Tuesday, December 21, 2010

Burp-day!


HAPPY 29th BIRTHDAY CHEDA!!!



Semoga dipanjangkan usia, dimurahkan rezeki dan diberkati dunia dan akhirat. Jangan makan banyak banyak sangat, sebab kamu dah semakin hari semakin bolat!! Nantikan kepulangan adindamu di perantauan tak lama lagi. Dapat la kita membina badan dan membesar bersama sama pula. Bukan kah itu lebih menarik?


Ha ha ha.! gelak guling sepak terajang semua dah!! :P


Looking forward for many more years of fun and friendship with uuuu!! hendak tak?? ;)


Ikhlas dari,
Kesayanganmu selalu. Ha ha.

Description not needed

Hai!!









....................Dan ini pula...?????



Love&Love!

Sunday, December 19, 2010

Tak wajib baca.

Kalau weekend tak kemana mana, mesti saya akan berasa kurang produktiviti. Sungguh. Macam mana nak menyahut seruan kerajaan dan menjana ekonomi negara kalau begini sudahnye? ahahaha. Bersungguh jer saya mengatur ayat kan. Macam la banyak sangat contribution kau kat negara selama ni.

Kelmarin pun work station saya ditutup. Letih dan malas sebenarnya. Rasa nak berehat rehat macam tuan puteri mayang mengurai kejap. Hubby pun sama. Letih lain macam aje minggu ni kan. Kerja bertimbun. Project baru untuk shell tahun depan katanye. Layan aje, janji tetap dapat petrol free pun dah kira bagus kat aku. Yang lain tak nak amik tahu, sebab takde kena mengena dengan aktiviti pergerakan harian. Tapi kebusy-an dia tu amatlah berbeza dengan saya. Sebusy busy saya pon masih boley sempat hadap shoppingnsales.com tiap tiap hari. Atau singgah buat many & pady. Nak jugak kasi kuku cantik kan. Kang nanti zahir semua dah okay, sekali keluar kuku macam Mak Esah sapa nak jawab?? Apsal nak kena masuk unsur unsur horror Mak Esah pulak dah cik puan ooi.

Berbalik pada hubby saya, dia ni kalau busy, akan lebih bercirikan tidak bercakap banyak di talian tapi tidak mahu memberitahu yang dirinya busy. Kira macam degil tapi mahu rupanya. "Oh, Okay, Yeps, Orait, Ic , I love u" Begitu lah. Ayat ayatnye akan menjadi lebih pendek daripada biasa. Maka fahamlah wifey ini yang kadangkala saja jugak gedik nak meng-akses suamiku tiga jam sekali. Itu belum masuk bab sms lagi. Nanti akan diperjelaskan bila kita dah jadi kawan karib yer. Ha ha ha.

"Break kejap. Mengangkat jemuran di balcony sebab hujan lebat dah tempias sampai kena baju yang tak bersalah itu.."

Yay. Masuk hari ni dah empat hari saya berjaya mengelat tak masak di rumah dan memberi injection pada suami sendiri. Ha ha. ( tak payah kau nak tiru aksi blogger nih demi kesejahteraan rumahtangga masih masing ) Breakfast tu tak kira lah. Kalau setakat sandwich, salads, muesli atau nasik lemak sambal tumis telur pon belum lagi layak masuk dalam carta memasak aku tau. Definasi memasak bagi saya haruslah yang hard core aje. Hahahahaha. Hep!Hep! Apsal kau kerut kerut muka ni??

Maksudnya, mesti lah ada aktiviti membasuh beras, memotong ayam atau daging dan melibatkan tumis tumisan manja. Kalau setakat masak nasik lemak di pagi hari tuh kira sap sap sui lah ;p

Kelmarin petang, pegi Al Rawsha, lunch merangkap dinner sekaligus. Sebab seharian berlepak dan menghadap muka masing masing kat rumah aje. Sekali sedar dah pukul empat. Baru tergedik gedik saya kelaparan macam anak kucing dua hari tak makan..

