Tuesday, September 11, 2012

I wanita braces

Transformasi 2010, 2011, awal 2012 dah terkini. Ecececeh. Sedar ruang yang ada, kalau tak suka tengok, sila keluar sekarang. Kahkahkahkah


Bukan mudah untuk menjadi seorang pembraces ( pemakai braces lol ) sebenarnya. Macam macam gelaran aku kena tadah telinga selama ini. Gigi besi lah, gigi kawat lah, ugly betty dah tetap tetap. Masa raya kalau datang sedara mara yang macam mak nenek pulak dia akan buat buat terkejut, eh eh kenapa gigi tu? Sakit ke macam gitu? 

Hew hew hew

Aku gelak sebab aku jenis yang akan masuk telinga kiri dan keluarlah dikau dari telinga kanan dengan segala hormatnya. Setakat benda benda cikai macam gini dah macam makanan ruji aku, banyak lagi benda benda yang memerlukan perhatian emosi aku dari melayan species mak nenek ini. Okay tutup cerita.

September 2011 Aku bersembang sembang dengan The Other Half dan meyakinkan dia untuk pakai braces. Ekceli dah lama, kalau godek balik entry dulu kala dah banyak kali aku pasang angan angan nak pakai braces bagi gigi cantek. Lumrah lah manusia, wanita pulak tu musti nak cantik kot. Bila dia dah setuju 101%, esoknya pagi pagi terus aku menelepon clinic dengan gigihnya.

October 2011 Appointment dengan ortho yang pertama. Xray, molding dan extract gigi terus hari tu jugak. Kalau sebelum datang tu nurse bagitau awal awal memang kena cabut gigi, sah sah aku tak pegi lagi kot. Cuak bukan main, nak kencing berkali kali semua cukup. Aku nih pulak bukan jenis penahan kencing dengan jayanya. Ortho cakap memang 4 batang gigi kena cabut, tak lebih tak kurang..adehhh. Nak cantik punye pasal bertabah lah aku. Seminggu cabut dua batang, kau mampoo?? 

Sembang pi sembang mai, lepas selesai mengorbankan empat batang gigi yang precious itu, campur tolak sakit dan rompang, hujung bulan October ortho pasangkan aku braces untuk gigi atas dulu. Punya lah aku eksaited pagi pagi buta dah terpacak depan clinic. Seperti biasa jugak, The Other Half akan merekodkan saat saat terindah itu untuk tatapan anak anak kami kelak. Betap beraninya mummy pakai braces :))

November 2011 Mahu seminggu juga aku tak buleh makan nasik langsung. Ayam goreng, pizza, pasta tak payah nak berangan tengok. Bubur nasik bersama bayam atau mashed potato sahaja yang buleh makan. Sengal, ketat, sakit macam macam haddooo. Itu kalau makan lah. Kalau tak makan, okay aje takde lah sakit berdenyut denyut setiap masa macam sakit gigi tu. Berat aku sampai mencecah 47 kilo masa tuh. Syiok aar.

Jadi setiap bulan aku akan berjumpa dengan ortho tanpa jemu untuk fixing. Memula mestilah aku pakai color pink. Hot pink gitu. Lepas tu bila dah bohsan, macam macam color aku cuba dari biru, hijau, purple dan habis semua koleksi color yang diaorang ada. Ha ha ha. Memang puas hati betul. Bila fixing, kesakitan adelah tidak sama seperti memula dulu. Tak payah telan ubat penahan sakit dah pon. Paling kurang susah nak makan, sehari aje sebab sedikit ketat. Lepas tu hari esoknya dah buleh mengunyah seperti biasa. Burger, goreng pisang, cekodok, ketupat dan apa saja lah yang dihajati oleh hati, semuanya aku sapu tanpa rasa bersalah. Takde masalah langsung.

September 2012 Pegi fixing macam biasa. Ortho sangat berbangga dengan progress gigi aku. Dia cakap kalau ikut umur aku kadang kadang lambat jugak gigi nak bergerak maklumlah dah lewat remaja kan. Hahahahaha. Tapi gigi aku baik, tak degil. Jadi dia pon anggarkan, kurang dari 6 bulan lagi aku dah bebas dari braces. Aku jadi sebak tetiba. Hahahahahah. Biasalah mak kan emosi. Aku dah lama dengan braces, braces adelah separuh dari aku. Braces dah buat muka aku macam di cocok botox, omaigod. Jadik mestilah aku gila sayang sampai mati kan. Lepas nih, aku cuma perlu pakai retainer tiap tiap malam sebelum tido aje untuk mengelakkan gigi aku jadik rosak balik, maka sia sia lah pengorbanan aku selama ini. Itu kawtim, takde hal punye..Sedangkan buat laps pon aku tak goyah, inikan pulak menjaga gigi kan nokzz..


