Monday, June 15, 2015

Eat Well Travel Often

 
 
 
Yang paling teringin nak makan masa di NY itu hari adelah mee sup daging dengan sambal kicap. Selain dari nasi, saya memang suka sangat makanan yang bercirikan sup. Apa saja sup memang layan habis. Di saat menulis belog ini, fikiran sudah melilau mencarik kat mana nak dapatkan tomyam campur. Kalau tak dapat makan di kedai, memang kena usahakan lah jugak cari paste tomyam yang halal di Asian market nanti. Mesti! Bulan puasa pon lagi berapa hari nak menjelma, memang sah sah lah lagi macam macam selera aku nanti kan.
 
Bukak magic freezer ada lagik stock daging dan tulang untuk dibuat sup. Ape lagi, terus lah menjadik mee sup ku minggu lepas. Sangat sedap walaupon simple takde tauhu dan taugeh ku gantikan dengan bok choy yang dicelur. Perah limau nipis. Perghhh terangkat!! Layaaannnn habis, hujan pulak masa tu. Sejuk sejuk kalau makan mee sup pedas begini memang meminta minta tambah dua mangkok lah sangat. Masak jugak nasik putih, sebab untuk husband yang memang kurang berminat dengan mee ataupon bihun. Weekend kelak kena pegi beli stok daging dan barang mentah yang lain untuk projek masak masak di bulan puasa nanti.
 
 

 
Masa di NY hari tu, kitaorang jugak mengambil kesempatan pegi menjamu selera di Restoren Rasa yang terletak berdekatan dengan Greenwich Village. Sebelum ke restoren, sempat lah jalan jalan sekitar Washington Square dan dari sana kami berjalan kaki sahaja dalam 500m dah pon sampai.
 
Setelah sekian lama aku tak tengok orang melayu dan dengar bahasa kebangsaan macam di kampong halaman sendiri, akhirnya di sini ku temui segala cinta bersama makanan makanan yang sumpah sedap memenuhi segala hajat di tekak sangat. Tengok menu dia aje dah rasa tamak nak makan macam macam, tapi yang paling utama semestinya lah satay ayam dan kuah kacang. Ini dari di Houston lagi ku dah bercita cita nak makan. Satay dia sangat lembut, fresh dan kuah kacang pon sedap, pekat dan lemak secukup rasa. Terus teringat satay favorite di pasar malam seberang jaya.
 
Rinduuuu letteww!

 
 

 
Selain satay, ada jugak murtabak mini daging cincang, dan nasi lemak gulai ayam, sambil bilis bersama acar. Ya Allah sangat sedap sambal bilis dia. Mungkin sebab dah berbulan tak makan makanan macam gini di luar, umpama nak nangis sangat kesedapan dia itu. HAHAHA. Licinnnnn okay!   Sampai pejam pejam mata ku menikmati nya.
 
Kenapa lah kau tak nak bukak kedai begini di Houston ooih? Terseksa seksa aku nak carik makanan melayu tau tidak. Apa lagi, laju lah menapak hari tu, maklum lah perot dah kenyang. Terus rasa gagah perkasa mengatur langkah bukan main lagi sampai ke world's largest Macys pulak dengan gembira nya. Ewah.

 

Husband pulak dengan nasik goreng kampong pedas memang tidak dapat dipisahkan lagi. Nasi goreng dulu kini dan selama lama di hati nya.
 
Kakak kedai tu belanja kitaorang sambal belacan semangkok habuan dah lama tak merasa makanan begini. HAHAA. Usap perot dengan bahagia kami petang tu, diakhiri jugak dengan teh tarik sebagai melepas kerinduan pada mamak Bestari belakang rumah dulu.
 
Di NY memang banyak sangat restoren dan makanan halal kalau nak dibandingkan dengan tempat kami sekarang ini. Kalau lah aku ini memang tak pandai langsung memasak, memang kebulur lah kitaorang nak merasa makan nasi kari daging bihun sup nasi tomato ayam masak merah dan lain lain lagik hihihi. Maklum lah tekak melayu jati masih menebal di dalam diri. Tapi kalau makanan Arab/ Pakistan dan North Indian memang banyak sesangat di sini. Sekali sekala okay lah, kalau dah selalu memang tidak lah kan. Naik jemu jugak, sedap lagi makan sambal tumis sardin nasi panas panas dan telor mata goring garing yummss!
 
Minggu ini saya akan menjadi sangat busy maklumlah bulan Ramadan yang mulia bakal berkunjung tiba. Setiap tahun pastinya akan ditunggu tunggu dengan penuh teruja apatah lagi di tahun ini. Satu pengalaman yang baru menyambut puasa di negara orang dan jauh sejauhnya dari keluarga. Mestilah sedikit sedih, tak dapat merasa makanan kegemaran dari air tangan emak, tapi itu lah kan.. tanggungjawab di sisi suami yang mencari rezeki di sini perlu lagi diutamakan.
 
 
 
Jadual solat dan waktu berbuka puasa untuk kawasan kami dah pon dapat. Siap lekat di fridge lagi. Kurma pon dah siap beli dari Kroger. Di sini memang sepanjang masa ada dijual kurma Medjool ini, kalau nak carik Yusuf tayyobb *sebut dengan suara berbisik* memang takde lah kan.
 
Esok buleh lah top up barang dapur apa yang patut. Ayam, daging, udang dan sayur sayuran adelah yang wajib dibeli. Masih tak pasti menu apa yang nak dimasak untuk sahur dan iftar pertama kami.
 
Tapi yang pastinya mestilah berbuka di rumah. Jauh sekali lah nak merasa ke pasar Ramadan, tapi husband cakap di masjid ada dibuat bazar kecil kecilan jugak. Tak tahu lah lagi, berkesempatan nak pegi ke tidak. Iftar di sini hampir ke pukul 8 lebih kot :)) Kena asuh perot tak makan banyak banyak sangat di petang hari dari sekarang, sebab risau menggigil lutut sambil memasak pulak kelak. HAHAHA.
 
Ini antara souvenirs yang dibeli untuk diri sendiri dan keluarga masa di NY tempoh hari.  Beli apa yang patut sahaja, sebab tersangatlah mahal barang barang di sana. Kalau ikutkan hati, memang macam macam lagi nak ku sambar aje, tapi nasib baik lah ada si penasihat kewangan itu. HAHAHA.
 
Yang terpaling kiri itu semestinya paling WIN kan!! Omeyy sangat  :))
 

No comments:

Post a Comment