Masih jauh sayang perjalanan kita. Pasti ada yang beronak duri. Namun tiada yang merubah rasa. Kerna ku tahu kau sahaja di hati.
Gituuuuu ;)
Memang layan habis Suria cinta tetiap pagi sambil masak. Kadang kadang sambil masak pon buleh jadik sebak. Daku memang lah sejenis perempuan yang jiwang karat habis kalau bab lagu cinta cinta ni. Dad pon sama. HAHAHA. Emak tidak sama sekali. Suami lagiiiiiiiii lah bukan gang kami.
Houston April 2015 - Minggu pertama
Setelah mengharungi perjalanan yang sesungguhnya jauh sampai merentasi north pole pon, tidak lah jugak sampai sampai lagi. Akhirnya selamat juga kami tiba di bumi Amerika ini lebih kurang pukul 6 petang waktu tempatan. Entah berapa kali aku tido, bangun gi toilet pon tak tau lah masa tuh. Dari sihat walafiat masa naik, bertukar rasa nak demam. Lagi 7 jam sebelum sampai, muka dah rasa panas, kepala dah nak pening pening, tekak dah makin tak sedap. Cepat cepat ambik paracetamol baru rasa okay dan boleh tido sikit. Banyak kali juga berwassap dengan ibubapa masa tu, tapi takde lah bagitau aku tak sihat ke apa kan, nanti lagi tak senang duduk la diaorang. Memang bagus lah Emirates dengan wifi nye yang banyak memudahkan kehidupan aku hari tu. Kalau tidak memang terjejas teruk jugak kesabaran diri ini HAHA
Legaaaaaaaa rasa dapat bernapas dan berpijak di bumi yang nyata. Allah. Rasa hilang seketul beban dalam dada masa nih. Yang penting selamat semuanya, apa lah sangat belanja satu selfie kan. HAHA.
Sampai di epot, sangat cepat dan mudah dengan tidak disangka sangka. Melalui immigration pon tanpa sebarang masalah, semua bag selamat dan lepas tanpa perlu bukak langsung. Macam tak percaya semudah tu. Risau giler lah kan dengan kicap kipas udang aku tu kang kena rampas ke denda ke apa pulak. Susah lagi masa ke Australia dan UK dulu. Dengan anjing nye lagi. Di sini takde batang hidung sekor haiwan pon, dan officer yang bertugas pon baik tak sombong.
Alhamdulillah dengan berlapang dada kami menyusur keluar dari balai ketibaan. Terus hilang demam nye. Eh? Apalagi sempat lah ambik gambar post masuk IG dengan kegedikkan to the max. Heeee.
Menu pertama yang daku masak di sini. White korma ayam bersama ubi dan tomato. Santan tak jumpa lagi masa ni, jadik masak guna susu cair saja. Goreng telor dadar makan bersama nasi panas panas, dan tidak sama sekali ku lupakan cili kicap kipas udang. Perghhhh sempoi habis :))
Terkulat kulat ku bawak kuar rempah ratus dekat dapur nak masak korma ayam dengan nasik. Emak cakap nasib baik anak dia ni pandai jugak lah memasak, kalau tidak kebulur lah korang kat sana sementara nak mencari pot makan yang halal. Lagipon bukan lah sesenang di tanahair sendiri kan.
Terus rasa bangga diri kejap masa tu, kejap aje lah kasik channn pleaseeee. Tengahari gi carik serba sedikit barang dapur di Walmart yang terletak 10 minit dari rumah dan Kroger yang berjalan kaki pon dah buleh sampai. Beli belah apa yang patut untuk dimasak, buah buahan, sayur, juice, seafood. Daging dan ayam kitaorang cari dekat supermarket halal, lebih kurang 15 minit perjalanan. Beli yang penting penting aje dulu sebab awal minggu hari tu suami dah masuk office jadi tak sempat lah nak merewang rewang yang bukan bukan. Nanti boleh ushar ushar tempat lain jugak bila berkesempatan. Lagipon penat lelah pon rasa tak habis lagi masa tu.
Esok nye bangun pukul 5 pagi terus rasa cergas lain macam kenkonon tak jet lag langsung sebab buleh tido dan bangun tanpa sebarang masalah. Kau tunggu dua tiga hari lagi lepas tuh. Teruk ku dikerjakan. Siang malam mengantuk carik bantal tahap tak makan nasi pon takpe dah sebab tido yang menjadi keutamaan. Nangis bucu katil mengenangkan nasib HAHA. Sedangkan pegi Aussie yang bak sebelah rumah aje pon aku dah tak tentu arah, muka jadik sembab, mata bengkak lepas beberapa hari baru okay, inikan pulak yang berjam jam perjalanan dan perbezaan waktu tido yang dah tak keruan. Memang gasak betul lah.
Melintasi North Pole pada ketinggian 36000ft.
Hantar foto ni pada emak waktu itu, terus dia cakap kalau ditakdirkan ada visa sekali pon, memang tidak lah sama sekali nak datang sama, pegi Bandung lagi bagus katanya lagi. HAHAHA Comel kan emak saya :)
No comments:
Post a Comment