Sila hadap yang ni dulu. Belum apa apa dah kena tengok gambar yang baik tah yah tengok pun takpe. Ha ha ha . Kami semua nak protes lah!!!!!

Chicken shawarma yang menjadi kegilaan saya dari dulu lagi..

Bestestest punya nasi arab in town. So far saya rasa Tarbush yang kat starhill tu pun tak bley lawan dia nih lagi..

Selalunye kiter makan chicken mandy kalau kat sana, tapi sejak dipengaruhi oleh blog Dr Nicole ( bukan nama sebenar ) yang sangat pandai dan rajin memasak lamb itu, sampai terliur saya dibuatnya saban hari. Menyedari hakikat diri yang tak berape reti memasak haiwan ternakan itu, maka semalam saya pun meng-order lamb mandy di sana. Sedapnye mak aaihh!! Sampai tapau bawak balik untuk makan hari ni pulak. Tapi yang tak bestnye, restoren dia ni dah nak tutup dan berpindah ke tempat lain rupanye. Haiyooh..jangan ler jauh jauh sangat dari rumah saya. Pasrah aje lah kalau dia jadi tutup hujung tahun ni. Uwaaa!

Tak lupa jugak, akibat ketagihan melampau akan takoyaki.. maka, dengan penuh kesungguhan kiter pergi mendapatkannya sekali lagi. Alasan sebenarnye nak jalan jalan, dah dasar tak reti balik rumah terus. Nak buet camno tuh?



Tapi semalam kiter cuba rasa yang baru pulak, chicken n cheese. Hakikatnye tekak saya masih cakap octpus and chili lagi yummy dari yang nih. Hmmmm nasib kau lah..

Sudah. Dah selesai sesi merapu bagai. Banyak lagi keja kau nak buat hari ni. Jom pegi carefour beli groceries macam mak mak orang pulak.

Alaaaaaaaa..sangat tak gorjes bukan? Dangg!!!!


Winks&smiles!

Wednesday, December 15, 2010

kisah rumahtangga.

Halo!

Saya suka lagu Halo, Beyonce tuh. Taylor Swift pun saya suka jugak. Kalau terdengar lagu mereka di radio atau tv di rumah atau kereta, saya akan menyanyi nyanyi dengan penuh kecintaan. Ha ha.

Okay. Berbalik ke bentuk asal.


Sehari dua yang lepas rutin tak banyak berubah. Kebusy-an agak agak bertambah, maklum la di akhir akhir tahun. Dan semangat mengemas rumah semakin berkobar kobar lately. Ibu bapa nak datang melawat. Oh patut lah. Saya semakin ganas mengemas, mengubah, menyusun apa saja dalam rumah. Sampai hubby pun jadi pening. Kedudukan semua barang berubah ubah macam dalam billboard music charts. Sama lah macam mood aku jugak. Ha ha.

kenalkan, ini adalah pokok Ikea saya.

Sememangnya saya akan menjadi sangat suka bila dapat membuat semua orang happy dan selesa berada dalam kawasan jajahan saya. So tak payah la cerita apa yang boley membuatkan saya murka. Lain kali kita akan bincang pasal tu.

Jadi, esok dah 10 Muharam. Hari yang paling bertuah, hari Assyura. Maka kita disunatkan berpuasa right? Sepatutnye hari nih dah start puasa. Tapi atas sebab sebab yang tak mampu dielakkan, maka saya hanya akan mula berpuasa esok dan Jumaat, Insyaallah. So, petang tadi saya dah siap siap memasak untuk dinner dan boleh lah dibuat makan sahur sekali. Terasa macam Ramadan pulak :)

Menu malam ni. simple simple aje. Kiter masak chicken rice. tapi agak agak berlebihan sedikit, dah kata nak simpan untuk bersahur nanti kan..

inchi kabin with salad. 2 in 1.

lemond and herbs fried chicken with enoki mushroom. konsepnye sama macam gambarajah di atas. 2 dalam 1. Selain daripada ayam, dalam masa yang sama terdapat unsur unsur sayuran jugak. Sangat berkhasiat dan cepat disediakan oleh wifey wifey yang mengejar masa macam saya ni. Cuba lah.

