Friday, March 27, 2015

Hujung minggu terakhir di KL



Amboi. Dari jauh dah jelas terpancar berkerlipan kicap kipas udang. Memang nangis daku kalau tak dapat kicap ni tahap tak buleh tolak ansur dah. Kebanyakkan makanan di dalam beg ini semuanya menurut kehendak tekak sendiri, tolak Old Town teh tarik tu aje kepunyaan si suami. Sebab dia memang terjebak dahsyat dengan old town sejak dua menjak ni. HA HA. Kesian baru tau akan kesedapan teh tarik di situ. 

Yang lain seperti biasa rempah ratus untuk memasak sebab saya sangat suka makan kari masakan sendiri. Megi kari pedas bila rasa teringin ingin sahaja, ketupat nasi di pagi hari raya? omaigod malas nak fikir panjang pasal ni dan beberapa tin sardin cap ayam. HAHA. Sebab cap lain saya terasa geli nak makan. 

Itu aje lah yang rasanya nak dibawa bersama ke sana kelak, sementara nak jumpa Asian supermarket. Harap harap nye memang lepas lah semua khazanah ku ini jangan ada yang nak kena rampas ke apa pulak. 


Ohaiii!


Sepanjang dua minggu lepas, hanya lah berapa kali sahaja ku masuk ke dapur. Masa ibubapa datang ke sini bukan main tak ingat daku merayap, memang sah sah makan luar aje sebab balik dah letih memang tak masak la jawab nye. Sarapan pagi pon emak sediakan. Lagipon masa tu 'tak berapa sihat' lah sangat. Hihihihi. Masa berjalan sihat pulak engkau kan? 

Dan hari yang dinanti nantikan pon menjelang. 

Masak masak terakhir di rumah hari ini, adelah minced meat goreng bersama kentang dan coriander yang super sedap dimakan bersama sama nasik panas dan sup sayur. Minggu nih memang 'kenduri' sakan apa sahaja dalam fridge memang kena dihabiskan jugak. Jadik menu yang keluar pon seakan akan pelik dan asalkan masak aje kekdah nya. 


Saya tumis daging bersama garlic dan ginger. Lepas tu curahkan sedikit air, tak nak banyak sangat sebab lebih kering lebih sedap, black pepper dan paprika. Boleh letakkan kentang atau apa sahaja bersama tomato.

Memandangkan itu aje bahan yang ada dalam magic fridge ku, maka ini sahaja lah rezeki untuk hari ini. Esok kita kira lain lah pulak. Lagipon weekend memang tidaaaak lah sama sekali untuk memasak di rumah kalau bukan sebab nak travel pon. Heeee.


Baru ku tahu akan kewujudan benda alah ini. Memang inilah yang dicita citakan oleh si suami itu untuk dibelinya walau apa pon terjadi, demi memastikan sejarah lama tidak berulang. HAHAHA. Okay pelaburan yang bijak.


Seperti biasa, duit poket mestilah ihsan dari orang orang yang tercinta maklum lah tanpa mereka siapa lah saya. HAHAHA. Keliling pinggang hutang memanjangggg dulu kini dan selamanya. Paling banyak mestilah dengan suami lepas tu emak sendiri. Comel tak? 

GBP tu tibe tibe terjumpa dalam closet. Adakah itu petanda besar akan ke sana selepas ini? HAHAHA. Tak nak komen please. Larrriikkkkkkkkk. 

Sebagai ganjaran untuk mereka mesti lah saya akan bawak pulang hadiah hadiah yang seperti 'wow' nanti. Overall memang tak rugi pon, kepuasan yang saksama menanti untuk semua. LOL. Dad dah siap bagi list panjang lebor dengan size baju semua cukup. Amboi over lettew.. 


Sape yang suka pegi ke Ikea dan bermain main seperti ini? Semestinya Sash dan daddy-cool nya. HAHA. Serious tahap tak buleh blah pulak dad masa candid photo nih. Kalau husband dan emakku jangan harap lah diaorang nak layankan. HAHAHA. Suruh ambik foto nak lah. 

Sehari sebelum pulang ke Penang dan drama air mata menjejes di pagi hari, bawak mereka makan biryani dan mango lassi di Insaf masjid india sebab emak nak memborong tudung. Dapat lah daku habuan sekali, memang murah dan cantik. Boleh lah tukar tukar masa kat sana nanti ujar emak. 


