Paling tachinggg mentusuk kalbu semestinya lah yang berbentuk hati putih itu. Omey sangat kan. Setiap kali tertengok fridge mesti nak senyum simpul sensorang. Bila lah pulak nak gi San Fransisco gamaknye tewww?
Ape lah sangat merancang rancang masa hadapan demi kebaikan bersama. Dulu pon NYC hanyalah di dalam anganku. Tapi nampak tak permainan kasih sayang di situ? Nampak tak? HAHAHA. *silalah beransur log out reramai dari belog ini*
Ohaaaiiiiii!
Lamaaaanya tak berkesempatan bukak belog. Selalunya kalau berdiam diri lama begini antara dua penyebab aje, samada daku tak sihat atau balik kampong ataupon kedua duanya sekali. Dan jawapannya tak lain tak bukan, balik kampong dan jatuh demam bertalu talu. HAHA. Kesian tak?
Alhamdulillah dah selamat berada di tanahair tercinta Malaysia bumi bertuah. HEH. Kau jangan main main, gile tak bertuah? Pegi lah duduk States seminggu, baru kau tau perit getir hidup di rantauan berbanding tempat sendiri sumpah tak tipu :) Tapi kalau nak gi jejalan holly moon ke apa buleh aje sebab kat sini kurang layaaan kot? HAHA.
Sebenarnya dari Orlando tempoh hari daku dah on and off tak sihat, bersambung sambung dari Houston ke Dubai, KL hingga lah ke Penang paling teruk tersadai. Penangan jetlag pon hampir seminggu lebih baru beransur lega. Lepas tuh ditambah pulak dengan demam panas, selsema, tonsillitis, allergic, dan batuk batuk.
Dugaan sungguh sejak balik Malaysia ni. Kat U.S ok aje daku. Takkan nak patah balik duduk sana kot? Ke macam mana? *kuis bahu husband skit* HAHAHA
Tapi sekarang dah semakin sihat, makan pon dah boleh laju laju. Cuma masih tak sentuh langsung makanan bercili dan berminyak, bosan nye alahaiii. Tetiap hari emak mesti masak sup dan sayur. Nak ayam guringggg :"(
(i) Pulut lemak, santan, sedikit gula dan durian udang merah. Gaul sebati, ape lagi ngapp lah.
(ii)Nasik lemak sambil tumis sotong, paru gordng berempah dan ikan bilis garing krup krup krup.
(iii)Ketupat palas dan rendang pedas paling sempoi habaq hang.
Semua ini dah selamat bertakhta di dalam perut ku. HAHAHA. Thank you mother.
Sampai aje Penang ape lagi, ketupat pulut emak dan rendang lah yang kami balun dulu. Lepas tu dengan durian-partayyyyy nye lagik. Esoknya jugak aku menggigil demam terus sampai suara pon tak keluar langsung. Banyak lagi factor penyumbang, tapi ini antara yang paling banyak aku telan hari tu, jadik aku syak ini lah sebab utamanya. Tapi takpe, janji hati puas sebab dapat makan. HAHAHA.
Insyaallah lagi seminggu gitu baru nak balik tengok-tengok rumahtangga ape yang patut. Macam titanic pecah dah living room kitaorang tu dengan barang barang. Rasa nak eksport aje maid kat rumah emak ini kejap ke rumah kami. Matiklah aku nak menyimpan sensorang nanti kan? Shipments kitaorang pon dah selamat sampai. Harapnye baik baik belaka lah segala khazanah ku itu.
2015 semestinyalah antara yang terindah di dalam hidupku..
Kejakunan melanda kejap. Kasik channnn please. LOL First time cik puan besaq merasa naik business class Emirates uolss, A380 pulak tu. Jadik dia punya gedik lain macam sedikit.
Nanti bebila ade kelapangan akan ku selitkan lagi berjuta juta gambar yang sempat kitaorang ambik sepanjang di sana sampai lah balik ke Malaysia. Maka sila lah urut dada sesiap dengan belog yang lagha ini HAHAHAA
welkam home dik!
ReplyDeleteakak ni x baik batuk nak dekat 3 minggu... penangan demam selsema and batuk akibat belasah durian gak... huhuhu...
Ni pon dah nak masuk 2 minggu batuk2 lagi.. tapi puas hati dpt makan pulut durian hehehe
Deletehai Sash! wahh seronok die ye dah balik Malaysia. Seronok sampai demam kau. hehe. Can't wait for your next post!
ReplyDeletePenangan makan sampai lebammm. Lol nak diet lah nanti!
Delete