Herbal chicken soup. Guna perencah bunjut Adaaabiiii. (kena nyanyi macam iklan adabi dalam tv tu dulu, tapi jaga pitching yer.. )

yogurt serbaneka. dah lari konsep asal. nih macam rojak campur dah pulak aku nengok. Ha ha. Tapi tekak saya tetap memuji akan kesedapannya. Okay la tu.

mango nectar. sesuai untuk sedapkan hati dan tekak.

Lepas masak, terus saya bantai sorang sorang. Tapi sikit aje, sebab nak test market dulu. muahahah. Hey, sedappp nye chicken rice saya!! Tak sudah sudah memuji diri sendiri dalam hati sambil makan.

Mesti darling saya suka menu malam karang. Semoga rezeki yang dihidangkan dengan air tangan isteri ni nanti dapat melapangkan fikirannya yang seharian penat bekerja. Insyaallah.

saat saat manis si suami menikmati lamb kebab and shawarma di Dutamas. tak ingat nama restoren ape, sebab terlampau sedap sampai saya hilang ingatan.. ha ha.

Cheers!

Winks&smiles!

Monday, December 13, 2010

Hey Pavlova!

Tolong, tolong jangan boring.

Entry ini adalah sambungan dari entry pening kepala yang lepas. Maka gambarajah di bawah pun dapat dilihat dari kesungguhan blogger memasukkan unsur unsur kepeningan juga.


perempuan berwarna black dan pink ini adalah peminat Delicious tegar. sekian.

Setelah pening saya masih di tahap suam suam kuku Paris Hilton (apesal nak kena letak Paris Hilton pulak?) maka hubby sudah tidak ada pilihan lagi melainkan membawa saya berjumpa specialist. Dan mereka berpakat memberi saya ubat ini...

Berrylicious chocolate Pavlova. Wow!

Hey, pavlova.. kamu sangat gorjes.!

Gebusss nye diaa!

Lihat. Hari ni pening saya sudah hilang. Macam magic bukan?


p/s Photos taken at Delicious Specialist Center. Mid Valley.


winks&smiles!

Saturday, December 11, 2010

Cerita pening dan nasi lemak

Headache telah menyakiti saya seakan tak dapat dimaafkan lagi sampai raya tahun depan. Haah.. hambek! Mana taknye, dah dua hari berturut turut kepala saya bertampal salonpas. Sangat tak gorjes okeh. Asal petang aje pening.. asal pening aje petang. Damn sangat. Oleh yang demikian, sehari dua yang lepas perot dan kaki sudah tak demanding , sebab menyedari hakikat kemampuan diri ini. Nampak tenat sangat sakit kepala aku ni kan. Ha ha

Masak? Oh semestinye lah uols. Masak manja manja aje, sebab cik puan kan tak sihat. Hubby telah men-request nak makan sambal goreng eggplant, dan saya pulak men-request dengan diri sendiri nak makan chicken curry yang macam mom masak. Rindu lah.
Maka kami berdua pun bersuka ria menikmati juadah yang hakikatnye tak la berapa nak grand sangat hari tu. Ha ha

dah lama bebenor saya tak masak cengini.. hubby paling suka ratah eggplant gitu aje sbb sedap katanye ;)


Dalam pada tu, sebenarnye ramai jugak yang bertanya tanya kenapa saya suka memasak, tak penat ke masak tiap tiap hari nih ( sebenarnye selang sehari atau dua atau tiga hari ikut kepala angin saya lah ..) masak macam nak makan berempat padahal perot berdua aje. Ker kau dapat upah kalau rajin masak?

