Friday, January 23, 2015

Aku tanya apa khabar


Sampai sekarang ku tak mampu terima hakikat lagu ape kabar tu juara AJL kot. Ke aku yang tak seiring sezaman dengan lagu lagu terkini begitu? Iols hanya lah layan Light.fm okay, kadang kadang aje bukak suria cinta itu pon di kala kesunyian dan kesyahduan bila disapa aunty flow di malam hari. HAHA.

Tapi dah rezeki diaorang kan, baguih la.


Haii. Daku kini kembali. Hello belog usang kesayangan ku.


1. Bajet hot ramai sangat tertunggu tunggu kemunculan mu dah kenape sash. Ha ha. Memandangkan hari ini saya memasak nasi ayam, dan bagi membuktikan kerajinan saya yang tidak berbelah bagi nya di tahun baru,  elok lah dibuat juga entry yang seakan akan melepaskan batuk di tangga ini.


Nasi ayam buat julung kali nya. Tepat pukul 12 dah siap sedia semuanya. Ini pon gara gara suami keluar ke ofis awal di pagi hari, maka cepat lah daku bangun dan bergegas memasak juga. 

Untung nye jika memasak di awal hari, lihat macam sekarang ini dah buleh bergoyang kaki kegirangan sambil mereka reka belog syok sendiri ini. Lagipon hidup daku sekarang ini masih mampu bersenang lenang tanpa berkejar kejaran dan mengendeng anak. Minggu depan pulak sedang bercita cita nak pulang ke kampung halaman. Jadi apa mau lagi? HAHAHA. 

Alhamdulillah syukur seadanya Sash. Jangan riak. Ujar emakku selalu selalu dan selalu sangat :D

Nasi ayam, ayam goreng sos tiram, timun dan baby lettuce, sambal kicap, sambal tomato dan juga sup ayam yang terlupa daku nak sertakan di dalam foto ini. 


Dah selamat juga lunch dan makan petang satu round. Malam karang kita tengok lah nak ratah ayam ke, nak makan nasik bertambah lagi ke * kuis bahu sendiri *

2. Sambil menunggu ketibaan suami di depan pintu, sambil sambil itu juga mengarang cerita biasa biasa sahaja, tetapi diolah olah menjadi sensasi tak tentu hala. Kalau tidak, bukan aku lah kan. Hahahaha.

3. Minggu ini kerajinan saya sangat dijana oleh sesuatu. Sesuatu itu biarlah menjadi rahsia kemanisan saya sahaja dahulu. Chehhh. Kami bosan dengan belog ini. Kami boikot belog ini.  

InsyaAllah bila sampai masanya, saya akan kongsikan secara berjemaah. Jangan gusar. Takde sapa sapa pon yang akan bersalin hujung bulan ini. Kau pon, teka tak agak agak sangat. Bawak insafi diri sedikit dongg. HEH. 

4. Mari lah kita berbalik kepada nasi ayam tadi, ini adelah aktiviti memasak nasi ayam yang pertama di tahun ini. Seperti biasa memang tak dinafikan langsung kesedapan nya itu. Tak sabar menunggu suami pulang dan menerima puji pujian sepanjang dinner kelak. Memang lumrah daku suka dipuji dan mengeji pon suka jugak. HA HA. Maaf kan lah saya.

5. Eat Clean Diet.

Ini adelah cobaan diet daku di tahun baru. Bukan lah makan setiap hari. Tapi seminggu sekali daku layan kan lah jugak salad begini. Boleh lah dari tak berusaha untuk ke arah 'eat clean diet' langsung kan. Sedap gile okay bila ditambah dengan Kewpie sesame itu. 

Selalunya daku makan di malam hari sebagai pengganti nasi dan lauk pauk yang lain.

Sekarang ini juga, kitaorang masih mengamalkan brown rice dari Isnin hingga Khamis, manakala di Jumaat, Sabtu dan Ahad mula lah merepek repek yang daku mengidam nak makan. Tapi kadang kadang terbabas jugak dek godaan godaan yang mendatang sepanjang minggu itu.


Kegemaran sangat salad yang krup krap krup krap begini. Kerugian lah sangat bagi mereka mereka yang tidak memakannya.

No comments:

Post a Comment