Aku kira pelaburan sebanyak 3k++ untuk braces ( termasuk penjagaan dan keseluruhannya ) adelah sangat berbaloi. Kalau aku guna duit tuh membeli belah merapu meraban belum tentu aku berpuas hati sebanyak ini.  Ramai yang tegur, muka dah lain, ade yang cakap sebab kurus ke atau sebab dah gemok ke, macam macam lagi lah. Ha ha ha

Bila pakai braces, memang dia akan mengubah struktur muka kita, sebab anjakan rahang akan membuat muka kelihatan sedikit runcing ( ortho aku cakap laa ) Tapi aku pakai braces bukanlah sebab sebab ini, memang aku sendiri pon tak tahu dari awalnya. Bila kawan kawan dah tegur, baru lah aku sedikit perah-santan. Ha ha ha ha Yang penting, aku nak lebih berkeyakinan dan rasa cantik di mata suami. Kalau orang cakap buruk pon tak apa apa, sebab duit laki aku kau haddoo? Hewwww.

Jadi kepada sesiapa yang berhajat dan bercita citaan untuk memakai braces, ataupon merasakan perlu untuk berbraces dengan alasan apa saja pon, jangan tunggu lama lama. Percayalah ini adelah pelaburan seumur hidup yang paling berbaloi yang pernah aku buat. Bertabah lah demi kepuasan hati yang hakiki. 

Klinik Pergigian Bangsar
03-2284 5228

Takde potongan harga pon kalau sebut nama aku kat clinic tu, hahahaha.. saje aar berkongsi apa yang aku rasa patut untuk semua tahu. Ortho dia pon okay, buat aku rasa selesa dan tak takut takut lagi :)

9 comments:

  1. Kak Sash.. saya dah merasa dah dulu. Sakit jiwa bila nak kunyah makanan tapi tak dapat kunyah. Kalau ketatkan harini.. 3 hari lepastu baru boleh kunyah seperti biasa. Hahah memang betul.. Muka mesti berubah lepas pakai braces =)

    ReplyDelete
  2. Cabut gigi? larikkkkk!!!!!!!!!!!!!! (that is how frighten i am with dentist!)

    ReplyDelete
  3. Carmello : Jenuh bertabah jugak sbb nak santek..hikhikhik. Harap2 retainer nnt tak mensakitkan :S

    Sweet tooth : hahahahah dua kali seminggu youuu.. mcm hobi pulak kan. Pasrah sungguh masa tu :)

    ReplyDelete
  4. I tak jadi pergi klinik yg u suggest ni. I ke klinik Teh Orthodontics kat Desa Sri Hartama sbb Sabtu dia buka sampai pkl 6ptg.. Anakku itu nak pakai braces semula, hmm....... This time we chose smart clip sbb less frequent visit, every 6 weeks sahaja, hmm.......hmm........hanya anak tunggal mcm U sahaja yg memahami jiwa anak tunggal ni......bengkok I dibuatnya.

    ReplyDelete
  5. Doc, smart clip tu musti gila mahal, sah sah lagi cantik Iman lepas ni. Kat Solaris tu pon ade buat jugak kan?

    Tapi finance minister kan haddooo dan bersedia berkhidmat.. Bengkok sikit tak ape, janji muka ade sinyummm hahahahaha

    ReplyDelete
  6. Salam sis. Boleh tak sis email sy kat ikasya@yahoo.com sy nak tanye pasal braces kat klinik pergigian bangsar tu thanks

    ReplyDelete
  7. Dear u can contact me at, Tasyaryda@yahoo.com

    ReplyDelete
  8. salam kak, kat klnik pergigian bangsar tu akak byr bpe tuk downpayment die?

    ReplyDelete
  9. Tak berape ingat, klu tak silap 150rm. U boley call clinic tu, tanya. Nurse dia okay :)

    ReplyDelete