Jawapannye entah lah. Sebab aku pun tak paham kenape. Ha ha ha. Padahal dulu, saya lah yang paling malas dan jarang pegang perkakas dapur sebelum kawin. Nak masak nasi pun terkulat kulat macam tak pernah tengok beras. Sangat menjengkilkan bukan? LMAO

Tapi disebabkan pegangan prinsip diva ku, hendak seribu daya kalau tak nak jangan kau berani paksa, telah membuatkan saya berjaya menjadi chef di work station sendiri. Ha ha. Alaaa.. ni yang nyampah baca blog sash ni taw. Suka bercinta dengan diri sendiri aje.

Sumpah bukan cita cita saya untuk menjadi wifey yang pandai memasak. Eh, jap..pandai sangat ker kau masak ni sash? Mom saya cakap saya pandai. Kira okay la tu kan. Muahahaha. Yer la, walaupun belajar anthropology dengan business asalnye saya ni(apsal, kau ingat aku belajar ape dulu? ha ha ha ) namun, sejak menggalas status wifey nih, last last terus terlajak dari cita cita yang asal. Oh terlalu sadis bukan?

Tapi takpe , saya pasrah. Sebab hubby saya sentiasa memahami dan senantiasa akan dipaksa memahami walau apa pun terjadi. Kalau saya buat sandwich tuna pun dia akan tersenyum girang dan berbangga dengan achievement wifey dia nih. Ha ha.

Hey kejap, uols perasan tak..awalnye topic saya adalah headache semata mata. Apsal sekarang dah bercirikan kepentingan diri sendiri dah pulak? Halaamak.. nak log off lah macam ni..bosan tau.

Okay tak nak layan pun takpe.

Semalam dalam kefeningan yang berpanjangan itu jugak, tiba tiba hubby giler teringin nak makan nasik lemak. Jadi awal awal lagi saya dah menyerah diri untuk tidak memasak di malam hari. Sebab sangat penat okeh. Siang pegi klcc sebab nak lunch dengan dia kat sana. Sementara tunggu dia solat Jumaat, dalam pening pening kucing itu jugak saya mencuci mata apa yang patut. Big sales kat isetan rupanye uolss! Patut la kaki membawa saya ke situ. Mak aiiihh.!


Hero Kampung Baru yaww! hahahahahahaha. *gelak guling*


Dan malam tu jugak kami membawa diri ke kampung baru sebab nak cari nasi lemak yang katanye bagus sangat itu. Tetibe, teringat dengan Dr Nicole (bukan nama sebenar), sebab saya tau dia pun pencinta makanan macam saya. Tapi Dr Nicole cakap saya terlewat train, sebab dia dah pun dinner dengan suami tercinta. Takpe doc, next time saya janji akan heret jugak!! ha ha

Damn. sangat rasa bersalah makan banyak cengini di malam hari, kan. Peparu goreng lada, daging rendang pedas dan sambal tumis.

Nih hubby punye. Pencinta ayam. Harus lah berlaukkan ayam walau apa pun terjadi. Ha ha. Dan daging pun dia makan jugak. Haiyoooh.

Balik dari situ, sesi ter-minum teh tarik dan milo panas satuuuu! kat Bestari pulak dah, sambil mencari cari DVD yang baru kat situ. Another disaster. Tiap tiap minggu mesti nak pegi beli. Boring tul!

Kenyangnye perot saya sampai hari ni. Nak diet lah. Jom pegi exercise kat Mid Valley petang nih. nak nak?

Winks&smiles!

Wednesday, December 8, 2010

Oh YES!

YES! di sana. YES! di sini. Di mana mana aje lah sekarang Year End Sale. Dapat beli sepasang kasut pun saya dah cukup bangga dengan diri sendiri sebab dapat menyahut seruan kerajaan. Ha ha. Macam mana la nak jadi contoh kat anak anak nanti in future? Mak aaihh..!

Jadi sambungan entry semalam, kiter telah merelakan diri masing masing pegi men-sukat 1Utama. Cantiknye deco yang diaorang buat sempena X'mas yang ala ala Venice itew.. Terus teringat kenangan masa kat Venice dulu..

