Friday, July 13, 2012

Saya rasa Ben Thanh Market adelah cool!

Ho Chi Minh City dan Ben Thanh Market adelah dua unsur yang berkait rapat, kalau sampai ke kota ini dan tidak menapak di Ben Thanh adelah menjadi kesalahan besar di bawah akta menyoping. Sampai begitu sekali uolss. Sebab utamanye adelah, hanya di Ben Thanh sahaja yang betul betul menarik perhatian dan sesungguhnya ini antara gudang terbesar untuk membeli kain kain seperti cotton lah yang paling banyak, sutera vietnam, baju kurung, jubah dan sebagainya. Payah lah nak sebut satu satu melainkan engkau pegi tengok sendiri.

Perlu diingatkan juga, di sini adelah bukan seperti Kuala Lumpur, ataupon Jakarta dan jauh lah sama sekali jika nak dibandingkan dengan New York City. hahahahahaa. Jadik engkau janganlah berperasaan diva yang tengah membeli belah di Harrods lah pulak nokz. Memang takde maknenya, sebab hangat dan sesak nak mampuih kat dalam market nih. Sehari aku kat sana dah mengundang tension-headache. Nak shopping punya pasal, ku redahi jua :)


Sungai Mekong adelah sungai yang ke 10 terpanjang di dunia okeh. Dan dia ini mengalir dari Dataran Tibet di sebelah utara melalui China, Thailand, Laos, Kemboja  hinggalah ke Vietnam. Rujuk gambarajah di atas yeah kawan kawan. Ini adelah sebahagian dari Sungai Mekong ketika pesawat kami ecececeh melintasi wilayan Saigon ini sebelum mendarat. 

Lebih kurang 90 juta penduduk adelah bergantung kepada sumber dari Mekong ini kerana kebanyakkan mereka adelah pesawah. Dari atas pon dah nampak betapa padat dan mampat penduduk di sini kan, sekali aku tengok dah macam kotak kotak putih aje rumah diaorang ini. Dan kalau nak tahu, rumah atau bangunan di sini adelah dalam bentuk meninggi dan kurus kurus aje, jarang sangatlah dapat tengok bangunan yang besar gabak dan lebar. 

Epot dia adelah sangat bersih , jauh lebih elok dan besar dari Bandung. Imigresen kat sini pon okay takdelah banyak cekadak sangat, lagipon diaorang rata rata kat sini memang tak buleh berbahasa Inggeris, jadik masing masing diam aje lah. Pandang muka pon taknak.. Hahahaha Senang cerita lah kan macam tuh dari nak bersoal jawab tak tentu hala nanti.

Matawang utama  adelah Dong. Tapi bawak lah jugak Ringgit Malaysia kerana semua penjual di situ memang akan terima ringgit jugak. Untung laa.

 
Dari epot ke hotel adelah lebih kurang 20 minit aje campur tolak traffic jam diaorang lah. Ambil cab Vinasun sahaja, kalau yang lain alamatnye belum tentu sampai lah engkau ke hotel nanti. Betul. Jangan main main, diaorang nih hati kering jugak. Ini lah yang dipesan berkali kali oleh kawan aku sebelum kami ke sini :)

Hotel yang kami tinggal adelah di Distric 1, jadik memang senang nak menapak membeli belah.. Elok lah carik hotel yang betul betul selesa, tak payah lima bintang pon takpe, sebab yang tiga bintang pon adelah terbaik di Saigon ini. Siap ade jacuzzi dalam bilik lagi. Next entry aku cerita. Best!

Hotel yang berdekatan dengan town adelah sangat senang untuk bergerak, kira dah tak payah guna cab lah nanti (lagipon aku ini memang jenis fobia kalau naik cab di perantauan, aku akan jadik takut lain macam) dan yang paling penting bukan sahaja pada aku, malah rakan rakan Muslim yang lain jugak adelah lokasi yang strategik dengan makanan halal. Kat sini memang payah nak carik halal food nokz, kalau silap tempat buleh kebulur engkau. Betul tak tipu. Aku ini pulak bukanlah jenis pemakan sardin atau maggi yang tegar, sehari buleh lah kalau nak hadap, kalau tiap tiap hari memang bakal mengundang masalah pada masyarakat sekeliling jugak.. Hahahahaha. Jadik take note yea. Buat homework rajin rajin sebelum pegi.

Rujuk Gambarajah di atas sambil membaca baca.

Tak salah aku ada empat pintu masuk ke Ben Thanh Market, itu yang aku sempat kira lah.. mungkin ade lagi kot tak tahu lah kan, dari hotel ke sini berjalan kaki tak sampai lima minit. Nak exit dari belakang hotel pon buleh dari depan pon buleh, sebab depan belakang pon penuh dengan kedai kedai jualan kain baju, telekung dan lain lain. Lintas aje jalan dah terpacak Ben Thanh Market ini. Masuk aje ke dalam, dah bergantungan barang barang hiasan, kasut, bag kulit, kedai tempahan baju, kain kain dan cenderamata.

