Langit biru dengar kisah ku. Deru rindu menawan kalbu.*Kachingggg*
Sejak dua menjak kehidupan di sini kemain banyak madah berhelah aku nak menulis. Begitulah ciri ciri ketenangan yang ku cari selama ini. HAHAHA. Ewah.
Langit biru tu sekejap aje pon, bila petang aje dia punya halilintar membelah bumi buat aku lari duduk diam diam dalam bilik. Dah dekat dua minggu kat sini, sepatutnya cuaca sangat cantik, panas dah tak sejuk sejuk lagi sebab dah spring. Tapi sangatlah meleset jangkaan kami. Baru dua tiga kali aje kot dapat rasa panas. Yang lain nye mendung, tak pon hujan, hail storm, ataupon angin kencang. Ribut sikit aje pon dah jadik isu besar di sini. HAHA. Mungkin sebab diaorang takutkan tornado ke apa kan. Tapi Alhamdulillah memang selamat walafiat kami di Houston ini. Texas ni tersangat lah besar. Kalau lama kat sini pon belum tentu aku boleh jelajah habis nak kejar tornado bagai. LOL
Hai rumah manis rumah. Residence Inn by Marriott :)
Apartment enam tingkat. Masuk dan buatlah macam rumah kau sendiri. Semua dah siap sedia, konsep nye macam rumah di KL lah jugak tapi lobby ada receptionist, breakfast disediakan setiap pagi, minum petang, setiap Rabu malam ada BBQ dan minum minum untuk suai kenal dengan jiran jiran yang baru dan lama. Semuanya percuma. Dad cakap, Eh macam loteng mak minah dalam citer p ramlee lah tuh. HAHAHA. Tak koserrrr okay. Memandai aje dia pi downgrade kan rumah manis rumah kami LOL
Best sangat, cuma kitaorang pegi intai intai sekali dua aje.. tu pon waktu sarapan dan minum petang. Selebihnya lebih selesa buat hal dan masak sendiri lagi syok. Lagipon kami kan suka makan nasik. Sape lah yang nak sediakan nasik lemak pepagi buta kat Houston ni melainkan diri sendiri lah jawab nye.
Dan bagi aku ciri ciri terpenting sekali rumah di sini adalah kitchen nye (selain daripada keselamatan di kawasan sekeliling lah kan ) Siap dengan dishwasher adelah menjadi keutamaan untuk kesenangan aku menjalani kehidupan sebagai seoarang suri rumah sejati. HAHAHA. Tetibe pulak.
Senang lah mokcik ini nak memasak bagai, menumis sambal, meng-kari itu ini setiap hari kan. Kalau hari keje memang jarang kami makan di luar, sama seperti di KL jugak. Kalau tidak, mesti rasa tak complete susah hati membawa kepada takde mood nak memasak pulak. Alhamdulillah. Semua cukup, cuma kitaorang gi beli kuali Tefal lagi hari tu sebab tak tahan muraaaaaah dekat WalMart. HEH.
InsyaaAllah inilah rumah sementara kami di perantauan ini. Jiran jiran yang tinggal di sini rata rata nye macam kitaorang jugak, tapi ade lagi lama sampai enam tujuh tahun di sini. Kalau aku sure meraung nak balik Malaysia dah kan.. Ada yang baru sampai tiga hari selepas kami, ramai jugak yang satu office tinggal di sini. Yang sorang tu siap kemas barang nak balik negara asal dah.
Kitaorang jugak yang baru terkedek kedek nak biasakan diri di tempat baru. Memula rasa janggal jugak, maklumlah tak biasa ke sini dan serba serbi baru. Nak bawak kereta pon terkial kial memula tu, kalau aku memang TIDAAAK lah sama sekali kut. Di KL berani lah nak merempit sensorang, sini jadik kucing lah aku. HAHAHA. Yang tak best, takde langsung train/tube dan sebagainya. Jadik pandai pandai lah kau membawa diri. Semuanya terpaksa lah aku bergantung kehidupan seratus peratus pada suami itu.
Kerajinan aku sepanjang di sini jugak tidaklah dapat disangkal sama sekali. Makin lama makin merajin uolss.. HAHAHA. Di awal awal kedatangan kami, pernah bangun pukul 4 pagi, sekarang dah makin terbiasa dengan waktu di sini. Paling lewat tido kadang kadang 11 malam, dan 6 pagi dah terpacak bangun, tak payah alarm clock langsung. Lebih magic nye lagi, buleh jugak sediakan breakfast seperti nasik lemak seminggu dua kali tanpa rasa gusar di hati.
Rajin banyaaaak makna nye tuuuuuh hoih.
1. Nasi lemak sambal tumis ayam telor goreng dan timun.
2. Nescafe tarik, teh tarik kurang manis dan roti telor.
Apa hang mau lagi? HEH
Semuanya ku masak sendiri dengan serba sedikit bekalan dari KL dan barang mentah dari supermarket halal di sini. Minggu lepas jugak kami jumpa satu lagi asian store. Baru lah terasa lebih terurus kehidupan di sini dengan semakin lengkap.
Kenkadang kitaorang turun jugak belasah breakfast di bawah. HEHE Lepas tu laporrr lagik. Baik masak dan makan sendiri lagi pueh hati kan. Kami ni bukannye jenis tekak mat sals sangat pon. Roti sardine pedas dengan kopi jugak yang menjadi dambaan kalbu. Gituuuuu.
Rutin ku setiap pagi. Tunggu husband pegi keje, lelambai tangan sampai hilang di mata di hati jangan. Tak sempat rindu dendam pon, pukul 4 petang dia dah wasap tanya nak beli apa apa tak sebelum pulang. Kalau di KL bukan main meriah aku meminta minta, nasi goreng hailam lah, mee kuah daging lah, KFC original drumstick sahaja lah. Ammboii.
Kat sini jangan nak berbesar hati lah yer Sash. Kau layan aje starbucks kot sebab kat bawah office dia aje. Tak pon cheese cake dekat Cheesecake Factory yang tak jauh dari rumah. No lepat pisang, No tepung talam kuih lapis bagai, No bubur pulut hitam ke apa.
Memang nak menggemukkan aku aje ciri ciri nye di situ. Siut betul laa. Takde langsung peluang nak kurus walau dah jadik dendang perantau begini. HAHAHA.
Tapi takpe, Alhamdulillah. Tetap bersyukur seadanya :)