Venice yang sangat sejuk gegile that time. Hanya kitaorang berdua je atas bot dok gedik posing kiri kanan masa winter. Takde sape pun sanggup kecuali kami. Ha ha. We stayed at Ca' Pozzo Inn..right in front of the jetty kat situ.Very the classic uols..Tapi hubby tak suka Venice :> Dia cakap boring. Dia tau apekan.. Cuba tanya saya. ha ha ha


Posing peminum tegar Twinings Earl Grey :)

Ini adalah Venice celupan. Tapi hubby suka yang ni. Sebab tak gile sejuk sampai kuku beku. Yang part dia tak suka adalah kena teman saya seumur hidup jalan jalan sampai lemau. Ha ha.

Aktiviti window shopping berjalan lancar dengan senyuman lebar semacam kat muka.. Maklum la dah lama tak datang sini. Walaupun dekat jugak dengan rumah, masalahnye bukan ape.. jenuh jugak nak mencari parking lot. Kena banyak sabar dan hormone kena balance betul betul kalau nak datang time weekend atau public holidays.

saya suka jack cheese dia..!
Nak makan pun kena beratur panjang. Semua tempat pun camtu jugak. Last last, pegi Chili's Grill and Bar, dan terpaksa la saya makan. Ehh, apesal kau cakap terpaksa? sapa yang paksa cik puan nih?? Bukan ker cik puan yang punye idea nak makan fajitas yang ada jack cheeeeese itu?? Danggg!!

Entry yang lepas punye la beriya bagai dah tak nak makan cheese, nak makan ringan ringan aje lepas sesi mac and cheese itu, hambek kau. Nafsu nafsu! Jangan cakap besar lepas ni. Tengok dan lihat aje..


Asalnye kat rumah dah janji janji tak nak beli apeape pon. Namun.. dot dot dot!

Kalau bahan berfaedah..sah sah hubby yang punya. Ha ha

Haaihh.. hati senang la katakan, gelak sampai telinga lah kelmarin. Memang patut. Sonoknye kalau tiap tiap hari cengini.. Hubby buat lawak yang separa lawak pun aku leh gelak guling! Ha ha ha. Tapi memang ada something yang dia cakap sampai saya ketawa macam nak pengsan. Riuh satu Chili's tu, buat macam rumah kau sendiri. Wifey sapekah itu??? Tak payah lah dibincangkan kat sini.

Lepas makan sambung jenjalan lagi. Sampai kaki pun akan mintak rehat kalau dia boley cakap. So saya pun tak nak la menjual ikan, ha ha ha.. maka kita singgah isi minyak eh,,, isi tekak dan perut lagi sekali.
sesi men-dessert at Delicious. saja je kan.. kat Chili's pun ada dessert tapi alasan nak jalan jauh lagi, sangat bijak! ;)

aksi superhero saya bersuka ria! ha ha

dah dapat forever 21 pun kau fening kepala lagi cik puan?? ;p

saya adalah hantu pudding. sape sape buat pudding lebey jemput la saya makan. sekian..

Bread butter pudding with vanilla sauce.. oh tasty!

Dah habis selesai segala gala, entah macam mana terlajak ke area Sunway Giza..kat sunway damansara. Dah semakin membesar la tempat ni uols. Sekali pandang dah macam Paris Van Java di Bandung. Terus teringat ke Bandung pulak dah. Sape nak sponsor saya pi sana lagi? Haha..Tetibe!

Mula mula tak nak singgah, tapi memandangkan traffic sangat teruk masa nak balik.. baik singgah dulu kan. Rehatkan minda kejap.

Oh Penang! ;)

Mana lagiiii.. dalam banyak banyak kedai makan, situ jugak yang menarik perhatian ku..Diet? Apekah diet????


Balik rumah, kaki tangan badan kepala semua sengal dan jam habis. Tapi tak berani bagitaw hubby, sebab weekend dah janji janji nak jejalan lagi cengini. ;)


Okay la tu kan..


winks&smiles $$$!