Friday, March 13, 2015

Little things are actually big things



Kurang lebih dua minggu aje tinggal, tapi ape pon tak ku simpan lagi. Bag baju masih terbongkang di tengah tengah rumah ( masa foto ni diambil lah, tiga hari lepas ) 

Tapi kini tidak lagi. HEHE. LALALALA..

1. Penat. Sungguh memenatkan kehidupan ku sekarang. Lepas tu terus perasan diri sedikit kurus setelah berhempas pulas mengemas kain baju, rumahtangga dan hal hal yang lain itu? Ya Allah. 

2.

3.

4. Ciri ciri yang sama dikenalpasti sehingga ke nombor 3. Maafkan lah saya kerana sedikit over. Buat masa sekarang emosi saya di tahap yang kurang stabil, kesilapan teknikal bakal mengundang diri bertukar menjadi raksaksa. HEH. * tiup tudung sendiri*

5. Semestinya masih memasak walaupon dalam kuantiti yang semakin sedikit dan tidak rumit. Rujuk lah gambarajah di bawah sebagai bahan bukti.

  

Nasih putih, ayam goreng kunyit dan sambal cili padi pedas mak lampir kau! Paling senang, paling sedap dan menjimatkan tenaga untuk tidak lama lama berkeliaran di dapur. Lepas masak secara cepat cepat, kemas kemas dan kembali melipat baju.  

6. 70% sudah bersedia untuk melangkah menjalani kehidupan di tempat baru bersama suami yang sama. HAHA. Selebihnya masih dalam keadaan emosi yang tidak keruan kerana memikirkan perkara perkara tertentu, contohnya lauk pauk di bulan Ramadan yang bakal menjelang nanti. EH? Keji sangat kan ingat ke makan aje, padahal dalam keadaan sekarang ni sejujurnya dah kurang berselera makan kerana saya dikehendaki meminum 2.5 lits air sehari. 


Helo rumah baru :) Allahuma Yassir..

7. Masih daku ingat, satu malam di tahun lepas bila dikejutkan dari tido dan diberitahu bakal berhijrah buat sementara waktu ke tempat baru lagi kerana tuntutan kerja nya. Ohoiii, Maka bermula lah mimpi mimpi best dan tak terbest bertandang dalam hidupku. 

Mesti lah risau, sebab kena berjauhan sekali lagi dengan ibubapa. Itu aje, yang lain takde apa apa yang ku lihat buleh menjadi kesedihan di hati pun. Ini juga merupakan pengalaman dan peluang kedua ke luar negara setelah The Hague pada 2006 dahulu. 

Semestinya itu tak termasuk hollymoon ke jollymoon ke apa apa aje lah yang kau panggil ;)

Memang kalau pasal berjalan buleh mencetuskan kegedikan ku kembali ke bentuk asal. HAHA. Terus hilang penat lelah nye tadi.

Alhamdulillah. Life is good right about now. Selebih nya biar lah takdir yang menentukan. Ewah. 

8.

Seperti yang dinyatakan di awal awal tadi, saya masih tercari cari mood memasak secara banyak dan berhemah. Jadi rezeki of the day kami ; Sedikit nasi putih, wet butter chicken dan taukua goreng togel togel sahaja HAHAHA. Ok la kan?  Aku penat ni, kau jangan nak macam macam ye. 

9. Weekend nanti bakal menjadi sibuk mencari barang barang dapur untuk keperluan sementara di sana. Bukan lah segala mak nenek nak kubawa pon, rempah kari dan kicap kipas udang semestinya menjadi kewajipan para perantau. Tak gitu?  Kalau tidak, nangis tak berlagu lah daku * sambil urut dada*


10. Baiklah. Jumpa lagi. Saya sedang menuju ke hati awak yang paling dalam. Dah. Pegi tido. 

2 comments:

  1. Sash!!! berapa lama di perantauan ni nanti? alahai...lagi kecik la possibility nk terserempak kt klinik doc... ehehehhe...

    Anyway, May Allah ease your journey, and smg Allah lindungi kalian berdua di perantauan...

    ReplyDelete
  2. Penat sash dok imbau kenangan masa kat klinik yg mana satu kakak hari tu. HAHAHA. Thank u kak. Aminnn :)

    ReplyDelete