Bertambah rajin lah daku scrub dan tonyoh muka saban waktu. Hahahaha. Lega rasa. Air masak pon memang tak lepas dari genggamanku seharian, dah makin rajin minum fresh smoothies dan kurangkan bermanis manis mulut. Yang penting seafood pon dah ku kurangkan jugak. 

Bukan apa, bila stress begitu, memang makin naik lah darah aku, rasa macam asyik nak libas orang aje kalau ade yang tak kena. HAHAHA. Penangan jerawat kau.


Baiklah. Itu aje cerita gedik bulan terakhir 2014 ini.


Selamat datang 20-15. Moga lebih gembira dan bermakna. InsyaaAllah.

Wednesday, December 17, 2014

Ohai Dari Penang



Hujan takde ribut takde, tak semena mena teringin nak makan putu mayam dengan kari ayam kampung. Tetiap hari pon takpe. Lepas makan dengan kari, akan ku cicah dengan gula perang pulak. Gile punya sedap oih. Tak. Jangan tuduh saya mengandung. Taun depan lah kita bincang pasal tu. HEH. 

Selang sehari pegi carik putu mayam, nasib baik dekat sini memang berlonggok longgok jual di mana saje senang jumpa. Sedap juga kalau perisa pandan. Kalau kat Kl jenuh ku kerjakan si suami itu pegi mencarik. Kesian. 

Tetiap petang sebelum dad balik keje, siap suruh tapau..kadang kadang dia angkut dengan kitaorang sekali pegi makan. Nasi kandar jangan cerita lah, sesampai di Penang hari tu, zasss dari epot terus pegi Hameediyah makan nasi beriani dengan rendang kambing dia. Sempoi I tell you. Sila lah coba coba nanti. 

Bersenang lenang sungguh kami di sini, harap harap balik berumahtangga nanti pandai pandai lah masing masing membawak diri. Terutama nya pada si bini itu. Eeee risau kot. HA HA



Monday, December 1, 2014

Hari ini saya masak mee kari sahaja


Ohai!

Gile punya lama tak menulis belog, hampir hampir nak lupa password dah tadi. Berderau kejap darah kot.

Sepanjang bulan lepas, mau seminggu lebih daku di penang. Minggu depan pon nak balik lagi sebab husband ada keje di sana, lepas tu dia sambung cuti sampai January depan. Yeahooo. 

Takde lah sampai taun depan kitaorang kat penang, kang kena ligan balik pulak, dah kenapa tak reti nak duduk di rumahtangga sendiri kan. Ha ha.

Hari ini baru daku kembali beriya memasak di dapur sendiri. Kalau tidak acah acah aje pon, kadang kadang langsung tak masak, makan luar aje. Maklum lah si suami itu kurang sibuk di hujung taun, maka daku pon turut sama mengelat macam tak semena mena pula.

Minggu lepas jugak daku dah gigih membayar puasa yang ditinggalkan pada bulan Ramadan lepas. Maka bila berpuasa, semakin macam macam lah keinginan nak memakan. Siap dah ada cadangan menu memasak untuk berbuka sepanjang minggu ini. Gigih ke tidak?

Tapi hari ini saya tak berpuasa pon. Ha ha. 

Esok lah ye, Insyaallah. Siap extra mee kari daku masak habuan sahur kelak. Kau jangan tak bangun sahur pulak karang.


Ini seperti biasa mangkuk yang pertama sabagai test market dahulu sebelum kepulangan si suami itu petang kelak. Kau, test market punya portion pon bukan kepalang lagi. HA HA. Slurrp slurrp daku memakan sambil menghirup sup yang macam paling sedap dalam dunia hoih. Sediri masak sendiri makan sendiri puji. Kesian tak? 


Pukul 11.30 pagi dah siap semuanya. Curry tu daku masukkan tofu, udang dan fishball sahaja. Tak letak fishcake pon sebab nanti dia macam akan rasa terlebih lebih masin pulak. Tak dilupakan juga sambal goreng. 

Ini lah mee kari yang pertama di tahun 2014 dan sememangnya diakui yang paling ter-best. Bukan nak riak, tapi memang sedap sungguh macam tak percaya pulak daku yang memasak tadi. HAHAHA.

Sambil sambil memasak kari itu, celurkan juga bok choy dan taugeh. Tapi jangan lah lama lama sangat kang lembik macam yucks tak best bila makan. Lepas celur, buat lah sambal goreng pula. 

1. Kisar bawang putih dan cili merah, nak tambah cili padi pon amatlah dialu alukan. Dan secubit belacan.
2. Panaskan sedikit minyak, tuangkan bahan kisar dan tambah cili kering kisar sebanyak 2-3 sudu, ikut keperluan masing masing. Aku memang buat lebih sebab nak masukkan dalam magic fridge nanti, untuk keperluan di masa hadapan kami sekeluarga.
3. Kacau hingga sebati, masukkan gula 2-3 sudu. Biarkan didih dan pecah minyak. Taadaa siap. Tak susah mana pon.


Sebelum hidangkan, celurkan dahulu mee. Letakkan dalam mangkuk, masukkan lah segala khazanah yang kau nak. Pastikan kuah kari tadi betul betul panas baru tuangkan ke dalam mangkuk. Kalau tidak, macam tak perghhhh rasa nya bile makan.

Taburkan bawang goreng juga. Jangan tabur fitnah sudah. HEH.

Siap sudah menu mee kari saya untuk makan malam kelak dan bersahur nanti :) Ini kalau memasak waktu berpuasa, mau menggigil kepala lutut jugak kot. Over kau. 
Bubur assyura by emakku. Yum yumm. Ini adelah sebab utama daku pulang ke penang hari tu. Sedap sangat, tahun lepas tak dapat merasa pon, jadi taun ni memang puas sangat makan. 

Daku suka sejukkan dalam fridge terlebih dahulu. Tak terlampau lembik dan tak terlampu keras, macam ini lah yang diimpikan :)