Kat sini sentiasa sesak dan penuh dengan pelancong, sebab ini adelah tempat perhatian utama untuk membeli belah di HCMC sebab buleh tawar menawar sampai nak rak. 


Ini adelah kedai yang menjual barangan kulit. Harga yang diaorang letak memang mahal berapi maklumlah ramai tourist kan, naik kepala lah masing masing. Kalau berminat nak beli, tawar sampai serendah yang mungkin, tak perlu nak malu malu atau bajet makcik kaya kat sini. Kalau tak nak beli memang tak payah la kau pegang langsung, kalau tidak jenuh lah kena tarik dengan diaorang. Hahahahah. Pada yang berlaki bajet hot itu pulak, jaga jaga jaga lah jugak sebab diaorang nih jenis suka menyendeng dan berpegang pegangan tanpa segan silu. Abang Sayang sentiasa aje kat mulut diaorang nih macam aku nak cili aje rasa mulut masing masing. Hahahahahaa. Kalau nampak mat sals lagi lah macam cacing kepanasan aje aku tengok. Meluat pon ade gak. Haaihh duniawi.



Pada yang rajin memakai baju kurung, jubah dan yang suka menempah baju memang sangat sesuai lah ke sini. Memang banyak pilihan fabrik, tapi macam aku ini hanya berminat dengan yang bermanik aje. Cotton beli sepasang, vietnam silk pon sepasang, itupon dah dijahit siap dengan taburan sequins yang sangat cantik uolss. Harga adelah berganda murah dari yang dijual di KL, percayalah. Kalau yang nak menempah baju kat sini pon buleh, sehari aje dah siap, pastuh diaorang akan hantar sampai ke hotel.

Antara kedai baju yang aku rasa betul betul ekslusif lah jahitannya kalau nak dibandingkan dengan yang lain lain dan berbaloi untuk dibeli adelah di Butik Hong Anh, Butik Mary dan Butik Minh. Hong Anh mungkin sedikit mahal jika dibandingkan di dalam Ben Thanh tetapi kalau dilihat, baju baju yang dijual di sini adelah lebih elok kualiti materialnye. Lagipon kat dia banyak pilihan baju kurung moden dan baju kurung pahang. Aku memang suka. Bajet sweet di hari raya gitu.. Manik dijahit sangat kemas dan banyak.

Begitu jugak dengan telekung Vietnam yang sangat selesa dipakai. Semua kedai kedai nih tak jauh antara satu sama lain, kiranye tak payah susah susah nak naik cab. Macam kitaorang, lepas shopping balik hotel, rehat dan solat kejap, pastu keluar makan dan sambung shopping balik. Begitulah aktiviti setiap hari. Hahahahaa. Memang lah tak banyak yang aku beli sepanjang kat sana, cuma banyak masa dihabiskan membandingkan antara satu kedai dengan yang lain. Bila dah rambang mata macam gitulah jadiknye kan..


Dong Du mosque atau Central Mosque dalam 15 minit berjalan kaki aje dari hotel. Lepas solat buleh jugak makan makan di sekitar kawasan ini. Masjid ini terletak betul betul belakang Shereton Hotel. Kalau dari Ben   Thanh Market, jalan terus aje dan perlu melintas ke seberang jalan lagi. Bab yang nak melintas jalan nih adelah satu masalah besar sangat pada aku dan mom sebab kami memang rajin berjalan. 

Kat sini walaupon banyak lampu isyarat, tapi hanyalah tiang lampu semata mata kekdahnya. Hahahaha. Lepas tu kalau engkau teragak agak, dan nak tunggu sampai semua berhenti dengan jayanya macam di KL itu, sampai malam lah kau terpacak kat tepi jalan. Jadik, redah jugak..sebab bila dah di tengah tengah jalan  nanti, memang diaorang akan pandai cilok cilok dan mengelak :) Insyaallah selamat sebab aku dah cuba. Semua orang cakap macam tuh. Hari pertama stress lah jugak kan sebab macam bodoh sangat rasa sebab dekat sepuloh minit aku melopong depan jalan tu, jadik nak shopping punye pasal aku nekad jugak jadik wanita Vietnam yang tabah seperti di bawah ini..


 
Nampak tidak? Bukti nih bukti. Hahahahahahahaaa. Siap pakai topi keselamatan hokek macam baru balik bendang. 


Next entry aku cerita lagi pasal hotel serta makanan yang halal dan sedap macam omaigod!


Okay lah nak pegi masak biryani ayam kejap. Laki i dah nak balik. Hikhikhikss


Jumpa lagi!
-Sash-

No comments:

Post a Comment