Kegemaran seisi keluarga

Memang sedih gile rasanya lepas kepulangan ibubapa sehingga si suami tak jadi pegi kerja dan membawa ku untuk tenangkan perasaaan dengan memakan waffle chocolate di publika pada hari itu. Sikit aje lagi daku nak cakap yang macam takde hati nak travel mana mana kali ni. Sikittttt aje lagi. Tapi bila kenangkan handbag yang murah murah di sana, lantas ku akur kan sahaja. HAHAHAHA.


Dad dah masuk office semula sebab dah dekat seminggu lebih diaorang datang sini. Kalau tidak paling lama dia nak duduk sini pon tiga hari sahaja. HEH. 

Permainan emosi yang tidak keruan sepanjang minggu lepas. Tapi dah okay dan kembali bertenang. 

Semua yang dirancangkan pon berjalan dengan lancar, syukur Alhamdulillah. 


InsyaaAllah jumpa lagi dari tempat baru yeay!

Friday, March 13, 2015

Little things are actually big things



Kurang lebih dua minggu aje tinggal, tapi ape pon tak ku simpan lagi. Bag baju masih terbongkang di tengah tengah rumah ( masa foto ni diambil lah, tiga hari lepas ) 

Tapi kini tidak lagi. HEHE. LALALALA..

1. Penat. Sungguh memenatkan kehidupan ku sekarang. Lepas tu terus perasan diri sedikit kurus setelah berhempas pulas mengemas kain baju, rumahtangga dan hal hal yang lain itu? Ya Allah. 

2.

3.

4. Ciri ciri yang sama dikenalpasti sehingga ke nombor 3. Maafkan lah saya kerana sedikit over. Buat masa sekarang emosi saya di tahap yang kurang stabil, kesilapan teknikal bakal mengundang diri bertukar menjadi raksaksa. HEH. * tiup tudung sendiri*

5. Semestinya masih memasak walaupon dalam kuantiti yang semakin sedikit dan tidak rumit. Rujuk lah gambarajah di bawah sebagai bahan bukti.

  

Nasih putih, ayam goreng kunyit dan sambal cili padi pedas mak lampir kau! Paling senang, paling sedap dan menjimatkan tenaga untuk tidak lama lama berkeliaran di dapur. Lepas masak secara cepat cepat, kemas kemas dan kembali melipat baju.  

6. 70% sudah bersedia untuk melangkah menjalani kehidupan di tempat baru bersama suami yang sama. HAHA. Selebihnya masih dalam keadaan emosi yang tidak keruan kerana memikirkan perkara perkara tertentu, contohnya lauk pauk di bulan Ramadan yang bakal menjelang nanti. EH? Keji sangat kan ingat ke makan aje, padahal dalam keadaan sekarang ni sejujurnya dah kurang berselera makan kerana saya dikehendaki meminum 2.5 lits air sehari. 


Helo rumah baru :) Allahuma Yassir..

7. Masih daku ingat, satu malam di tahun lepas bila dikejutkan dari tido dan diberitahu bakal berhijrah buat sementara waktu ke tempat baru lagi kerana tuntutan kerja nya. Ohoiii, Maka bermula lah mimpi mimpi best dan tak terbest bertandang dalam hidupku. 

Mesti lah risau, sebab kena berjauhan sekali lagi dengan ibubapa. Itu aje, yang lain takde apa apa yang ku lihat buleh menjadi kesedihan di hati pun. Ini juga merupakan pengalaman dan peluang kedua ke luar negara setelah The Hague pada 2006 dahulu. 

Semestinya itu tak termasuk hollymoon ke jollymoon ke apa apa aje lah yang kau panggil ;)

Memang kalau pasal berjalan buleh mencetuskan kegedikan ku kembali ke bentuk asal. HAHA. Terus hilang penat lelah nye tadi.

Alhamdulillah. Life is good right about now. Selebih nya biar lah takdir yang menentukan. Ewah. 

8.

Seperti yang dinyatakan di awal awal tadi, saya masih tercari cari mood memasak secara banyak dan berhemah. Jadi rezeki of the day kami ; Sedikit nasi putih, wet butter chicken dan taukua goreng togel togel sahaja HAHAHA. Ok la kan?  Aku penat ni, kau jangan nak macam macam ye. 

9. Weekend nanti bakal menjadi sibuk mencari barang barang dapur untuk keperluan sementara di sana. Bukan lah segala mak nenek nak kubawa pon, rempah kari dan kicap kipas udang semestinya menjadi kewajipan para perantau. Tak gitu?  Kalau tidak, nangis tak berlagu lah daku * sambil urut dada*


10. Baiklah. Jumpa lagi. Saya sedang menuju ke hati awak yang paling dalam. Dah. Pegi tido.