Ohai!
Gile punya lama tak menulis belog, hampir hampir nak lupa password dah tadi. Berderau kejap darah kot.
Sepanjang bulan lepas, mau seminggu lebih daku di penang. Minggu depan pon nak balik lagi sebab husband ada keje di sana, lepas tu dia sambung cuti sampai January depan. Yeahooo.
Takde lah sampai taun depan kitaorang kat penang, kang kena ligan balik pulak, dah kenapa tak reti nak duduk di rumahtangga sendiri kan. Ha ha.
Hari ini baru daku kembali beriya memasak di dapur sendiri. Kalau tidak acah acah aje pon, kadang kadang langsung tak masak, makan luar aje. Maklum lah si suami itu kurang sibuk di hujung taun, maka daku pon turut sama mengelat macam tak semena mena pula.
Minggu lepas jugak daku dah gigih membayar puasa yang ditinggalkan pada bulan Ramadan lepas. Maka bila berpuasa, semakin macam macam lah keinginan nak memakan. Siap dah ada cadangan menu memasak untuk berbuka sepanjang minggu ini. Gigih ke tidak?
Tapi hari ini saya tak berpuasa pon. Ha ha.
Esok lah ye, Insyaallah. Siap extra mee kari daku masak habuan sahur kelak. Kau jangan tak bangun sahur pulak karang.
Ini seperti biasa mangkuk yang pertama sabagai test market dahulu sebelum kepulangan si suami itu petang kelak. Kau, test market punya portion pon bukan kepalang lagi. HA HA. Slurrp slurrp daku memakan sambil menghirup sup yang macam paling sedap dalam dunia hoih. Sediri masak sendiri makan sendiri puji. Kesian tak?
Pukul 11.30 pagi dah siap semuanya. Curry tu daku masukkan tofu, udang dan fishball sahaja. Tak letak fishcake pon sebab nanti dia macam akan rasa terlebih lebih masin pulak. Tak dilupakan juga sambal goreng.
Ini lah mee kari yang pertama di tahun 2014 dan sememangnya diakui yang paling ter-best. Bukan nak riak, tapi memang sedap sungguh macam tak percaya pulak daku yang memasak tadi. HAHAHA.
Sambil sambil memasak kari itu, celurkan juga bok choy dan taugeh. Tapi jangan lah lama lama sangat kang lembik macam yucks tak best bila makan. Lepas celur, buat lah sambal goreng pula.
1. Kisar bawang putih dan cili merah, nak tambah cili padi pon amatlah dialu alukan. Dan secubit belacan.
2. Panaskan sedikit minyak, tuangkan bahan kisar dan tambah cili kering kisar sebanyak 2-3 sudu, ikut keperluan masing masing. Aku memang buat lebih sebab nak masukkan dalam magic fridge nanti, untuk keperluan di masa hadapan kami sekeluarga.
3. Kacau hingga sebati, masukkan gula 2-3 sudu. Biarkan didih dan pecah minyak. Taadaa siap. Tak susah mana pon.
Sebelum hidangkan, celurkan dahulu mee. Letakkan dalam mangkuk, masukkan lah segala khazanah yang kau nak. Pastikan kuah kari tadi betul betul panas baru tuangkan ke dalam mangkuk. Kalau tidak, macam tak perghhhh rasa nya bile makan.
Taburkan bawang goreng juga. Jangan tabur fitnah sudah. HEH.
Siap sudah menu mee kari saya untuk makan malam kelak dan bersahur nanti :) Ini kalau memasak waktu berpuasa, mau menggigil kepala lutut jugak kot. Over kau.
Bubur assyura by emakku. Yum yumm. Ini adelah sebab utama daku pulang ke penang hari tu. Sedap sangat, tahun lepas tak dapat merasa pon, jadi taun ni memang puas sangat makan.
Daku suka sejukkan dalam fridge terlebih dahulu. Tak terlampau lembik dan tak terlampu keras, macam ini lah yang diimpikan :)
Besarnye udang :O
ReplyDeleteCuti akak dah abis X-(
Ha ha akak, saya sentiasa nak mode bercoti coti aje! :P
ReplyDelete